Ada kajian yang mengatakan terdapat enam posisi tidur yang tidak sesuai dan bahaya untuk ibu hamil. Posisi tidur ketika hamil jika tidak kena caranya boleh beri kesan berbahaya kepada anda dan kandungan juga. Bukankah penting untuk memastikan diri anda dan juga kandungan berada di dalam keadaan baik dan selamat?
6 Posisi Tidur Merbahaya Untuk Ibu Hamil
Berikut adalah beberapa jenis posisi tidur yang berbahaya kepada anda yang sedang hamil. Maka, para isteri dan ibu hamil, sila ambil perhatian ye .. penting ni. Ehemm para bapa .. sila hadam.
Tidur Terlentang Dalam Trimester Kedua
Tidur telentang di trimester kedua sangat berbahaya untuk kandungan dan ibu hamil. Hal ini kerana posisi telentang dalam waktu lama boleh membuatkan aliran darah ke plasenta bayi menjadi lebih kecil.Keadaan sebegini akan membataskan penyaluran sumber makanan daripada ibu dan oksigen kepada bayi sehingga boleh menyebabkan kematian. Selain daripada itu, posisi ini biasanya akan menyebabkan anda mual dan pening.
Tidur Miring Di Sebelah Kanan
Posisi tidur yang berbahaya bagi ibu hamil ialah miring ke kanan. Ia boleh menyebabkan tekanan yang kuat pada organ hati ibu itu sendiri. Keadaan ini juga boleh menyebabkan penghantaran makanan dan oksigen kepada bayi menjadi terbatas.Malahan, posisi yang sama ini juga boleh menyebabkan diri anda sendiri berasa tidak selesa kerana mengalami masalah kekurangan oksigen.
[Baca Dah?] 9 Rahsia Tidur Untuk Didik Anak
Tidur Meniarap
Tidur meniarap di awal usia kehamilan atau di trimester pertama masih boleh. Namun, setelah perut semakin membesar saiznya, anda akan merasai tekanan yang lebih besar. Malah boleh mengancam nyawa bayi. Sebab itulah, posisi ini berbahaya kepada anda berdua.[post_ads]
Antara lain posisi ini boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti pencernaan yang buruk dan tekanan pernafasan yang sangat berat sehingga menyebabkan anda kekurangan oksigen. Selain daripada itu terdapat gangguan bekalan nutrisi dan oksigen kepada bayi hingga boleh menjadi punca keguguran dan kematiannya.
Mengangkat Kaki Ke Atas
Di awal usia kehamilan, anda mungkin mudah letih dan kerap membuang air kecil. Untuk berasa selesa, ada segelintir ibu hamil menempatkan bantal di bahagian kaki agar menjadi lebih tinggi. Sebaik-baiknya, posisi ini perlu dihindari. Tidur dengan kaki yang lebih tinggi boleh menyebabkan ruang bayi menjadi lebih kecil. Selain itu, posisi ini juga menyebabkan bayi kurang mendapat oksigen.Tidur Sambil Duduk
Ketika anda mengalami gangguan kehamilan seperti mual dan muntah berlebihan, anda mungkin tanpa sengaja tertidur di atas sofa sambil duduk. Posisi tidur yang berbahaya kerana boleh meningkatkan tekanan pembuluh darah yang berlebihan untuk jantung.Selain itu, ia juga boleh menyebabkan anda sakit punggung. Lebih-lebih lagi bagi anda yang mungkin mengalami masalah buasir semasa hamil.
Tidur terlentang dengan kepala lebih tinggi
[post_ads_2]
Kehamilan memang akan menyebabkan anda sukar mendapatkan tidur lena. Hal inilah yang sering menyebabkan anda sukar beristirehat dengan tenang. Posisi tidur dengan kepala lebih tinggi juga tidak dibolehkan.
Hal ini kerana ia menyebabkan bekalan oksigen untuk anda terganggu. Selain itu, posisi ini akan meningkatkan tekanan kepada hati, plasenta, ginjal dan punggung anda sendiri.
[Baca] Susu Terbaik Untuk Ibu Hamil dan Menyusukan AnakSumber: Majalah Pa&Ma
Good info.. memang byk benar ya. Cuma tidur terpengaruh masa trimester kedua Tu macam.baru tau. Rupanya taknboleh ye
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.