SSPN-i Plus kini dikenali sebagai Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M). Walaupun nama komersil sudah bertukar dari SSPN-i ke SSPN1M-i dan SSPN-i Plus ke SSPN1M-i Plus; pelan simpanan, keistimewaan, kelayakan serta segala kemudahan sebelum ini masih kekal sama. Untung siapa yang sudah mendapat segala keistimewaan dan manfaat yang terdapat dalam skim-skim ini.

Mungkin ada yang masih lagi belum menyertai atau mendaftarkan anak-anak dalam skim ini. Jika belum, elok anda berbuat dan lakukan sekarang. Malah, ia boleh dilakukan seawal anak atau bayi dilahirkan atau didaftarkan kelahirannya.

Keistimewaan dan Manfaat Simpan SSPN1M-i Plus

Keistimewaan dan Manfaat Simpan SSPN1M-i Plus

Saya dan isteri antara ramai golongan ibu bapa yang telah ambil peluang untuk mendaftarkan anak-anak kami ke dalam skim ini. Kami memilih untuk mendapatkan keistimewaan dan manfaat yang terkandung di dalam SSPN1M-i Plus. Ia lebih baik buat anak kami, kerana ia merupakan simpanan berkomitmen serendah RM30 sebulan yang memberikan manfaat takaful komprehensif.

SSPN1M-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN1M-i Plus ditambahbaik daripada SSPN1M-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

SSPN1M-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih. Anda boleh pilih mana-mana pakej mengikut kemampuan dan juga manfaat takaful yang anda mahukan untuk anak. Saya boleh katakan ia tidak membebankan, memandangkan ia adalah untuk masa depan anak-anak.

9 Keistimewaan SSPN1M-i Plus

Keistimewaan dan Manfaat Simpan SSPN1M-i Plus
Jika anda mengambil SSPN1M-i Plus ini, ada 9 keistimewaan yang bakal anda terima.
  1. Patuh syariah.
  2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
  3. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  4. Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal (kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.
  5. Tiada pemeriksaan kesihatan.
  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  7. Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
  8. Layak memohon pembiayaan pendidikan.
  9. Simpanan dijamin oleh Kerajaan.

Syarat Kelayakan Menyimpan SSPN1M-i Plus

Keistimewaan dan Manfaat Simpan SSPN1M-i Plus Untuk mendaftar dan mendeposit simpanan, kelayakan berikut mesti dipenuhi:
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun keatas atau sebelum mencapai 64 tahun.

Dan untuk penerima manfaat, iaitu anak, mestilah patuh pada syarat berkut:
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun.
  3. Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.
Dalam SSPN1M-i Plus ini, setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat dan pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama.

Aha .. nampak tak kelebihannya di sini. Anak anda boleh dapat dua kali ganda manfaat jika ibu dan bapa mendeposit secara berasingan di dalam skim ini.

Butiran lanjut boleh anda dapati di pautan ini - SSPN1M-i Plus Daftar Online

Pakej Simpan SSPN1M-i Plus

Mari lihat apa manfaat yang bakal anak anda terima jika mengambil SSPN1M-i Plus mengikut pakej yang disediakan...
Pakej Menarik Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia

Amacam? Menarik tak skim yang ditawarkan oleh PTPTN ini menerusi SSPN1M-i Plus? Apabila anda mendaftar dan menjadi pendeposit, anak anda bukan setakat boleh mendapat manfaat takaful malah skim ini juga memberikan dividen kepada pemilik akaun.

Manfaat Terbaik Untuk Anak dan Pendeposit

Ya, akaun anak anda akan dapat dividen SSPN1M-i Plus, akan dapat perlindungan daripada 36 penyakit kritikal, mendapat perlindungan takaful untuk pampasan kematian dan hilang upaya kekal dan boleh dapat elaun harian hospital jika dimasukkan ke wad dan mendapat rawatan di hospital. Dan buat ibu bapa yang menjadi pendeposit, boleh memanfaatkan skim ini untuk pelepasan cukai LHDN sehingga RM12,000 setahun!

Butiran lanjut boleh anda dapati di pautan ini - SSPN1M-i Plus Daftar Online

Oh ya, lupa nak bagitahu, selain kelebihan dan manfaat yang telah saya kongsikan mengenai SSPN1M-i Plus di atas, anda juga layak untuk peluang mendapat hadiah menarik menerusi cabutan WOW yang diadakan setiap bulan. Silap-silap boleh menang sebuah kereta mewah, malah apartment idaman anda.
Kelebihan berganda Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia
Menabung untuk masa depan anak anda, tak rugi punyalah .. in Sha Allah.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement