Tips dan Resepi Menyediakan Teh Tarik Sihat Tanpa Guna Susu Pekat Manis
Baru-baru ini, saya telah hadirkan diri ke Sambutan Bulan Pemakanan peringkat negeri Perak 2018 yang diadakan di Bagan Serai, Perak. Di situ, saya telah belajar dan dapat tahu resepi cara menyediakan teh tarik secara sihat dari pakar diet Kementerian Kesihatan.Cara nak sediakan teh tarik sihat ni tak jauh beza pun dengan penyediaan teh tarik biasa yang menjadi kesukaan ramai rakyat Malaysia. Cuma yang berlainan adalah dari segi penggunaan gula dan jenis susu yang menjadi bahan utama menyediakan teh tarik yang sedap.
Bahan-Bahan & Cara Penyediaan Teh Tarik Sihat
Ok. Meh lihat apa bahan-bahan untuk hasilkan atau menyediakan Teh Tarik Sihat ini.- Teh uncang - 1 uncang
- Susu rendah lemak 150 ml
- Gula 1 sudu teh (5g)
Aha .. itu je. Cara nak menyediakan, sama je dengan cara penyediaan minuman yang lain. Boleh lihat gambar di bawah untuk lebih pencerahan terutama dari segi kandungan gula dan juga kalori, dibandingkan dengan teh tarik di kedai-kedai mamak mahupun restoran makanan yang lain.
Saya dah rasa teh tarik sihat ni, hmm memang sedap...walaupun rasanya tidak sesama dengan teh tarik yang menggunakan susu pekat manis yang tinggi kandungan kalori/gula.....huhu.
Anda bolehlah gunakan panduan cara penyediaan teh tarik sihat ini seperti ditunjukkan di atas tu, terutama untuk hidangan di bulan puasa di mana ia waktu paling sesuai untuk perbetulkan diet kita ke arah yang lebih sihat.
Teh Tarik Tanpa Guna Susu Pekat Manis
Saya suka nak sarankan cara penyediaan teh tarik sihat ini kepada semua memandangkan saya merupakan pesakit diabetes. Aha .. jangan jadi seperti saya, bila dah terkena penyakit .. baru nak berubah diet dan cari menu sihat.Terima kasih kepada Unit Pemakanan PKD Batang Padang dan Muallim kerana membenarkan saya berkongsi resepi cara menyediakan teh tarik sihat guna susu rendah lemak ini.
Moga dapat dimanfaatkan.
menarik ni , ccl boleh cuba
ReplyDeletesukatan gula tu yg sangat tepat. tapi itulah kita rakyat malaysia dah terlebih gula sudah ni. hehehee
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.