10 Fakta Sedih Mengenai PIBG - Ikuti Luahan Guru Ini

Seorang cikgu telah luahkan rasa sedih mengenai PIBG. Catatannya di Facebook viral, dan mendapat reaksi para ibu bapa. Ketahui apakah 10 fakta sedih mengenai PIBG itu.

Jika anda ada anak yang bersekolah, dan sekolah itu ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), maka elok baca luahan ini. Apa yang akan saya kongsikan ini datangnya dari sumber WhatsApp. Ia sebenarnya ditulis oleh seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh. Perkongsian guru ini menerusi laman sosial Facebook telah mula menjadi viral bermula semalam (8 Januari 2018). Ia juga turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Hmm, akhirnya ada guru yang luahkan rasa di media sosial mengenai PIBG. Sebenarnya benda ni dah lama berlaku, sejak saya sekolah dulu-dulu lagi. Percaya atau tidak, ibu bapa saya tak pernah sekalipun pergi ke mana-mana mesyuarat PIBG, terutama sekali PIBG sekolah menengah...huhu .. yelah, tinggal di Batu Gajah, meeting PIBG sekolah menengah tu kat Teluk Intan. Kenderaan tak ada, takkan nak naik basikal, hmmm nak naik bas ... tiga kali tukar bas kot.

10 Fakta Sedih Mengenai PIBG

10 Fakta Sedih Mengenai PIBG
Tapi itu cerita dulu. Zaman saya sekolah. Dah lebih 30 tahun pun. Patutnya kesedaran pada ibu bapa mengenai kepentingan hadiri mesyuarat PIBG ni dah makin baguslah. Tapi, malangnya ia kekal di takuk lama. Paling malang ialah, ada yang kondem pula PIBG dengan pelbagai macam perkara yang sebenarnya ibu bapa tu tak faham pun - mana nak faham sebab tak pernah datang meeting .. huhu.

Sekarang ni, dah ada media sosial .. uhh makin 'telus' lah para ibu bapa yang tak puas hati dengan PIBG bersuara lantang, walhal nama Pengerusi PIBG pun tak pernah tahu, ntah-ntah nama Guru Besar atau Pengetua pun tak tahu .. betul tak? Jeng.. haha.

10 Fakta Sedih Mengenai PIBG
Luahan fakta sedih mengenai PIBG ditulis cikgu Mohd Fadhli ni, daripada pengalaman saya yang pernah hadiri beberapa kali mesyuarat PIBG di sekolah anak saya - 99% adalah benar.

Luahan 10 Fakta Sedih Mengenai PIBG oleh Cikgu Fadli

Meh sama-sama baca apa yang dikatakan 10 fakta sedih mengenai PIBG ni.

  1. Mesyuarat Agung PIBG tiada sambutan. Kebiasaannya, lebih ramai guru yang hadir dari ibu bapa.
  2. Ahli yang tidak hadir mesyuarat paling banyak mempersoalkan keputusan PIBG yang ditetapkan pada hari mesyuarat.
  3. Tidak ramai yang bayar sumbangan PIBG semata-mata kerana ianya tidak wajib. "Anak aku tak bayar pun, semua program sekolah dia boleh masuk. Semua kemudahan yang PIBG sediakan seperti kipas, dewan, tiles, apa jua yang dibeli guna dana PIBG, anak aku tetap boleh guna seperti murid lain. Buat apa aku bayar?"
  4. Belum pernah seumur hidup aku dengar, mana-mana PIBG yang mana 100% ibu bapanya bayar. Ada sekolah hanya 30% sahaja ibu bapa yang bayar. Sedih kan?
  5. Duit sumbangan RM100/murid 90% -100% ibu bapa datang ambil. Tiada alasan bekerja, sakit dan sebagainya. Tiba hari mesyuarat PIBG, berjuta alasan sampai. Sedih lagi.
  6. Guru dan AJK PIBG difitnah makan duit PIBG. Duit PIBG kalau nak keluar waima RM1 mesti ada tanda tangan Bendahari dan YDP PIBG. Dan semua duit yang masuk dan keluar diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung PIBG. Tak datang mesyuarat, kemudian buat fitnah dan sebarkan.
  7. AJK PIBG dan guru-guru bertungkus lumus kumpul dana untuk tabung PIBG. Turun naik syarikat dan kedai cari sponsor. Buat jualan dan sebagainya. Bila ada dana dan baik pulih sekolah atau buat program untuk murid, yang tak bayar sumbangan itu paling banyak mempertikai. Itu tak kena ini tak kena. Sepatutnya begitu, sepatutnya begini.
  8. Ibu bapa yang miskin lebih ramai yang bayar sumbangan PIBG. Yang hanya punya motor buruk, yang hanya kerja buruh. Yang kerja dalam aircond dan datang dengan kereta menjalar, itu yang paling liat nak bayar. Ini realiti yang sangat menyedihkan.
  9. PIBG yang disokong kuat oleh ibu bapa mampu berikan keselesaan pada infrastruktur sekolah dan kemudahan untuk murid. Lihat sekolah cina, hampir semuanya ada dewan tertutup siap aircond dan dewan terbuka berbumbung untuk aktiviti outdoor. Semuanya dibuat guna dana PIBG. PJK masih boleh dijalankan walau hari hujan atau panas terik. Tapi kebanyakan dana PIBG sekolah kebangsaan, nak tukar meja murid yang reput pun tak lepas.
  10. Anda hanya perlu menyimpan 14 sen sehari untuk bayar duit sumbangan PIBG berjumlah RM50 setahun. Tapi itu pun ramai yang gagal buat. Dan sangat ramai yang merungut mahal.
[post_ads]
Aha .. dah baca dari fakta pertama sampai kesepuluh? Hadam? Ada benar ke atau semua ni adalah luahan yang sengaja nak dipropagandakan?

