Langkawi Wildlife Park adalah salah satu tarikan menarik yang menjadi pilihan buat saya sekeluarga jika bercuti ke Pulau Langkawi. Di sini, anak-anak saya boleh berinteraksi dengan lebih dekat dengan haiwan-haiwan comel seperti Burung Kakak Tua, Rakun, burung Emu, anak Landak, Ostrich, Rusa dan banyak lagi.
Anak-Anak Seronok Mendekati Haiwan di Langkawi Wildlife Park
Sebelum ini, saya dah kongsikan sedikit kisah anak-anak saya yang seronok memberi makan burung-burung kecil di Langkawi Bird Paradise. Burung-burung amat jinak sekali. Dengan sekali siulan, burung-burung comel ini terus datang ke arah anda, dengan syarat ada makanan yang sedia untuk disajikan.Antara burung-burung jinak yang ada di Langkawi Wildlife Park ini ialah dari spesies Budgerigar yang biasanya dikenali sebagai burung Parakeet atau Budgie. Ianya kecil, berekor panjang dan berwarna-warni. Ia banyak didapati di kawasan kering Australia, dan satu-satunya spesies burung dari genus Autralian Melopsittacus yang berjaya hidup sejak lima ribu tahun dahulu. Hebat bukan?
Waktu saya dan anak-anak ke sini, tak berapa ramai sangat pengunjung .. al maklumlah datang di luar musim cuti persekolahan. Saya bayar untuk seorang dewasa, seorang warga emas, dan dua orang kanak-kanak.
Harga Tiket Masuk Langkawi Wildlife Park
Harga tiket untuk dewasa bagi pemegang MyKad adalah RM24, dan kanak-kanak serta warga emas adalah RM12 seorang. Selain harga tiket biasa, ada juga pakej-pakej tertentu disediakan di Langkawi Wildlife Park ini, in Sha Allah .. ianya berbaloi dengan pengalaman mendekati haiwan di dalam taman ini.Bermanja Dengan Rakun
Selain beri makan burung, ada aktiviti lain yang boleh anda bersama anak-anak buat di Langkawi Wildlife Park.Anak saya, Maira berkesempatan untuk memegang dan memeluk Rakun (Racoon) serta anak Landak. Satu pengalaman yang pada diri Maira bakal diingati sepanjang hayatnya. Rasanya sukar nak dapat di tempat lain, apatah lagi haiwan seperti Rakun ni bersifat ganas dan menggigit.
Rakun yang ada di Wildlife Park ini jinak kerana dilahirkan dan dibesarkan di sini, jadi memang sudah biasa dengan manusia. Begitu juga dengan anak-anak Landak yang comel dan berbulu halus.
Selain beri makan burung kecil, anak-anak juga boleh beri makan pada burung Emu, burung Ostrich, rusa, keldai, arnab, termasuklah unta. Makanan ada disediakan. Kalau anda bernasib baik, jika datang pada waktu makan .. boleh dapatkan makanan secara percuma daripada kakitangan taman ini.
Anak-anak saya seronok sebab boleh mendekati dan memegang haiwan. Kalau di zoo, memang pengalaman seperti ini sukar untuk diperoleh - hanya mampu tengok dan ambil gambar sahaja. Tapi di taman ini, bukan setakat pegang .. uhh boleh peluk-peluk, timang-timang lagi.
Anda dan anak-anak juga boleh saksikan aksi buaya yang diberi makan. Uhh besar-besar buaya yang ada di Langkawi Wildlife Park ini.
Anak-anak bukan setakat boleh dekati dan kenali haiwan-haiwan yang ada tetapi juga dapat tambah pengetahuan mengenai apa yang haiwan ini makan. Aha .. anak-anak kena baca arahan yang tersedia, sebelum boleh beri makan sebab bukan semua makanan yang disediakan tu sesuai untuk diberikan.
Apabila dah baca tentang makanan tu, maka mereka juga akan baca beberapa fakta lain. Bagus bukan?
Oh ya, spesies monyet dan makaret pun ada di taman ini.
Jika anda ke Pulau Langkawi, bolehlah masukkan nama lokasi tempat menarik ini iaitu Langkawi Bird Paradise atau Langkawi Wildlife Park ini dalam itenari percutian anda. Pasti menyeronokkan untuk keluarga.
Ini merupakan kali kedua kami datang ke taman ini, walaupun begitu ... isteri saya masih lagi belum berkesempatan lagi untuk ke sini walaupun isteri saya dah lebih 5 kali ke Pulau Langkawi .. hahaha. Kesiannn .. huhu.
Lokasi tempat ini adalah di Kampung Belanga Pecah, Jalan Air Hangat. Hanya ada satu jalan sahaja, jadi anda tidak mungkin terlepas.
[Dah Baca?] Jenjalan Hujung Minggu ke Disiniland Agrotourism Batu Kurau, Perak
Sedikit gambar-gambar semasa saya dan keluarga ke Langkawi Wildlife Park ini ..
Anak-anak la yang paling seronok dengan haiwan..
ReplyDeletememamg untung kalau dapat pergi
Memang best ke sni kalau bersama anak-anak. Jika pergi ke Langkawi, jangan lupa pergi ke Wildlife Park ni
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.