Memang sengaja isteri saya pilih penginapan area Teluk Batik, walaupun ia sebenarnya agak jauh dengan lokasi nak memancing. Penginapan yang dipilih tu ada kolam renang, dan boleh jalan kaki ke Pantai Teluk Batik. Makanya, bila geng lelaki pergi memancing .. maka geng isteri isteri dan anak-anak bolehlah mandi kolam atau layan ombak kat tepi pantai.
Siakap 2 Kilo Jambatan Bainun Lumut Perak
Lokasi kami nak memancing di perairan Lumut adalah di bawah Jambatan Bainun. Ia berdekatan dan menghala ke arah Segari - jika dari Lumut. Kalau datang dari Taiping, jambatan ini pasti akan dilalui kalau mahu ke Lumut, Pangkor atau mahu ke Kuala Selangor.Jambatan Bainun memang terkenal sebagai spot memancing di negeri Perak, terutama mereka yang gemar memancing laut tetapi tak mahu ke tengah laut ... berada di atas bot. Jika mereka yang mabuk laut tu, memang lokasi inilah jadi pilihan nak dapatkan ikan-ikan best tatkala memancing.
Awal Jambatan Bainun ini siap, ia memang penuh dengan pelbagai jenis ikan. Jangan tak tahu, saya pernah dapat naikkan ikar Selar dan ikan Kembung berekor-ekor di bawah Jambatan Bainun ini. Selain tu, spesies ikan yang banyak di tengah laut .. agak mudah nak jumpa di sini, seperti ikan Merah, ikan GT, Parang, Talang dan banyak lagilah.
[post_ads]
Tapi itu dulu la punya cerita .. lebih 10 tahun dulu .. haha.
Sekarang ni spesies ikan yang ada bawah laut Jambatan Bainun ni tak dapat dijangka. Makin kurang dah rasanya.
[Dah Baca?] Tempat Makan Tengahari Paling Best di Teluk BatikNamun, kalau nak naikkan ikan Siakap, ikan Kerapu, Jenahak, Pari, GT .. in Sha Allah .. andai kena waktu air cantik molek, cuaca pula bagus .. bolehlah dapat dua tiga ekor.
Orait, tu sedikit sebanyak pasal port memancing ini.
Makanya, selepas sampai dan check-in ke apartment hotel yang telah ditempah, saya dan ipar pun bergegaslah menuju ke Jambatan Bainun yang jaraknya dari Teluk Batik lebih daripada 20km. Jenuh juga nak sampai tu .. haha.
Sampai sahaja, terus telefon Ah Heng - seorang cina yang kendalikan servis hantar pemancing ke bawah jambatan dengan kadar sewa perjalanan sebanyak RM10 seorang pergi-balik.
Angkut peralatan dan umpan udang hidup yang kami beli dari kedai Panjang yang terletak di Kampung Baru. Target kali ini ialah nak naikkan Siakap untuk dijadikan hidangan makan malam kami nanti .. haha.
Kami pilih tiang nombor 4.
Adik ipar saya terus membuat balingan pertama dengan menggunakan teknik bottom, guna umpan udang hidup. Batu ladung cuma saiz sederhana, kerana kami memang dah berada di tengah laut. Walaupun air laut agak berarus deras, namun disebabkan mahukan umpan itu sedikit terapung dan berada antara dasar dengan permukaan, maka saiz batu ladung yang digunakan tidaklah terlalu berat.
Balingan pertama tak ada hasil.
Yeahh .. Ikan Siakap !!
Balingan kedua, tup tap .. tanpa disangka-sangka, adik ipar saya yang datang dari Putrajaya berjaya menaikkan ikan Siakap. Perghhh .... Siakap putih Jambatan Bainun bersaiz agak besar. Tak susah nak naikkan memandangkan ikan itu cuma berada berhampiran tiang.Ikan Siakap yang adik ipar naikkan beratnya dua kilo. Fuhh .. memang lepaslah nak makan ramai-ramai masak 3 rasa.
Memang seronok dapat naikkan ikan. Tak adalah nanti kena komen pedas daripada para isteri ... haha.
Kami tak lama berada di tiang. Jam 10 malam kami balik, memandangkan umpan udang hidup dah habis.
[post_ads_2]
Ikan Siakap dua kilo itulah satu-satunya hasil yang kami dapat pada hari itu. Walaupun di saat-saat akhir nak habis umpan, adik ipar saya ada dapat tarikan ikan yang kuat, tetapi hampa kerana terputus tali pancing. Rezeki kami cukup pada ikan Siakap berat dua kilo tu je .. alhamdulillah.
[Dah Baca?] Marina Cove Resort - Menginap di Bilik Paling MurahKami pulang dengan rasa gembira... haha walaupun si Ah Heng ambil masa lebih setengah jam nak bawa kami pulang dari bawah Jambatan Bainun ke daratan.
Apa lagi bang, siakap tiga rasa lah bang... hihi
BalasPadampuas hati tu makan...
BalasPadamKonpem tersenyum riang org rumah
BalasPadamwoooo besar tu..
BalasPadamwah sedapnya siakap fresh
BalasPadamWuuu dasyhat bro
BalasPadampeh...puas hati. baru la org umah tak angin..hehe
BalasPadamAsalam sifu HH..wah hebat memancing..murah rezeki..
BalasPadamwahhhh .. hebat2
BalasPadamDah lama tak pi mancing kat situ...
BalasPadamBestnya dapat siakap... goreng pun sedap tu :D
Suka tengok org mancing ni.Tapi dapat suami yg tak minat mancing... Nan hadolah..hihi!
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.