Tuesday, March 6, 2018

5 Perkara Penting Sebelum Terima Tawaran Kerja

Jika anda bujang, mungkin perkara memilih kerja tidak penting. Ini adalah kerana ia merupakan start-up kerjaya untuk mendapatkan pengalaman sebenar dalam dunia pekerjaan. Agak berlainan sedikit dengan mereka yang sudah berkeluarga, ada beberapa aspek dan benda penting perlu dilihat sebelum terima apa-apa tawaran kerja.

5 Perkara Penting Sebelum Terima Tawaran Kerja

Tips penting sebelum terima tawaran kerja
Tips sebelum terima tawaran kerja majikan
Pun begitu, sebenarnya penting juga untuk semak dulu tawaran kerja mahupun temuduga yang diterima, walaupun masih bujang mahupun dah ada anak bini. Bukan semua kerja itu sesuai dipadankan dengan keadaan semasa.

Kenapa penting untuk melihat tawaran yang diterima sebelum buat keputusan untuk kata "terima"?
[post_ads]
Ia penting kerana jika anda terus bulat-bulat terima sesuatu tawaran kerja itu, takut kelak ia akan pengaruhi performance anda dalam kerjaya. Uh tak naklah masuk kerja, tetapi nanti terpalit benda yang tidak elok. Silap-silap, kerana masalah di tempat kerja, nanti nak cari kerja lain jadi masalah.

Ada lima perkara penting anda perlu lihat sebelum terima sebarang tawaran kerja ni.

Gaji Diberikan Untuk Kerja Ditawarkan

Gaji adalah duit yang akan menyara kehidupan anda. Dalam kehidupan zaman sekarang, banyak komitmen dari gaji yang perlu anda gunakan. Anda perlu tengok berapa jumlah gaji yang bakal diberikan kepada anda. Adakah ia mampu untuk tampung kos kehidupan anda?

Paling penting, gaji diberikan oleh majikan mesti setimpal dengan kerja yang perlu anda lakukan. Jangan sampai ada yang cuba ambil kesempatan dari diri anda, semata kerana anda seorang fresh graduate.

Faedah dan Kelebihan Ketika Kerja

Faedah dan Kelebihan Ketika Kerja
Selain daripada gaji yang diberikan untuk kerja yang ditawarkan, aspek penting lain perlu anda ambil peduli ialah soal faedah dan kelebihan andai terima tawaran kerja tersebut. Apakah anda mendapat manfaat tanggungan kos perubatan atau kesihatan? Adakah anda diberikan cuti tahunan? Ada caruman KWSP atau SOCSO? Cuti bersalin? Faedah untuk keluarga atau pasangan?

Jika tiada, maka seharusnya anda ambil pendirian untuk tolak tawaran kerja yang diberikan. Kena pastikan, jadi bertanyalah.

Setiap kerja ada risikonya, maka seharusnya anda dilindungi dengan risiko pekerjaan anda.

Waktu Kerja

Waktu bekerja
Sesetengah orang suka waktu kerja anjal, ada pula yang memilih untuk lebih suka bekerja shift dan ramai yang suka memilih waktu kerja tetap. Bagi mereka yang suka pilih kerja shift, selalunya mereka ada kerja sampingan lain untuk tambah pendapatan - sesuatu yang mungkin berkaitan hobi dan minat, berbeza dengan kelayakan memohon kerja tetap.

Waktu kerja perlu kena dengan masa anda. Jika anda seorang yang berkeluarga, sudah pasti anda mahukan waktu kerja itu tidak menghilangkan waktu untuk bersama keluarga. Adakah anda perlu bekerja sehingga malam atau hujung minggu? Adakah anda perlu lakukan kerja luar kawasan?
[post_ads_2]

Kemudahan di Tempat Kerja

Kemudahan di tempat kerja
Sesetengah syarikat ada menyediakan kemudahan-kemudahan khas untuk pekerjanya. Misalnya kemudahan menggunakan Wifi percuma, kemudahan pantri atau kantin, kemudahan tempat letak kenderaan dan sebagainya.

Anda perlu tahu samada terdapat kemudahan sebegini diberikan kepada anda jika anda terima kerja. Ia mungkin akan membantu anda untuk menjadi lebih produktif dan selesa dengan kerja anda. Persekitaran kerja yang baik dengan kemudahan percuma dari majikan mampu mendorang anda untuk kekal dengan tugas serta jawatan untuk tempoh lama.

Untuk mereka yang beragama Islam, anda perlu juga tahu samada majikan ada menyediakan kemudahan surau untuk anda sholat terutama sholat Zuhur dan Asar.

Perkembangan Kerjaya

Anda mahu kerja dan dapat manfaat. Selain peroleh pengalaman, anda tentu mahu majikan yang menyokong perkembangan kerjaya anda. Jika majikan tersebut tidak ada sebarang tetapan mengenai kenaikan gaji, kenaikan pangkat dan sebagainya, maka ia bukan majikan yang bagus untuk perkembangan kerjaya anda.

Terima kerja tersebut jika peluang cerah diberikan kepada anda untuk kembangkan pengetahuan, skill kerja anda ke tahap yang lebih baik. Anda tentu tidak mahu berada di takuk yang sama untuk selama bekerja di situ, bukan?
Perkara Penting Sebelum Terima Kerja
Orait, mudah-mudahan sedikit tips di atas dapat bantu mereka yang sedang mencari kerja dan tapak kerjaya. Saya bukan berniat untuk melihat anda rigid soal memilih kerja, tetapi ia patut setimpal dan sesuai. Bukan semua tawaran kerja yang diterima ini boleh berikan kebaikan untuk kerjaya. Ada tu sekadar nak ambil peluang semata.

5 Perkara Penting Sebelum Terima Tawaran Kerja Hasrul Hassan 4.5 of 5
Jika anda bujang, mungkin perkara memilih kerja tidak penting. Ini adalah kerana ia merupakan start-up kerjaya untuk mendapatkan pengalaman...

Artikel Terkait

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

4 Komen

jika rasa kerja kurang best boleh cari kerja lain..

namun ua bukan satu tindakan bijak.

sebelum menerima tawaran..

fikir baik dan buruk dahulu

Dalam keadaan ekonomi yang masih belum stabil, fresh graduates yang agak sukar mendapat tawaran, saya nasihatkan terima kerja yang berpatutan walaupun tidak lumayan. Yang penting, mulakan karier anda dengan segera dan pastikan laluan karier tidak menyimpang jauh dari perancangan dan kelulusan anda. Apabila telah acquire skills, maka wajsrlah untuk anda mencari peluang yang lebih baik.
My two cents..

Ya setuju. Ambil kerja dalam laluan kerjaya yang menyamai bakat dan kelulusan walaupun bergaji kecil. Gunakan kesempatan yang ada untuk faham situasi kerja sebenar sbelum terokai peluang lebih besar.

skang ni, dpt keje, amik aje.
sesuai kan diri dgn keje tu.
jgn pilih2 sgt. thereafter, dgn pengalaman baru la carik keje lain.

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon