Apabila tiba tahun baru, akan ada di antara kita yang tanamkan azam untuk bertukar kerja, dan ramai juga yang berazam untuk mendapatkan kerja setelah sekian lama mengganggur. Saya tahu masih ramai graduan, lepasan IPT .. tidak termasuk lagi lepasan SPM yang masih dok sesaja di rumah tak melakukan apa-apa.

Kerja secara online? Bukan semua orang ada minat dan kesungguhan nak melakukan kerja secara online ni, hatta secara sampingan. Bagi mereka, mereka mahu kerja yang lebih stabil, kerja yang ada jaminan income tetap setiap bulanan. Beza kalau melakukan kerja online ni, kebanyakkan pendapatan adalah tak tetap. Rajin mencari, rajin mendapatkannya .. adalah income.

Tips Hadapi Situasi Sebenar Interview Kerja Kerajaan

Tips Hadapi Situasi Sebenar Interview Kerja Kerajaan
Tak mahu kerja yang tak ada pendapatan tetap, maka eloklah mencari dan mendapatkan kerja. Oleh itu, mahu tidak mahu, perlulah memulakan langkah-langkah awal untuk mendapatkan kerja ni. Mana boleh duduk diam dan goyang kaki. Mesti ada usaha.

Jadinya, antara langkah awal untuk mendapatkan kerja ialah dengan mencari peluang serta iklan berkaitan jawatan kosong, menulis resume dan menghantarnya, dan seterusnya bersedia untuk hadapi temuduga jika dipanggil.

Tips Hadapi Situasi Sebenar Interview Kerja Kerajaan
Dalam banyak-banyak pencarian kerja dan jawatan kosong, pilihan paling utama pencari kerja ialah untuk mendapatkan kerja di sektor kerajaan. Kerja kerajaan ini lebih terjamin dan boleh dapat banyak kelebihan. Setiap tahun, ratusan ribu terdiri daripada belia lepasan SPM, STPM, Sijil, Diploma, Ijazah mahupun Sarjana akan mengisi borang online perjawatan kerja kerajaan di laman web SPA.

Daripada permohonan secara online itu, maka akan adalah peperiksaan online, ujian fizikal, kursus bertaraf diploma, seterusnya temuduga kerja untuk perjawatan dalam kerajaan.

Samada anda tahu atau tidak, temuduga kerja di sektor awam atau kerja kerajaan ini agak berbeza dengan temuduga kerja di sektor swasta. Ia sebenarnya lebih sukar dan lebih mencabar. Maka penting sekali, seandainya terpilih untuk hadiri temuduga kerja dalam sektor ini ... kena lakukan dengan sehabis baik.

Elakkan dari melakukan kesilapan dan kesalahan semasa temuduga kerja kerajaan ini. Ikuti tips yang telah dikongsikan oleh salah seorang netizen, tentang tips hadapi situasi sebenar temuduga kerja kerajaan ini. Jangan sangka anda sudah tahu kesemuanya walaupun dah beberapa kali hadir temuduga - dan gagal kesemuanya (anda wajar baca dari A hingga Z).

1. Dokumen Yang Perlu Dibawa (borang yang diberi untuk diisi bersama resume dan sijil)

6 Tips Hadapi Situasi Sebenar Interview Kerja Kerajaan

Borang

Kena pastikan borang yang diberi untuk dibawa semasa interview diisi dengan detail. Jangan sesekali tertinggal butiran atau yang patut korang tulis dikosongkan. Kalau korang nak tahu, interviewer korang dapat tengok korang jenis macam mana melalui borang dan tulisan korang la. Kalau jenis yg isi borang tak lengkap dan tulisan macam cakar ayam tu dikira sebagai "orang yamg cuai dan pemalas nak baca borang" ha... bahaya gila cara interviewer fikir. Apa yg korang rasa dia tak kisah itulah yang dia kisahkan. Diorang sangat teliti.

Resume

Pernah tengok buku skrap? of course la pernah kan. Okay kalau pernah boleh bayangkan tak resume dan salinan sijil yang nak beri dekat interviewer itu dijadikan buku skrap? Muka hadapan tu buat logo Malaysia ke, logo SPA ke.... bawah tu buat la:
  • Nama
  • Nombor kad pengenalan
  • Jawatan dipohon
Bahagian dalam buku skrap tu pulak buat pembahagi guna kertas warna. (akademik/kokurikulum/lain-lain).. haaa susun korang punya salinan sijil ikut turutan pembahagi. Part akedemik tu susun dari latest ke akhir. Benda ni basic, tak perlu lawa macam design bunga-bunga pun; cukup nampak kau ni seorang yang pandai guna komputer sekaligus otak mengikuti era perubahan sekarang sudah la.

Kalau kau nak tahu, dari situ interviewer anggap kau up to date dalam bidang komputer/filing dan sewaktu dengannya. Pap 3 markah penuh dalam tangan! "budak ni bukan biasa-biasa"- kata interviewer tersebut. Kah!

Sijil

Cuba tengok surat tawaran kerja kerajaan korang. Ada tulis tak nak salinan sijil "yang disahkan"? Confirm la ada. Ramai sangat yang datang interview bawak salinan sijil bodoh gitu je takde disahkan. Disahkan ni bermaksud dicop dan disign oleh ketua kampung ke, ketua jabatan ke atau ketua tempat ayah kau kerja ke. Wajib dicop ya salinan sijil kesemuanya, termasuk ic, surat beranak. Zaman aku dulu, aku dah buat buku skrap untuk salinan sijil dan resume terus aku bawak gi pejabat ayah aku untuk disignkan.

Tambahan
Sijil original tu make sure pulak kau letak dalam fail flip yang boleh selak se se (satu-satu), jangan letak dalam satu envelope sampai interviewer kena bawak keluar tengok se se. Leceh! Pap – 3 markah
[post_ads]

2. Pemakaian

Semua sedia maklum temuduga kena pakai formal tak kira swasta atau kerajaan. Tetapi kali ni aku nak terang detail mengenai formal tu. Takut ada yg tak faham. Formal dalam erti kerajaan ni bagi lelaki adalah kemeja, seluar slack, kasut hitam kilat dan tie. Bagi perempuan, baju kurung. Ha baju kurung? Jangan tak tahu masa interview, pakaian ini la memainkan peranan penting dia nak tengok kau ni macam mana orangnya. Interviewer kita hebat-hebat belaka. Psikologi beb bab pemakaian.

Untuk pemakaian perempuan:
Baju kurung yang sesuai untuk pakai masa interview kerajaan adalah:
  • berwarna gelap (navy blue/maroon/hitam)
  • kosong atau kain bercorak batik dipadankan dengan baju kosong elakkan pakai baju yang bercorak meriah/labuci-labuci macam nak gi kenduri kahwin!
  • bag tangan sederhana kecil (kalau boleh tinggalkan beg dekat luar bilik interviewer, mintak tolong orang jaga. Bawa masuk file je.
  • pakai jam besi belah kiri (tak tahu kenapa ayah aku selalu pesan ni). Jangan pakai gelang/cincin aksesori. Simpan dulu nanti pakai la puas-puas selepas habis interview.
  • kasut bertutup warna hitam kosong flat atau ada tumit sikit. Selain daripada itu tak patut! Jangan nak guna heels wedges bagai pulak; kau nak gi interview okay ..bukan nak gi mall!
  • tudung kosong berwarna gelap (jangan kau gi pakai colour block pulak) seeloknya pakai la warna hitam. Aku dulu baju navy blue selendang hitam. Pin macam biasa tutup dada. Ha part menggayakan tudung tu jangan ala-ala nak gi dinner. Pakai paling kemas dan simple.
  • make-up soft je supaya tak nampak pucat.
Harap gegurls ikut la peraturan kat atas masa aku temuduga dulu bukan main ramai macam nak beraya. Make-up 10 inci. Kasut kemain tinggi. Kata kakak ku "kau mula interview takpe nampak nerd selenge je orang pandang nanti dah masuk kerja suka hati kau la nak melaram ke apa" kalau masuk? hahahahahha...

