Ingin Mati Ketika Berdakwah - Azmil Mustapha

Kongsi:

Ingin Mati Ketika Berdakwah - Azmil Mustapha

Takziah. Saya baru dapat tahu bahawa Azmil Mustapha, pelakon yang popular di zaman remaja saya telah kembali ke rahmatullah akibat sakit jantung di rumahnya. Azmil Mustapha  meninggal dunia ketika tidur pada jam 1 petang 14 Februari 2018 di usia 65 tahun.

Azmil Mustapha meninggalkan dua bekas isteri dengan lima orang anak. Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan seorang anak perempuan, Shamira. Manakalah dalam perkahwinan kedua, Azmil dikurniakan Allah S.W.T dengan empat orang anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia.

"Ingin Mati Ketika Berdakwah" - Azmil Mustapha

Azmil Mustapha yang popular dengan watak Ali dalam filem 'Ali Setan' pernah melahirkan hasrat untuk mati ketika berdakwah. Menurut laporan akhbar BH Online, Azmil Mustapha pernah mengungkapkan kata-kata berikut, "Mati ketika berdakwah sesuatu yang ajaib kerana ia mati di jalan Allah. Impian saya mahu mati ketika berdakwah... Itu idaman saya."

Ia diungkapkan oleh Azmil Mustapha ketika dalam satu wawancara bersama Harian Metro.
Ingin Mati Ketika Berdakwah - Azmil Mustapha
[post_ads]
Saya kenal dengan aktor ini menerusi filem Mekanik, arahan Othman Hafsham. Dalam filem Mekanik, ada satu babak yang saya sangat ingat sampai sekarang. Babak tersebut melibatkan dialog yang menjadi fenomena atau boleh dianggap viral ketika itu, bergandingan bersama pelakon jelita Susan Lancaster. Filem itu juga turut dibintangi oleh lagenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Dialog filem Mekanik yang saya maksudkan ialah dialog di bawah, diungkapkan oleh Susan Lancaster kepada Azmil ketika ditanya oleh Azmil "U orang putih ke?" (kalau tak silap).

"Orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke, orang biru ke. Kita orang Malaysia kan".

Biografi Azmil Mustapha

  • Nama sebenar Mohd Azmil Mustapha Kamil.
  • Dilahirkan pada pada 1 Januari 1953 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • Terima Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Filem, Radio dan TV dari Universiti Indiana, Bloomington, Amerika Syarikat pada 1979 - belajar 5 tahun.
  • Filem pertama - Mekanik 1983 Popular dan dikenali ramai menerusi filem Ali Setan (1985) dan Ali Setan 2 (1986) bersama Fauziah Ahmad Daud.
  • Filem lain - Suara Kekasih (1986), Kepala Angin (1987), Driving School (1990), XX Ray 2 (1995), Iman Alone (1998), Hanya Kawan (1997) dan terakhir Puteri Gunung Ledang (2004)
  • Filem luar negara - Fifty Fifty (USA), Madu dan Racun, Gadis Hitam Putih dan Dewi Cinta (usahasama Malaysia-Indonesia)
  • Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada Festival Filem ke 4 menerusi Mekanik, arahan Othman Hafsham.
  • Pelakon Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 6 menerusi filem Ali Setan, arahan Jins Shamsudin.
  • Awal 1990an, ambil keputusan untuk lupakan dunia glamor dan lebih kepada kehidupan berkeluarga dan dekatkan diri dengan perjuangan agama Islam.
  • Pernah ke Syria untuk belajar agama.
  • Terbabit dalam membantu rakan artis lain untuk belajar dan mendalami ilmu agama Islam.
  • Sering bersama pendakwah lain untuk berdakwah.
Azmil Mustapha antara pelakon yang saya ingat dan sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan saya ketika remaja. Apabila Azmil Mustapha ambil keputusan untuk tinggalkan dunia glamor dan belajar mendalami agama serta berdakwah ... saya rasa gembira.

Moga roh Azmil Mustapha ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman lagi soleh. Takziah buat keluarga beliau, dan Al Fatihah.

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Panduan Iklan Adwords
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,130,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,7,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,148,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,56,Buat Duit Online,370,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,44,Contest 2014,16,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,817,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,356,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,26,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,60,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,House Husband,599,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,553,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,16,Inspiration,4,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,46,Kekeluargaan,148,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,100,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,38,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,391,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,432,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,29,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,92,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,57,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,533,Semesti,2,SENI,3,Shopping,133,Shopping Online,4,Sihat Cantik,8,SIHAT SOKMO,17,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,209,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,116,Tips Blogging,325,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,83,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,53,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,117,Work From Home,11,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog: Ingin Mati Ketika Berdakwah - Azmil Mustapha
Ingin Mati Ketika Berdakwah - Azmil Mustapha
Ingin Mati Ketika Berdakwah - Azmil Mustapha
https://1.bp.blogspot.com/-Ktte4lq3nO4/WoQBEtl3qbI/AAAAAAAAr_Q/Ys5J4EMXCTcX8Jgz5M_JzYWI7_F4uOoiACLcBGAs/s1600/azmil-mustapha-meninggal-dunia.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-Ktte4lq3nO4/WoQBEtl3qbI/AAAAAAAAr_Q/Ys5J4EMXCTcX8Jgz5M_JzYWI7_F4uOoiACLcBGAs/s72-c/azmil-mustapha-meninggal-dunia.jpg
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog
https://www.hasrulhassan.com/2018/02/ingin-mati-ketika-berdakwah-azmil.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2018/02/ingin-mati-ketika-berdakwah-azmil.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy