Semakan Online Penyata & Dividen SSPN1M-i / SSPN1M-i Plus (Dulunya SSPN-i)

Borong Online dari China
Semakan Online Dividen SSPN1M-i . Dah buat semakan penyata dan lihat dividen diterima dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) -i tak? Alhamdulillah, untuk tahun kewangan terakhir 2017, pihak PTPTN yang menguruskan SSPN1M-i dan SSPN1M-i Plus telah umumkan bahawa kadar dividen untuk 2017 adalah sebanyak 4%.

Jumlah dividen yang diterima ini boleh anda semak secara online dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan pendeposit dan juga kata laluan. Apabila telah masuk ke sistem penyata online SSPN1M ini, anda boleh lihat butiran am dan butiran terperinci setiap akaun SSPN1M-i yang telah anda daftar.

Cara Buat Semakan Online Dividen SSPN1M-i/SSPN1M-i Plus

Semakan Online Penyata dan Dividen SSPN1M-i
Saya dan isteri telah pun membuat semakan secara online untuk akaun SSPN1M-i ketiga-tiga anak kami, iaitu Amri, Zikri dan Maira. Saya juga telah membuat semakan secara online untuk akaun SSPN1M-i Plus untuk Najmi. Alhamdulillah, dividen SSPN1M sebanyak 4% bagi tahun kewangan 2017 telah pun dimasukkan. Maka bertambahlah tabungan dan simpanan pendidikan untuk anak-anak saya.

Cara nak membuat semakan online dividen dan melihat penyata SSPN1M-i tak susah. Apa yang perlu anda lakukan adalah daftarkan dulu akaun anda untuk kemudahan semakan online ini.

Untuk Semakan Dividen dan Penyata SSPN1M-i Secara Online

1. Jika anda belum pernah daftar akaun SSPN-i secara online, sila pergi ke laman pendaftaran di sini - SSPN1M-i Daftar Semakan Online
Cara buat semakan penyata dan dividen SSPN
2. Masukkan butiran diminta. Apabila pengesahan telah dibuat dan diemailkan kepada anda, maka bolehlah anda login untuk semakan online penyata dan dividen SSPN1M-i anak-anak anda.

3. Jika pernah daftar, maka boleh terus buat semakan menerusi pautan ini - SSPN1M-i Semak Online. Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan anda (pendeposit), dan kata lalun untuk akses penyata SSPN1M-i secara online. Bukan nombor kad pengenalan anak anda ye ... jangan silap ni.
Cara buat semakan penyata dan butiran akaun SSPN

Untuk Semakan Dividen dan Penyata SSPN1M-i Plus Secara Online

1. Pergi ke laman semakan online SSPN1M-i Plus di sini - SSPN1M-i Plus. Masukkan nombor kad pengenalan anda di ruangan disediakan, dan juga kata laluan.
Semakan Online Dividen SSPN1M-i
2. Jika anda belum mendaftar, klik bahagian 'daftar pengguna baru'. Prosesnya sama seperti SSPN1M-i. Bila dah disahkan, login semula.

Tak susah pun nak membuat semakan online dividen SSPN1M-i dan SSPN1M-i Plus ni, selain mengetahui jumlah dan sahkan kemasukan dividen ke dalam akaun, anda juga boleh cetak penyata untuk rujukan sebagai pelepasan dalam cukai pendapatan.
[post_ads]
Oh ya, secara alternatifnya, anda boleh akses mana-mana akaun ini menerusi pautan ini - Semakan Penyata SSPN1M. Menerusi laman web ini, anda hanya perlu masukkan nombor akaun anda sebagai pendeposit. Ia akan senaraikan semua akaun skim simpanan di bawah PTPTN yang ada seperti ditunjukkan di bawah ini ..
Semakan Online Dividen SSPN1M-i
Untuk butiran terperinci setiap skim yang anda ambil untuk anak anda, cuma klik 'Semakan Penyata SSPN-i' (juga dikenali SSPN1M-i) atau 'Semakan Penyata SSPN-i Plus' (juga dikenali SSPN1M-i Plus).

Ia akan bawa kepada laman web login untuk semakan seperti yang saya paparkan di awal tadi.
[post_ads_2]

Jika anda belum membuat sebarang simpanan berbentuk pelaburan, maka saya syor untuk anda pilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia -i Plus yang lebih bagus, lengkap dengan perlindungan skim takaful. Anda boleh rujuk sini untuk info - Info SSPN1M-i Plus Terkini

[Baca Juga] Keistimewaan dan Manfaat Simpan dalam SSPN1M-i Plus




Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

1 Comments

  1. akaun sspn pun xde lagi huhuu.. ni baru nak buat utk syafi

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.