Kisah percutian di Langkawi tak habis lagi .. haha. Masih ada satu tempat menarik di Langkawi yang saya belum cerita. Mungkin ramai yang dah tahu akan tempat ni, iaitu Galeria Perdana. Lokasinya satu jalan dengan Langkawi Wildlife Park, tak berapa jauh pun .. kurang 10 minit dah sampai dari Langkawi Wildlife Park.

Lihat Koleksi Menarik Tun M di Galeria Perdana Langkawi

Secara peribadi, saya baru masuk kali kedua ke Galeria Perdana ini. Pertama kali saya pergi adalah ketika zaman belajar dulu di USM. Alhamdulillah, kali ini saya kembali ke Galeria Perdana ini bersama anak-anak serta emak saya.
Lihat Koleksi Menarik Tun M di Galeria Perdana Langkawi
Galeria Perdana memang satu lokasi tempat menarik yang sangat bagus untuk bawa anak-anak. Banyak benda dan perkara anak-anak boleh lihat di Galeria Perdana ini.

Fakta Menarik Mengenai Galeria Perdana

Ok. Sedikit info dan fakta menarik mengenai Galeria Perdana di Langkawi ini.

Galeria Perdana adalah inspirasi Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Bte Mohd Ali. Ianya bertujuan menyimpan, mempamer dan berkongsi dengan orang ramai berkenaan pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari Ketua-Ketua Negara, pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara serta masyarakat Malaysia semasa pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.

Ini adalah selaras dengan pemahaman bahawa setiap koleksi yang dipamerkan di Galeria Perdana adalah milik kerajaan dan rakyat Malaysia. Dengan tanda persahabatan dari serata dunia, pelawat dan pelancong boleh menikmati peluang untuk menghargai keunikan dan kepelbagaian nilai warisan kesenian dan kebudayaan dari dalam dan luar negara.

Galeria Perdana juga menjadi penyampai kepada tanda penghargaan, pengiktirafan dan keikhlasan sumbangan dari penyumbang kepada Tun yang telah membawa Malaysia ke persada dunia sepanjang tempoh beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Galeria Perdana telah dirasmikan pada 3 Disember 1995 dan dibuka kepada orang ramai mulai April 1996.

[Dah Baca?] Tun Mahathir Pernah Masuk ke Bahagian Dalam Kaabah

Anak-anak saya memang seronok ketika berada di sini. Mereka kagum betul dengan beberapa bahan pameran yang ditunjukkan, antaranya replika kapal layar, jet pejuang, roket dan banyak lagi termasuklah replika beberapa jenis kereta dari pelbagai model.
Kagum Tengok Koleksi Tun M di Galeria Perdana
Kagum Tengok Koleksi Tun M di Galeria Perdana
Kagum Tengok Koleksi Tun M di Galeria Perdana


Uhh kereta betul pun ada weihh ... sib baik tak boleh naik, kalau tak ... uhh memang banyaklah aksi saya dengan anak-anak bergambar di dalam kereta-kereta yang dipamerkan.

Galeria Perdana cukup besar. Ia terdiri dari 3 buah bangunan yang bersambungan. Kalau anda nak tahu, bangunan-bangunan ini dibina dalam dua fasa yang berbeza. Satu tu siap pada tahun 1995 dan satu lagi fasa siap pada tahun 2003.

Jika anda nak membuat kajian mengenai Tun Mahathir dan era pentadbirannya, bolehlah datang ke Galeria Perdana ni. Selain tu, bolehlah tengok beberapa hasil seni dari luar negara yang mungkin boleh dijadikan inspirasi, termasuklah bahan pameran dari seni kraftangan. Cantik-cantik tu ...
Galeria Perdana Pulau Langkawi
Galeria Perdana Pulau Langkawi
Galeria Perdana diuruskan oleh Jabatan Muzium Malaysia, dan anda dikenakan bayaran masuk serendah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

[Dah Tahu?] Jadual Terkini dan Tambang Feri ke Langkawi dari Jeti Kuala Kedah

Info lanjut mengenai Galeria Perdana, boleh dilihat di laman web rasminya di SINI.

Bagi saya, Galeria Perdana adalah antara tempat menarik yang wajar dilawati kalau bercuti ke Pulau Langkawi, selain daripada Wildlife Park dan juga Oriental Village.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pernah ke sini hampir 10 tahun yang lalu.

    Saya masih ingat lagi pengurus Galeria yang kebetulan sedang berada di situ berkata, "terlalu banyak hadiah/cenderamata/bahan pameran yang tak dapat dipamerkan sehingga mereka terpaksa rotate mengikut skala masa yang ditetapkan.

    Adalah alasan untuk datang berkali-kali ke sini.

    BalasPadam
  2. ada peluang dan kesempatan mahu juga pergi nie

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement