Mee Udang Kuala Sepetang Original Salleh's Stall

Mee Udang Kuala Sepetang. Mee Udang Kuala Sepetang Salleh's Stall adalah pilihan saya. Mee Udang Salleh's Stall di pekan Kuala Sepetang bagi saya adalah mee udang Kuala Sepetang atau Port Weld paling best, dan original dari mee udang Kuala Sepetang yang lain.

Selalu saya tengok kisah mee udang Kuala Sepetang di kaca TV, tetapi tak pernah sebutkan mengenai Mee Udang Kuala Sepetang Salleh's Stall ini. Salleh's Stall dah wujud sejak 1956 lagi, jadi memang tak silaplah saya kata ia mee udang Port Weld yang original.

Dah ada sejak sebelum merdeka, jadi memang top. Resepi tak pasti samada dah berubah ke belum, tapi memang terbaiklah mee udang Salleh's Stall ni. Masih lagi stall ...belum tukar jadi restoran beso lagi..

Mee Udang Kuala Sepetang Original Salleh's Stall


Tapi, walaupun Salleh's Stall mee udang original Kuala Sepetang dah wujud lama, tapi promosi agak kurang diberikan. Tak ramai yang tahu kewujudan kedai makan mee udang ini. Cuma penduduk setempat je tau ...  ia jadi kesukaan ramai walaupun kebanyakkan pelanggan penduduk tempatan adalah dari bangsa Cina Kuala Sepetang.

Ramai dok promosikan Mee Udang Mak Jah.

Hoho... dulu saya pun gemar makan di Mee Udang Mak Jah.... tapi tu 6 tahun dululah .... tahun 2005. Ketika itu, gerai Mee Udang Mak Jah tak macam sekarang ni. Dulu, masa saya mula-mula merasa mee udang di gerai Mak Jah, memang terbaiklah... udang fresh.

Kawasan gerai Mak Jah Mee Udang dedulu.... lalat .... ya rabbi .. giler banyak .... makan mee kena pekup ... tapi memang best ... udang fresh seperti saya katakan tadi.

Mee Udang Salleh's Stall Kekal Mee Udang Original Terbaik Kuala Sepetang

Sejak keluar TV, gerai dah jadi restoran dah. Dan sebab itu, selera tekak Mee Udang Kuala Sepetang saya dah berubah, saya kini lebih sukakan Mee Udang Kuala Sepetang Salleh's Stall, yang terletak di bandar Kuala Sepetang itu sendiri. Kedudukan dia betul-betuk berhadapan dengan jeti naik ikan dan udang di bandar penuh sejarah ini.

Kedai Salleh Stall kecik je .. boleh tampung tak lebih dari 50 orang pelanggan, tapi saya jamin, udang yang digunakan adalah fresh dari laut .... ya .. saya jamin, sebab saya nampak sendiri udang itu diambil dari bot yang baru mendaratkan udang ... betul2 di depan kedai ni!

Dan menariknya, saya suka dengan kejujuran pemilik gerai, dia takkan jual dan takkan akan gunakan udang lama .. udang bela. Kalau tiada udang .. dia akan kata tiada udang ... dan kalau ada ... dia akan cakap udang terhad .. dan harga pun akan segera berubah. Sepinggan mee goreng biasa dengan udang biasa dalam RM6 sepinggan. Kalau besar skit .. boleh cecah dalam RM12 sepinggan.

Kalau ke Kuala Sepetang, carilah Mee Udang Salleh's Stall. Ia mee udang terbaik dan original, ramai dah yang pernah makan di tempat lain, bila cuba di sini, akan setuju dengan kenyataan saya. Ramai blogger pun dah ceritakan mengenai rasa sedap original Mee Udang Kuala Sepetang Salleh's Stall ini. Terbaik dan original sejak 1956!

Bisnes Kambing

Post a Comment

0 Comments