Bagi saya, semuanya 99% adalah benar dan memang berlaku sekarang ni. Saya tak sangkal. Bukan nak menyokong luahan cikgu ni sebab beliau cikgu, tetapi atas dasar pengalaman dan pemerhatian saya sendiri setiap kali saya hadir dan datang mesyuarat PIBG. Saya juga beberapa kali terbabit dengan aktiviti dibuat PIBG yang libatkan ibu bapa .. uhhh .... memang sedih tengok berapa kerat yang melibatkan diri.

Yang best daripada 10 fakta luahan ini ialah fakta kelapan (8) tu.

Di tempat saya, sekolah anak saya dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Alhamdulillah ... pencapaian memang agak baik. Dah diberikan penarafan sekolah kluster kecemerlangan pun. Ibu bapa yang hantar anak-anak ke sekolah ni, memang banggalah dengan apa yang berjaya dicapai sekolah.
[Ada Baca?] Dillemma Seorang Guru dalam Sajak A. Samad Said
Ibu bapa ini pula kebanyakkannya adalah dari golongan pesawah, petani dan berniaga kecil-kecilan. Al maklumlah, kawasan luar bandar. Dan mereka ini tak banyak bunyi pasal yuran PIBG, malah mereka usaha sedaya upaya untuk bayar kerana mereka tahu sekolah tu sekolah bagus untuk anak-anak mereka. Yang dok bising adalah mereka yang kononnya berpelajaran tinggi, ada Master, ada ijazah lulusan IPT .. huhu.
[post_ads_2]
Sekolah anak saya bernasib baik sebab ada golongan yang sedar akan kepentingan PIBG ni, dan berusaha keras bersama dengan pihak sekolah untuk memajukan sekolah. PIBG bersama dengan pihak pentadbiran sekolah selalu berganding bahu untuk memupuk kesedaran kepada ibu bapa betapa penting penglibatan ibu bapa dalam PIBG - serta aktiviti dan keputusan dibuat.

Jangan tak tahu, ada exco PIBG hantar pesanan menerusi whatsApp kepada semua ibu bapa merayu datang mesyuarat dan libat dengan aktiviti yang dibuat. Malah, mereka rekod dan dokumentasi program dan penglibatan ibu bapa lain dan tunjukkan kepada ibu bapa yang lain yang tak hadir.

Moga ibu bapa termasuklah saya dan isteri akan lebih sedar akan luahan ini.

p.s: Ada beberapa bahagian luahan di atas saya perlu edit untuk disesuaikan dengan pembacaan. Untuk post lengkap, boleh rujuk SINI.

COMMENTS

BLOGGER
Sistem Saham
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,126,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,10,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,150,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,56,Buat Duit Online,367,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,818,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,335,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,34,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,59,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,607,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,565,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,9,Inspiration,5,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,43,Kekeluargaan,127,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,92,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,361,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,407,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,24,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,78,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,54,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,524,Semesti,2,SENI,3,Shopping,129,Shopping Online,4,Sihat Cantik,9,SIHAT SOKMO,18,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,193,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,111,Tips Blogging,323,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,54,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,48,widget blog,35,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,114,Work From Home,13,
ltr
item
BLOG HASRULHASSAN.COM™: 10 Fakta Sedih Mengenai PIBG - Ikuti Luahan Guru Ini
10 Fakta Sedih Mengenai PIBG - Ikuti Luahan Guru Ini
Seorang cikgu telah luahkan rasa sedih mengenai PIBG. Catatannya di Facebook viral, dan mendapat reaksi para ibu bapa. Ketahui apakah 10 fakta sedih mengenai PIBG itu.
https://1.bp.blogspot.com/-FWT6vJWGO-g/WlSCNsLvi-I/AAAAAAAAqBA/vai54PQHgxYGFacWAa2rlq6qsaebP9ouwCLcBGAs/s1600/luahan-sedih-guru-mengenai-pibg.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-FWT6vJWGO-g/WlSCNsLvi-I/AAAAAAAAqBA/vai54PQHgxYGFacWAa2rlq6qsaebP9ouwCLcBGAs/s72-c/luahan-sedih-guru-mengenai-pibg.jpg
BLOG HASRULHASSAN.COM™
https://www.hasrulhassan.com/2018/01/fakta-sedih-mengenai-pibg.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2018/01/fakta-sedih-mengenai-pibg.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy