Wow. Hebat betul ubahsuai kreatif pemilik Myvi, Abang Liey terhadap model Perodua Myvi 1.5 (High) miliknya. Udah nampak macam sebuah Lamborghini dah. Mana taknya, pintu Myvi miliknya boleh terbuka secara mengepak ke atas. Perghh kagum jap.

Sebenarnya ramai je rakyat Malaysia yang memang kreatif dalam pengubahsuaian kenderaan ini. Malah, ada yang menjadikannya sebagai satu hobi dan lifestyle. Selalunya ubahsuaian ini sering dilakukan untuk model-model kereta jenama Malaysia seperti Proton dan Perodua yang kebanyakkannya 'diambil' dari model keluaran Jepun.

Perodua Myvi 1.5 'Lamborghini' Hasil Ubahsuai Abang Liey dari Kuala Lumpur

Gambar Myvi Lamborghini
Myvi 1.5 milik Abang Liey adalah salah satu kereta model keluaran Perodua yang telah alami pengubahsuaian sehingga memperlihatkan model ini seakan Myvi Lamborghini...haha. Hebat Abang Liey ni ...

Myvi milik Abang Liey dari Kuala Lumpur ini antara contoh bagaimana anda boleh mengubahsuai Myvi generasi ketiga bagi membezakannya dari kebanyakkan Myvi lain di atas jalan raya. Ini menidakkan andaian sesetengah penggemar ubahsuai kereta keluaran Perodua yang model Myvi generasi ketiga agak sukar untuk diberikan 'wajah' baru, berbanding model sebelum ini dari model JDM Daihatsu.

Pintu Gunting Myvi ala Lamborghini

Gambar Myvi Lamborghini
Gambar Myvi Lamborghini

Perkara pertama yang membezakan kereta Abang Liey ini dengan Myvi yang lain adalah pengubahsuaian pada pintu hadapannya – bukaan ke atas seperti pintu model-model Lamborghini, atau lebih spesifik digelar sebagai Scissors Door (pintu gunting).

Menurut Abang Liey, bagi membolehkan pintu tersebut dibuka sedemikian rupa, kit hinge atau engsel pintu khas perlu digunakan. Difahamkan untuk ubahsuaian ini, beliau menghabiskan sehingga RM2,500.

Kalau nak tahu apalagi ubahsuai yang dibuat oleh Abang Liey ini terhadap Myvi 1.5 sehingga digelar Myvi Lamborghini ini, anda boleh baca mengenainya di laman web Paultan.org.

16 Gambar Myvi 'Lamborghini'

Jom layan mata dengan 15 gambar Myvi Lamborghini milik Abang Liey yang telah dikongsikan menerusi laman web Paultan.org.

Gambar Bahagian Luaran Myvi 'Lamborghini'

Gambar Myvi Lamborghini
Gambar Myvi Lamborghini
Gambar Myvi Lamborghini
Gambar Myvi Lamborghini


Gambar Myvi Lamborghini 1.5
Gambar Myvi Lamborghini 1.5
Gambar Myvi Lamborghini 1.5
Gambar Myvi Lamborghini 1.5
Gambar Myvi Lamborghini 1.5

Gambar Bahagian Dalaman Myvi 1.5 'Lamborghini'

Bagaimana dengan bahagian dalaman kereta Perodua Myvi Lamborghini ini? Apa yang telah menampakkan ciri-ciri berbeza daripada model sama dengan yang telah diubahsuai oleh Abang Liey? Meh tengok apa yang telah diberikan penampilan khas oleh Abang Liey untuk Myvi 1.5 ini.
Gambar Myvi 1.5 'Lamborghini'
Myvi 1.5 'Lamborghini' Milik Abang Liey
Myvi 1.5 'Lamborghini' Milik Abang Liey
Myvi 1.5 'Lamborghini' Milik Abang Liey
Myvi 1.5 'Lamborghini' Milik Abang Liey
Myvi 1.5 'Lamborghini' Milik Abang Liey
Myvi 1.5 'Lamborghini' Milik Abang Liey
Amacam? Menarik tak? Apa pendapat anda mengenai ubahsuaian yang telah dibuat oleh Abang Liey untuk kereta Myvi ini? Kongsikan di ruangan komen ye.

Sumber: Paultan.org

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. gambar mengancam harga pun mesti mengancam kan. hehe

    BalasPadam
  2. pergh...saya pun sangat kagum..memang terbaik la

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement