Jika anda merupakan warga negeri ataupun menetap di Johor, menepati syarat kelayakan yang ditetapkan, dan masih belum mempunyai rumah sendiri, maka bolehlah cuba untuk memohon RMMJ dan projek Perumahan Rakyat Negeri Johor ini. Saya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor meletakkan komitmen 100 ribu unit RMMJ menjelang tahun 2023.
Cara Memohon Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Perumahan Rakyat Negeri Johor
Untuk membuat permohonan Rumah Mampu Milik dan Perumahan Rakyat Johor, anda hanya boleh melakukannya secara atas talian atau online menerusi portal Sistem Perumahan Johor. Sesiapa sahaja boleh mendaftar secara online menerusi portal tersebut. Walaubagaimanapun, untuk permohonan pembelian dan pemilikan projek perumahan yang disediakan, wajib memenuhi kriteria serta syarat yang ditetapkan.Syarat Memohon Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Johor
Syarat-syarat untuk memohon RMMJ ini adalah seperti berikut:- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di Johor.
- Permohonan terbuka samada anda bujang atau berkahwin.
- Hanya satu permohonan untuk pasangan suami-isteri. Pun begitu, untuk permohonan bagi isteri kedua dan seterusnya, perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
- Pemohon ataua pasangan yang telah memiliki rumah menerusi projek perumahan lain seperti RKR, RKSR, PKJ A atau PKJ B, boleh memohon rumah kedua RMMJ. Walaubagaimanpun, mereka yang telah mempunyai rumah kategori sederhana dan rumah mewah adalah tidak layak untuk memohon.
- Tempoh sah bagi setiap pendaftaran dan permohonan menerusi online ini adalah setahun (1 tahun).
- Had maksimum pendapatan isi rumah untuk permohonan adalah bergantung kepada jenis projek perumahan yang dipohon.
- Rumah Komuniti Jenis A (RKJ A) - Harga: RM42,000 (had pendapatan: RM3,000)
- Rumah Komuniti Jenis B (RKJ B) - Harga: RM80,000 (had pendapatan: RM5,000)
- Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) - Harga: RM150,000 hingga RM220,000 (had pendapatan: RM8,000)
[post_ads]
Panduan Mendaftar dan Memohon Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
Berikut adalah panduan dan cara untuk memohon secara online Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ). Anda boleh samada muat-turun dan seterusnya cetak untuk rujukan. Untuk muat-turun, hanya klik pada kekotak yang muncul di hujung paparan (save-as).Sila baca panduan yang diberikan tentang cara-cara membuat permohonan online bagi memiliki, membeli, selain pembiayaan untuk Rumah Mampu Milik Johor dan juga Perumahan Rakyat Negeri Johor.
Untuk semakan projek terkini, anda boleh terus ke pautan berikut - http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/hartanah/rmmj.htm?q=1
Info lebih lanjut mengenainya juga boleh anda peroleh menerusi pautan ini - eRumah Johor
Anda juga boleh mencari mana-mana projek hartanah di negeri Johor yang didaftarkan dengan Kerajaan Negeri Johor menerusi Portal Hartanah Johor seperti dipaparkan di bawah ini.
Pendaftaran dan permohonon secara online Rumah Mampu Milik Johor juga boleh dibuat menerusi aplikasi percuma eRumah Johor Mobile App di Google Play.
[post_ads_2]
Untungnya warga Johor kan..semoga warganya tak sia-siakan peluang ini
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.