3. Step Pertama Bila Masuk ke Bilik Interviewer


6 Tips Hadapi Situasi Sebenar Interview Kerja Kerajaan
Nervous tu biasa la tapi cuba rileks anggap je korang berjumpa dengan guru besar atau boss korang dulu. Nama korang dipanggil. Bangun dengan tenang .. jangan gelabah. Kalau
  • bangun dari tempat menunggu apabila nama dipanggil . Kemudian ketuk pintu tiga kali; tunggu dia cakap masuk baru kau masuk. Kat sini dah ada markah tahu tak! Kalau jenis masuk terus tak ketuk ..memang sah sah kena tolak markah. Ingat ketuk dan tunggu dia cakap masuk. Hadam! dokumen pegang tangan kiri rapatkan ke peha. Jangan gi peluk pulak dokumen tu macam masuk sekolah ... tahu?
  • selalunya interviewer ada 3 depan korang, korang duduk kat tengah-tengah berhadapan diorang dengan sebangku kerusi tanpa meja. So, kat sini selepas masuk korang kena bagi resume, borang dan salinan sijil korang. Pusingkan dokumen tu ke ala diorang. Langkah ke belakang (jangan membontot) dekat kerusi yang nak duduk tu. Tunggu sampai salah sorang kata "duduk" baru la kau duduk! Jangan membontot tu bermaksud jangan pusing ke belakang depan diorang. Just langkah kebelakang atau erti kata lain jalan ke belakang.

4. Cara Bercakap

Ingat semua, jangan buat kesilapan macam aku dulu! Aku dulu, masa tiga kali interview gagal aku cakap formal rabak macam tengah berpidato. Aku dapat nasihat dari QS yang aku cakap dapat kerja kerajaan tu dia cakap nanti masa interview cakap macam biasa. Macam cakap dengan boss (kalau pernah bekerja) atau cakap dengan cikgu.

Jangan terlalu over buat macam interviewer tu kawan kau dan jangan terlalu formal. Make sure korang bercakap tidak melebihi interviewer. Tapi jangan kurang sangat. Orang tanya sepatah.. jawab sepatah (tidak proaktif); orang tanya sepatah jawab sampai 20 patah (banyak melalut). Jawab berdasarkan apa kau tahu dan jangan sesekali kau soal interviewer semula.

Contoh
Interviewer: berapa negeri dalam malaysia ni?
Korang: aaaa entah. Tuan agak-agak ada berapa?

.... makan penampor baru tahu hahahahahha

5. Soalan Yang Akan Dikemukakan

[lock]
6 Tips Hadapi Situasi Sebenar Interview Kerja Kerajaan
  1. Pertama sekali soalan dia "kenalkan diri awak". Korang jangan pulak cerita pakai kereta, apa nama kucing, apa suka apa, hobi apa. Haih aku kalau jadi interviewer pun rasa nak reject. Cukup nama, umur, tarikh lahir, tinggal dekat mana, nama mak ayah, mak ayah kerja mana (nyatakan kalau dah meninggal atau bercerai), berapa adik beradik, tamat pengajian peringkat mana. Done! Nanti dia akan selitkan soalan lain pasal diri kau, pepandai la kau jawab. Jangan lari topik asal sudah.
  2. Soalan am - kena study mengenai jawatan korang. Aku haritu boleh pulak dia tanya dapat temuduga jawatan apa terus aku jawab dengan yakin siap gred dia aku sebut. Paling penting study senarai tugas bagi jawatan korang tersebut kemudian waktu terangkan pada interviewer cuba kaitkan dengan pengalaman kerja yg korang ada.
    • contoh: pertama tugas sebagai pembantu tadbir adalah menulis surat mengikut arahan seperti kerja saya sekarang sebagai admin. Dikehendaki menulis surat mengikut arahan boss.
  3. Isu semasa - kalau sekarang tu tengah hangat pasal sakit keracunan makanan cuba la study sikit pasal penyakit tu, isu semasa sukan, negara, study sikit pun takpe sebab kekadang soalan am ni susah sikit tak boleh jangka apa akan ditanya. So nasihat aku .. just faham dengan isu semasa sekarang dah cukup.
  4. Pengetahuan am - siapa Perdana Menteri pertama, siapa Bapa Pemodenan? ha yang part sejarah Malaysia ni mohon study jugak, hari tu dia tanya aku siapa Bapa Pemodenan. Apa nama Sultan Pahang? Macam-macam lagi berkaitan sejarah. Nasib baik aku suka sejarah dari dulu weh ... hahahahaha.
Tips
Kalau nak sebut nama menteri atau sultan kena sebut pangkat dia. Kalau tidak, jawapan anda dikira tidak tepat!

