Watson Lazada Flash Sale

Kisah Ibu Bekerjaya di Singapura Tambah Income Dengan Jawab Survey Online

Borong Online dari China
Hari ini saya nak kongsikan satu temubual menarik, kisah seorang ibu yang jana income sampingan dengan menjawab survey secara online. Beliau ialah Hafika Hanafi, kini menetap di Singapura, dan merupakan seorang yang sukakan buku! Ada beberapa tips daripada Hafika Hanafi bagaimana beliau menjana income USD menerusi laman menjawab survey ini.

Sebenarnya, ramai dah di kalangan surirumah dan ibu-ibu yang punyai banyak masa terluang yang terbabit dengan jawab survey dapat duit ni. Saya sendiri pun tak terkecuali mengambil peluang ini untuk jana income sampingan menerusi laman web menjawab survey online. Ada banyak laman web survey online ini, antara paling popular ialah PanelPlace.

Kisah dan Tips Hafika Jana Income USD Jawab Survey

Kisah Ibu Berkerja Tambah Income Jawab Survey
Jika sebelum ini, saya ada beritahu bahawa laman web jawab survey berbayar ini adalah sumber income terbaik di masa lapang untuk pelajar, surirumah, pesara dan bekerja sendiri. Tetapi kali ini, dalam kes Puan Hafika Hanafi ini, beliau bukan seorang surirumah sepenuh masa .. malah beliau ada kerjaya tetap sendiri di Singapura.

Namun, beliau sangat aktif menjawab survey online .. bukan setakat kerana mahu menambah income sampingan, tetapi juga kerana kesukaannya berbuat demikian.

Mari ikuti sedikit temubual antara team PanelPlace bersama dengan Puan Hafika Hanafi ini. Maaf ye kalau translation temubual ni nampak janggal sedikit.
Jawab Survey Berbayar Secara Online Untuk Income Tambahan
Soalan: Hai, boleh berikan sedikit penerangan mengenai diri anda?
Hafika: Hai semua. Saya Hafika. Saya berusia 25 tahun dan merupakan seorang ibu kepada anak tunggal perempuan saya. Saya sekarang bekerja sepenuh masa sebagai Guest Services Agent di sebuah hotel di Singapore. Agak mencabar bekerja dalam shift ini, memandangkan anak perempuan saya masih perlukan perhatian daripada ibunya. Namun, saya masih boleh menghadapinya. Saya suka membaca dan habiskan masa bersama anak perempuan saya bila ada masa terluang.

Soalan: Sekerap mana Puan menjawab survey?

Hafika: Saya selalu menjawab survey pada hari cuti pertama saya. Ya pada first off days. Maksudnya, saya selalu melakukannya seminggu sekali, dan kebiasaanya di waktu malam. Jika ditanya kenapa? Sebab ketika anak perempuan saya ada di samping dan terjaga, memberikan perhatian kepadanya adalah satu priority. Kata lain, saya sering melakukan jawab survey ini apabila anak perempuan saya sudah tidur dengan lena.

Soalan: Laman web survey berbayar mana paling Puan gemari?

Hafika: Kalau ikutkan, saya tidak ada favorite laman web mana-mana, tetapi saya agak aktif di Toluna SG dan Global Test Market. Di situ, ada banyak survey yang boleh saya jawab, dan saya seronok melakukannya.

 
Soalan: Bagaimana dengan PanelPlace?

Hafika: Saya dah menjadi ahli PanelPlace beberapa bulan sekarang. Nampaknya, PanelPlace berjaya mengambil perhatian saya apabila saya buat carian mengenai survey berbayar. Menerusi PanelPlace, saya ambil nota berkaitan penebusan mata ganjaran dan juga jumlah keseluruhan yang saya terima. Saya dalam pada itu turut mempromosikan PanelPlace ini, dan menyakinkan ramai orang bahawa ianya bukan satu penipuan atau scam.

[Nak Join?] Gunakan Masa Terluang Anda Jana Pendapatan Dengan Jawab Survey Online. Jom Join Sekarang ...

Soalan: Boleh kongsikan kisah PanelPlace Puan tak?

Hafika: Oh sudah tentu. Saya awalnya agak ragu-ragu tentang privasi dan keselamatan saya yang didedahkan dalam talian tetapi selepas beberapa ketika, saya faham bahawa hanya laman web tulen yang tidak akan menambah masalah yang tidak perlu untuk kehidupan peribadi saya.
Tambah Income Menerusi Jawab Survery Berbayar Secara Online
Soalan: Apa pendapat Puan tentang jawab survey berbayar?

Hafika: Saya mulakan jawab survey secara online ini untuk dapatkan sedikit income tambahan. Tak adalah banyak mana, tetapi sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak membantu. Lagipun, ia bergantung pada individu tersebut samada suka atau tidak melakukannya. Saya sebenarnya ada bertanyakan kepada rakan saya, dan dia juga memang suka menjawab survey berbayar secara online ini.

Soalan: Apa masalah terbesar Puan bila melakukan menjawab survey berbayar ini dari beberapa laman web yang berbeza?

Hafika: Punyai beberapa sumber dan laman web yang sediakan jawab survey berbayar ini pada saya .. adalah agak baik. Jika saya boleh tidak tebus mata ganjaran saya dari laman web 'A', saya mungkin boleh tebus di laman web 'B'.  Awal dulu, ketika saya baru bermula .. memang ada sedikit masalah. Sebabnya saya mendaftar dengan banyak laman web jawab survey online ni sehingga saya tak dapat nak keep track yang mana satu.

Tetapi ianya dah tak macam dulu, terima kasih sebab adanya PanelPlace. Saya tidak lagi perlu nak bookmark semua lamab web tersebut. Malah, saya boleh keep track segala jumlah mata ganjaran diperoleh dalam sebuah buku. Sekarang, dengan hanya satu klik sahaja menerusi aplikasi PanelPlace! Memang awesome!

Soalan: Ada apa-apa lagi Puan nak katakan tentang PanelPlace?

Hafika: Terima kasih kepada team PanelPlace yang sedikan survey online yang best. Anda semua mempunyai platform yang memudahkan untuk lihat survey online berbayar yang ada selain keep track income yang ada.

Anda nak jadi seperti Puan Hafika Hanafi yang jana pendapatan sampingan di waktu lapang? Boleh daftar secara percuma dengan laman web PanelPlace di pautan ini - PanelPlace Register; dan mula menjana income selain beberapa ganjaran lain yang disediakan.

Mungkin income atau hasilnya tidaklah ribuan ringgit sebulan, tetapi sepertimana Puan Hafika dan saya sendiri, setidak-tidaknya ia akan bantu juga untuk top-up mana-mana perbelanjaan harian.

Lagipun, tak susah mana pun nak jawab survey online berbayar ni .. asalkan faham dan tahu bahasa Inggeris biasa .. in Sha Allah, tak ada masalah - sebab kebanyakkan survey adalah dari syarikat antarabangsa yang gunakan Bahasa Inggeris.

Joinlah ... Daftar SINI.

Sumber olahan: PanelPlace Blog



Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

1 Comments

  1. Menariknya.. boleh Jana income dgn buat survey je

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.