Resepi gulai ikan tongkol berkerisik. Ini pertama kali saya menyediakan hidangan yang cukup terkenal di Terengganu, yang kebiasaannya ditampilkan bersama Nasi Dagang. Saya sebenarnya tak rancang untuk masak dan mencuba resepi gulai kerisik ikan tongkol ini, tetapi memandangkan bahan-bahan sudah tersedia, maka saya jalankan operasi trial n error untuk hidangan tengahari famili.

Saya beli ikan tongkol dua ekor malam sebelum, selepas itu, secara kebetulan saya tiba-tiba teringatkan baki kerisik yang wife saya simpan di dalam peti ais. Tengok bahan-bahan pun macam mudah je. Lagipun, saya memang penggemar masakan Terengganu Nasi Dagang. Cuma kali ini, saya tak buat Nasi Dagang memandangkan hanya saya seorang je yang gemar ...:)

Saya sediakan resepi gulai ikan tongkol berkerisik ini bersandarkan kepada resepi yang ditunjukkan di blog ini - Nasi Dagang Terengganu Gulai Ikan Tongkol. Cuma ada sedikit perbezaan dari segi bahan-bahan sahaja.
Resepi Gulai Kerisik Ikan Tongkol

Resepi Gulai Kerisik Ikan Tongkol

Bahan-Bahan

  • 1 setengah ekor ikan tongkol atau ikan kayu yang dipotong sederhana dan dibersihkan.
  • 2 biji bawang besar dihiris sederhana.
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Setengah peket kerisik
  • 1 cawan rempah gulai ikan
  • 2 cawan santan.
  • 2 sudu minyak masak.

  • Garam

Bahan Kisar/Tumbuk

  • 2 biji bawang besar
  • 3-5 biji cili api merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit

Resepi Gulai Kerisik Ikan Tongkol

Cara Memasak

  1. Kisar atau tumbuk sehingga halus bahan-bahan untuk dikisar tadi.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. 
  3. Tumiskan bawang besar yang dihiris bersama kulit kayu manis sehingga naik bau harum.
  4. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan rempah gulai ikan dan sedikit air untuk melarutkan rempah. Kacau sehingga naik minyak sedikit.
  6. Masukkan santan dan kerisik. Kacau sehingga semuanya nampak sebati.
  7. Apabila telah mendidih, masukkan ikan yang telah dibersihkan tadi.
  8. Anda boleh masukkan sedikit asam keping untuk tambahkan rasa masam jika mahu.
  9. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan gula jika perlu.
  10. Kacau gulai sehingga mendidih dan sebati.
  11. Alhamdulillah, masakan gulai kerisik ikan tongkol siap sedia untuk dihidang.
Resepi Gulai Kerisik Ikan Tongkol
Ada beberapa bahan yang saya tidak masukkan sebab terlupa nak masukkan, lagipun malas nak godek-godek rak untuk cari jintan putih dan ketumbar. Walaupun begitu, resepi di atas cukup dah untuk hasilkan masakan sedap gulai ikan tongkol berkerisik.

Boleh cuba jika mahu. Dan saya ambil masa selama kurang 30 minit untuk masak resepi gulai kerisik ikan tongkol ini. Hoho .. not bad for a house husband ehh? :P
Resepi Gulai Kerisik Ikan Tongkol
Sila share kepada rakan-rakan bujang anda, atau lelaki-lelaki yang bekerja dari rumah. Pasti menyelerakan hidangan tengahari ditambah dengan beberapa menu tambahan.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement