Traveloka Banner

Mee Ketam & Mee Udang Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Pantai Cahaya Bulan adalah salah satu tempat atau lokasi menarik di negeri Kelantan. Walaupun pantai ini tidak berapa sesuai untuk mandi manda, tetapi ada tarikan lain di Pantai Cahaya Bulan yang dulunya pernah dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) .. huhu. Jika anda ke PCB, anda akan nampak banyak deretan kedai makan yang best-best di sini yang menghidangkan antara lain menu Mee Ketam dan juga Mee Udang.

Mee Ketam & Mee Udang Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Deretan kedai makan di Pantai Cahaya Bulan
Selain menu menarik seperti Mee Ketam dan juga Mee Udang, deretan kedai makan di tepian PCB ini turut menyajikan hidangan menu Sotong Celup Tepung, Ikan Celup Tepung, Udang Celup Tepung dan pelbagai hidangan lain berasaskan sumber laut.
[post_ads]
Mee Ketam Mee Udang Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Baru-baru ini, semasa bercuti ke Kota Bharu; saya sekeluarga telah pergi ke PCB ni. Agak jauh juga daripada tempat penginapan kami di Kota Bharu tu, tetapi sebab dah lama tak pergi ke PCB ni, maka saya bawa juga seisi famili saya ke PCB. Lagipun, isteri saya nak jumpa kawan lama sekolah rendahnya di PCB tu.

PCB dah lain tidak seperti yang pernah saya ingat sebelum ini. PCB sudah ada tebing konkrit. Ia mungkin dibina untuk kurangkan kesan hakisan selain ombak kuat.

Pilih Kedai Makan Sebab Terpaksa..

Memang banyak kedai makan dan restoran di sekitar PCB ni. Saya sampai keliru nak pilih yang mana satu, al maklumlah nampak semuanya sama sahaja ... menu pun lebih kurang je.

Tapi disebabkan saya nak mendapatkan tempat parking yang selesa, saya pun pilihlah kedai yang ada tempat parking khas untuk pelanggan.

"Abang .. kalau abang nak parking sini, kena makan sini .. ia khas untuk pelanggan .." kata seorang lelaki berusia remaja bila saya letak kereta saya di depan kedainya.

"Sekejap pun tak boleh ke? .. saya nak ke pantai depan ni .. kejap je .." kata saya.

"Kena makan sini dulu ... " kata lelaki tu.

"Okeylah .. kami makan sini .. apa menu best yang ada?" tanya saya.

Saya dan keluarga tak ada pilihan, terpaksalah masuk ke kedai tu terlebih dahulu. Saya pun malas nak cari parking jauh-jauh.

Bila dah elok duduk sahaja dalam kedai makan tu, datanglah kawan isteri saya .. jauh tu datangnya, kalau tak silap sayalah, kat area kawasan Tok Bali ... seorang penguasaha homestay tu.

Pesan menu.

Mee Ketam dan Mee Udang Yang Nampak Sedap ..

Hmm .. apalagi, dah nampak gambar ketam dan udang, isteri saya pesankan semangkuk Mee Ketam untuk Zikri, berkongsi dengan Maira dan isteri saya. Emak saya pula pesan Mee Udang.

Menu dipesan sampai.
Mee Ketam Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Mee Udang Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Uhh boleh tahan dari segi penampilan. Dari segi rasa ... hmmm saya pernah rasa Mee Ketam yang lebih sedap di tempat lain. Namun, oklah untuk merasai sedikit kelainan .. kan .. makan Mee Ketam dan Mee Udang di tepi pesisir PCB ...

Mee Ketam menggunakan Ketam Nipah .. letak sekor tu dalam mangkuk.

Mee Udang pula gunakan udang laut, yang nampak fresh ... ada banyak, saiz pun boleh tahan, padan dengan hargalah.

[Dah Baca?] Mee Kari Udang Besar, Cuma RM7 di Bagan Serai, Perak

Mungkin saya salah pilih kedai makan .. huhu. Ada yang beritahu saya, ada kedai makan yang best di PCB tu yang hidangkan menu sedap dan segar dari laut.
[post_ads_2]
Namun, hidangan Mee Ketam dan Mee Udang di Pantai Cahaya Bulan ni memang menariklah... sebab ketam dan udangnya besar-besar ... huhu. Aha .. bila besar-besar dari segi saiz tu, faham-fahamlah akan harganya .. sekitar RM10 - RM12 semangkuk.

PCB memang cantik, dan ada macam-macam aktiviti boleh dibuat di sini, in Sha Allah .. saya akan sambung cerita pasal PCB ni .. jangan lupa follow dengan subscribe ye.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

7 Comments

  1. geram betul tengok ketam tuh . ain dhla peminat ketam .hehehhee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ketam bunga lagi best .. kan ...

      Delete
  2. Maggie ketam memang merupakan antara makanan yg tersohor di pantai timur.. mungkin dibawa dari Thai kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah makan di skitar Kuala Terengganu .. :) memang best dan banyak juga kedai makan di sana jual menu serupa

      Delete
  3. makan sambil ditiup angin laut china selatan fuhhh..

    aduh..teringat jame kecik..sero nok balik kapung lalu

    ReplyDelete
  4. Adoi ini pula mee ketam & mee udang, memang mables!

    ReplyDelete
  5. Mee udang memang sedap kalau kena dengan kuah dan isi udang yang besar-besar

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.