14 May 2018

27 Perkara Mengenai Syed Saddiq, Ketua Pemuda PPBM dan Ahli Parlimen Muar

Siapa Syed Saddiq ni? Nama anak muda belia ini mula menjadi perhatian dan disebut sangat kerap dalam arena politik tanahair, terutama sekali dalam minggu-minggu Pilihan Raya Umum 2018 (PRU14). Tentu ramai nak tahu mengenai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pemuda yang berusia belia yang berjaya memenangi kerusi Pilihan Raya Umum.

Ramai yang mengenali Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai seorang pendebat hebat yang menjadi Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Namun, ada beberapa perkara mengenai dirinya yang ramai tak tahu selain yang terkini memenangi kerusi Parlimen Muar, Johor dalam PRU14. Jom ketahui 27 perkara mengenai Syed Saddiq untuk kenal siapa Syed Saddiq ni.

27 Perkara Mengenai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

27 Perkara Mengenai Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar, Johor

Meh ketahui 27 perkara menarik mengenai diri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang kini menjadi ahli Parlimen Malaysia di usia 26 tahun, setelah menang kerusi Parlimen Muar dalam Pilihan Raya Umum 14 Malaysia; yang mungkin ramai tak berapa tahu.
  1. Syed Saddiq dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor. Berusia 26 tahun (2018)
  2. Anak bongsu dalam 4 adik beradik, anak kepada pasangan Syed Abdul Rahman Abdullah Al-Sagoff, 63, dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, 57. 
  3. Memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru dan kemudiannya meneruskan pengajian menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College).
  4. Syed Saddiq menguruskan diri sendiri untuk memohon kemasukan ke Maktab Tentera Diraja (RMC) tanpa pengetahuan ibu dan bapanya sehinggalah beliau memberitahu mereka setelah berjaya diterima masuk. Beliau belajar dari tingkatan 4 sehingga tingkatan  5 di RMC.
  5. Semasa belajar di RMC, beliau berubah menjadi seorang yang lebih tabah dan mudah rasa simpati terhadap sesuatu perkara. Malah, Syed Saddiq menjadi lebih terbuka dan sedia menerima pendapat orang lain.
  6. Syed Saddiq tangguh pengajian dalam jurusan Dasar Awam di Universiti Oxford, United Kingdom, walaupun menerima biasiswa sebanyak RM400,000 dari universiti berkenaan.
  7. Pemenang anugerah pendebat terbaik peringkat Asia mewakili Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia yang diadakan di Bali, Indonesia.
  8. Pemenang 3 kali Pendebat Terbaik di Asian British Parliamentary (ABP) Debating Championship’s Asia.
  9. Syed Saddiq turut menjadi pemenang anugerah Pendebat Terbaik (ESL) di kejohanan Australasia, Cambridge dan Oxford Inter-varsities pada 2012-2014.
  10. Penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2015 (kategori khas) oleh Majlis Belia Negara.
  11. Tidak malu mengaku sebagai anak emak yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di Maktab Sultan Abu Bakar. Syed Saddiq pernah membantu ibunya untuk mengajar dalam kelas tuisyen.
  12. Satu ketika dahulu, Syed Saddiq pernah bersifat racist dan hanya bergaul dengan orang Islam sahaja. Kini, pemuda ini dah berubah malah tidak lagi bersikap perkauman dan memandang ke arah kesamarataan asalkan tidak melanggar syariat Islam.
  13. Sangat mengagumi Tun Dr. Mahathir Mohammad, sehingga berjaya meletakkan dirinya antara penggerak utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang disertai Tun Mahathir. Hasratnya untuk bersama Tun Mahathir dalam perjuangan politik tercapai dengan usahanya dan semangatnya dalam politik Malaysia.
  14. Syed Saddiq percaya dengan restu dan sokongan kuat ibunya untuk berjaya di dalam politik, dan bukannya bantuan dari mana-mana pengaruh ahli politik yang lain seperti Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Lim Guang Eng, Rafizi Ramli atau Tan Sri Muhyiddin. Syed Saddiq percaya ibunya adalah seorang yang sangat hebat yang mampu memberikan kekuatan untuknya berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburinya.
  15. Pernah menerima ugutan bunuh dan keluarganya diancam apabila lantang bersuara mengenai sesuatu isu. Malah, banyak peluang baik terlepas untuknya kerana kelantangannya.
  16. Syed Saddiq ambil masa yang lama untuk menulis status di facebook, kerana memikirkan implikasi dan kesan perkongsiannya di media sosial tersebut.
  17. Selalu mengembara ke luar negara dan pernah melawat White House di Amerika Syarikat. Lawatan ke luar negara membolehkannya untuk melihat sesuatu dari perspektif berbeza dan menghargai negara sendiri dengan lebih jitu. Ini juga antara sebab kenapa Syed Saddiq mula mengambil tahu mengenai isu-isu semasa melibatkan Malaysia di usia belia.
  18. Berjaya mengembara ke lebih 25 negara atas tiket sebagai seorang pendebat mewakili negara.
  19. Pernah terpalit isu pergi ke disko ketika di usia 23 tahun. 
  20. Rajin menyelidik dan mencari fakta-fakta baru berkaitan sesuatu isu; ini adalah halnya kerana kemahiranya dalam berdebat.
  21. Suka mendengar audiobook seperti The Economist dan BBC jika terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.
  22. Syed Saddiq pernah membuat lima kerja sampingan untuk memastikan dirinya sentiasa berdikari.
  23. Pernah bergelar pensyarah sambilan dalam subjek pengucapan awam, penyelidik di Bait Al-Amanah dan pelatih debat untuk junior di UIA serta pasukan debat kebangsaan.
  24. Syed Saddiq tidak mahir dan tidak fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris di peringkat awal ceburi bidang debat, walaupun ibunya adalah seorang guru Bahasa Inggeris.
  25. Mengamalkan tabiat tidur kurang dari lima jam. Masa adalah sangat berharga buat dirinya.
  26. Gemar membaca majalah-majalah tentang ketenteraan seperti Parajurit dan Tempur. Ini adalah disebabkan pengaruh dari arwah datuknya sehingga menyebabkan Syed Saddiq telah suka bidang ketenteraan semenjak dari kecil. Ini juga antara sebab mengapa Syed Saddiq menguruskan permohonan sendiri tanpa pengetahuan ibu bapanya untuk masuk ke RMC.
  27. Seorang yang mempunyai sense-of-humor dan bukannya sentiasa serius atau berpewatakan sombong.
[Baca Juga] Anak Muda Ini Pecah Rekod 42 Tahun Dipegang Datuk Seri Najib Razak

27 Perkara Mengenai Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar
Untuk info tambahan, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) ini mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi ahli Parlimen paling muda di Johor setelah memenangi kerusi Parlimen Muar dalam PRU14. Syed Saddiq telah menewaskan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim dengan majoriti 6,953 undi.

Dengan perkara terbaru mengenai Syed Saddiq ini, maka makin ramailah yang mula memerhatikan kerjaya politik dan perjalanan hidup anak muda belia ini. Apatah lagi, bila ramai tahu dan sedar yang Syed Saddiq masih belum berpunya ... huhu ... cak cak.

Sumber: Glam Lelaki, Star Online dan Sinar Harian

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

1 Komen sahaja

alhamdulillah petunjuk belia tunggak negara. inshaAllah semoga lebih ramai anak muda akan mengikuti jejak langkah beliau. aamiin

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon