Traveloka Banner

Wife Beli Handbag Kulit dari Lazada

Uhh dalam diam-diam, wife saya shopping online di Lazada. Kali ini, wife saya beli sebuah beg kulit wanita. Satu set, ada dua buah. Harganya kata wife saya memang sangat murah, itu sebab dia beli.

Saya tak hairan dan tak terkejut wife saya beli handbag dari laman web shopping Lazada ni. Sebab memang banyak produk menarik dijual dengan harga mampu beli di Lazada.

Wife Beli Handbag Kulit dari Lazada

Handbag yang wife saya beli ni adalah set dua buah beg dalam satu harga. Wife saya beli bukan sekadar sebab harganya murah, tetapi kos penghantarannya adalah percuma, lepas tu ... ada jaminan yang produk yang dibeli akan sampai cepat.

Alhamdulillah, memang cepat. Dengan khidmat Lazada Express, barang yang dibeli secara online di Lazada cepat sampai di rumah, tak sampai pun 3 hari. Terkejut juga dapat cepat, sebab ada produk yang kami beli di Lazada yang ambil masa lebih daripada 2 minggu untuk sampai ke rumah.

Kenapa Barang Dibeli Online Lambat Tiba?

Selalunya, produk yang lambat sampai ini adalah produk dari seller luar negara, selalunya dari China dan Amerika Syarikat. Ya, mereka ada kedai online sendiri di dalam Lazada. Jadi, sangat penting untuk anda yang kaki shopping online ambil tahu siapa seller anda, lagi-lagi kalau anda shopping online di Lazada ni ... ada banyakkkkk seller.

Dalam Lazada Malaysia, perhatikan ruangan sebelah tepi pada produk, ada tunjukkan nama serta alamat seller produk yang dijual. Kemudian, ada pemberitahuan mengenai tempoh penghantaran. Dua benda ni penting untuk anda ambil tahu supaya nanti tak adalah meraban tak tentu pasal bila barang yang dibeli lambat sampai.

Bercakap pasal beg kulit yang isteri saya beli tu, saya ada la belek-belek ....
Boleh tahan juga kualiti beg kulit wanita yang isteri saya beli tu. Walaupun saiznya agak kecil daripada apa yang nampak dalam gambar, tetapi sesuailah untuk dibawa melaram kat Mydin .. hehehe ... janji ia berfungsi sebagai beg ...:)

Kadang ada beg wanita ni nampak je cantik, tapi tak dapat nak pakai selalu .. maka, jadilah ia hiasan di dalam rumah. Uhh rugi tu ... :P


Kalau anda rasa nak shopping beli beg secara online, boleh tengok-tengok kat Lazada, Zalora, 11th Street, Qoo10 dan beberapa laman web shopping online dikenali, gunakan tips yang saya berikan tadi ye untuk peroleh barang yang dibeli dengan cepat ... :P



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

7 Comments

  1. perfect.
    saya pernah beli a set of handbag di lazada.
    ada 5 beg. less that RM100 tau :)
    sampai sekarang saya masih guna.
    berbaloi.

    ReplyDelete
  2. memang murah sebab takde jenama..kalau ada jenama, harganya paham paham je la kan

    ReplyDelete
  3. Biasa la perempuan pantang nampak benda yang cantik kalau mampu mesti nak beli , tambah2 lagi kalau ada buat sale yang murah2 . Janji barangan yg sampai ke tangan puas hati dengan harga yg kita bayarkan . Baru berbaloi

    ReplyDelete
  4. Org pompuan dengan hbag mmg xdpt nk dipisahkan...saya pun rgh usha2 hbag...sebab saya jrg mbeli...sekali beli mmg beli yg btul2 berkenan...n lenjan pkai smpai rosak...hihi...keinginan nak byk2 hbag tu da berkurang dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... elok berkurang tu dari makin meluap2 .. hahaha

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.