Contoh: Yang Berhormat Perdana Menteri Dato Sri Najib bin .. ha kau sambung. Aku pun tak ingat dah. Jangan main sebut "Najib Razak" ... "Dato Sri Najib" ... memang salah ek. Kena sebut pangkat dia dengan panggilan depan. Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, Dato Sri etc.

Kalau macam ada soalan tak tahu nak jawab, korang cakap macamni - "Maaf tuan/dato/puan saya kurang pasti mengenai soalan tu".

6. Tamat Interview

Habis je interview, interviewer akan cakap "baiklah terima kasih". Korang bangun dari kerusi perlahan-lahan, pergi semula ke depan.. ambil file dan salam (yang sama jantina) dan cakap terima kasih dengan nada ceria.

Jalan kebelakang sampai dekat kerusi korang. Jangan membontot! Sama macam tadi. Dah sampai kat kerusi baru la pusing ke pintu untuk keluar.

Ini lebih kepada jawatan yang directly panggil interview. Yang exam pulak, selalunya pengetahuan am jugak, plus soalan matematik. Apa pun aku nak cakap good luck la untuk semua yang dapat interview kerja kerajaan. Kau tahu tak kau ni dikira bertuah sebab tersenarai dalam calon temuduga. Kalau dapat lagi bertuah. Berapa ramai weh yang bersaing nak rebut kerja yang korang temuduga tu. Yela kerja kerajaan kot. Tak perlu lagi aku terangkan kebaikan dia. harap tips di atas berguna untuk korang.

– Mak Jemoh (diolah sebahagian dari IIUM Confessions)
[/lock] 

6 Tips Hadapi Situasi Sebenar Interview Kerja Kerajaan
Orait. Anda dah baca dari awal sampai akhir kan? Dan dah nampak kan....bahawa tips hadapi situasi sebenar interview kerja kerajaan ini lebih mengarah kepada calon wanita. Ya, memang dituju kepada perempuan, sebabnya ialah ramai perempuan yang memohon kerja dalam sektor awam atau kerja dalam kerajaan ini. Dan ramai calon wanita yang memohon dan dipanggil temuduga akan gagal disebabkan kesilapan dan kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku.

Saya harap tips di atas dapatlah diguna-pakai. Penat Mak Jemoh tu tulis, dan saya telah olah sedikit sebanyak supaya anda dapat faham dengan betul.
[Baca Juga] 18 Sebab Untuk Anda Gagal Dalam Temuduga
Saya dulu pernah juga menjadi interviewer, tapi lebih santai ... sebab jawatan yang calon tu pohon lebih bersifat teknikal, makanya saya tak adalah tanya siapa Bapa Pemodenan atau ambil kisah mengenai salutation tu. Apabila jawatan lebih bersifat teknikal, kebanyakkan soalan akan berlegar mengenai teknikal dan penyelesaian masalah.

Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama. Terima kasih pada Mak Jemoh yang sudi kongsikan pengalamannya itu untuk rujukan yang bakal hadapi temuduga kerja kerajaan.

Untuk tips lain berkaitan kerja kerajaan, boleh ikuti blog ikerjayagraduan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement