11 jenis telekung sholat wanita. Pemakaian telekung bagi wanita ketika bersolat merupakan budaya umat Islam. Namun, pemakaian telekung sholat itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Syarat dalam pakaian sholat adalah cukup dengan menutup aurat dan pakaian itu perlulah bersih daripada sebarang najis. Telekung sholat suatu ketika dahulu banyak diperbuat daripada kain daripada fabrik cotton putih.

Kali ini saya nak kongsikan serba sedikit jenis-jenis telekung sholat untuk wanita, khususnya yang popular di sekitar nusantara ini. Ramai wanita Islam nusantara bukan sekadar mahu tampil selesa dengan telekung sholat yang mereka pakai, tetapi juga cantik. Lumrah wanita untuk sentiasa nampak cantik hatta ketika melakukan ibadah.

11 Jenis Telekung Sholat Wanita Trend Terkini

Jenis Telekung Sholat Wanita Trend Terkini
Jenis Telekung Sholat Wanita Trend Terkini
Trend terbaru telekung sholat yang kini sedang mendapat perhatian dan tempat di hati wanita Islam sekitar nusantara ialah telekung sholat jenis berwarna atau bercorak. Terdapat beberapa jenis telekung sholat yang telah menjadi satu trend di nusantara.

Ada 11 jenis telekung sholat wanita trend terkini boleh dijadikan pilihan di saat ini. Antaranya ialah:

1. Telekung Bercorak Fabrik Rayon

Fabrik jenis ini diperbuat daripada selulosa, sama ada dari kayu palpa atau gentian kapas. Ia sejenis kain yang berkilat, licin, lembut, pengalir haba yang baik, senang untuk dicelup warna dan warna tidak luntur. Fabrik rayon ini sangat cantik, mempunyai harga yang sederhana, tahan lasak, tidak mempunyai kuasa elektrostatik dan mudah dicampur dengan fabrik lain. Namun fabrik jenis ini tidak selesa jika dipakai, mudah renyuk, mudah terbakar dan tidak tahan haba panas.

2. Telekung Tie Dye

Istilah tie-dye muncul daripada cara membuatnya iaitu proses mengikat dan mewarnakan fabrik atau pakaian yang kebanyakannya daripada kain kapas. Kebiasaannya coraknya menggunakan warna yang terang. Telekung sholat jenis ini mempunyai corak di bahagian bawah telekung sholat, manakala bahagian atas berwarna putih.

3. Telekung Jenis Denim

Denim menggunakan bahan jeans yang berat dan kelihatan terletak apabila dipakai. Namun, kain jenis ini sedikit panas jika dipakai ketika sholat.

[Promo] Telekung Hanna Mirae - Aishah Denim

Telekung sulam Siti Khadijah

4. Telekung Kapas (Cotton) Putih

Fabrik jenis ini berasal dari buah kapas. Ia licin, mudah terbakar jika terkena api. Tahan suhu yang panas, pengalir haba yang baik dan ia mudah menyerap lembapan. Fabrik cotton adalah murah, mudah didapati, cepat kering dan selesa. Namun, mudah renyuk dan bertahi lalat. Selain cotton berwarna putih, terdapat juga telekung sholat jenis lain seperti telekung sholat floral iaitu bercorak bunga  dan telekung sholat berwarna kosong.

[Promo] Telekung Sholat Siti Khadijah Cotton Visco Vietnam

5. Telekung Sulam Penuh

Telekung sulam penuh
Telekung sholat jenis ini menggunakan fabrik jenis cotton tetapi mempunyai corak sulaman penuh di seluruh telekung sholat. Telekung sholat ini terletak cantik di badan apabila dipakai.

6. Telekung Lycra

Lycra biasanya dicantum dengan bahan fabrik lain. Terdapat beberapa jenis lycra iaitu jenis yang berat sehingga terhasil bentuk badan si pemakai dan fabrik lycra mudah ‘tertarik' kainnya. Antara contoh lain ialah telekung lycra bersulam.

7. Telekung Spandex

Spandex adalah sejenis fiber sintetik yang digabungkan dengan fabrik lain seperti Nylon, Cotton ataupun Polyester. Hasilnya, pakaian tersebut mampu mengembang (stretch) dan lembut serta selesa dipakai.
[post_ads]

8. Telekung Sholat Jenis Jubah

Jubah seluar ini direka khas dengan gabungan baju, tudung dan sarung lengan dalam sepasang jubah. Ia amat sesuai ketika berjalan jauh (musafir) bagi jemaah wanita, tidak perlu membawa tudung atau telekung berasingan kerana ia menggabungkan kesemuanya dalam satu.

9. Telekung Satin Bersulam

Telekung sholat ini menggunakan sejenis kain yang berkilat serta mempunyai corak sulaman dibahagian bawah telekung sholat. Fabrik jenis ini adalah sedikit panas dan tidak menyerap peluh. Antara telekung sholat satin yang lain ialah telekung satin organza.

10. Telekung Mini Beg Fabrik Nylon

Fabrik ini berasal daripada bahan arang batu (benzen atau femol oksigen, nitrogen, dan hidrogen). Ianya halus, nipis dan kenyal, kukuh, bercas elektrostatik dan menarik kotoran. Walaubagaimanapun ia tidak menyerap lembapan, mudah terbakar dan tidak boleh direndam dengan air panas.

11. Telekung sholat Vietnam

Telekung sholat Vietnam diperbuat daripada jenis Cotton Silk dan amat selesa dipakai kerana kainnya yang lembut dan melekat di badan. Jenis kain cotton ini adalah yang paling eksklusif  di Vietnam. Ramai wanita muda Islam di Malaysia suka dengan jenis telekung ini, yang nampak cantik disamping keselesaannya.
[post_ads_2]
Sekarang anda sudah pun tahu terdapat 11 jenis telekung sholat yang popular dan menjadi antara trend terkini untuk wanita Islam di nusantara. Apapun pilihan jenis telekung sholat yang anda suka, pastikan ia tidak menyalahi atau melanggar syarak.

[Baca Juga] Panduan Memilih Telekung Sholat Terbaik Untuk Muslimah

Penting dalam pemilihan jenis-jenis telekung ini agar dipastikan telekung tersebut tidak jarang dan corak sulamannya tidak berlebihan. Telekung sholat terbaik mesti tidak menampakkan bahagian tubuh badan seorang wanita. Jagalah aurat ketika solat dan elakkan pemakaian telekung ketika sholat menjadi riak, terutama apabila memakai telekung dari jenis yang bercorak sulaman cantik atau berwarna.

Ibadah sholat itu untuk Allah S.W.T dan bukannya untuk pandangan dan perhatian manusia. Moga bermanfaat.

Oh ya, jika anda nak mencari jenis-jenis telekung dari pelbagai jenama terkenal, termasuklah dari jenis telekung solat Vietnam, bolehlah pergi ke Pasar Kemboja Parit Buntar. Di situ, anda boleh cari dan dapatkan harga telekung eksklusif dengan harga murah dan berpatutan.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement