Saya seorang yang sering berada di dapur. Sebagai seorang house husband, saya acapkali memasak untuk makan tengahari dan petang, lebih-lebih lagi jika isteri kepenatan atau perlu bertugas di luar kawasan. Apabila dah sering ke dapur ni, pastinya saya amat prihatin dengan keadaan dapur. Dapur perlu berada di dalam keadaan kemas dan bersih.

Hari ini saya nak kongsikan sesuatu yang best untuk anda, terutama kepada mereka yang mempunyai ruang dapur yang terhad, dan kecil. Jangan fikir ruang dapur yang kecil tak boleh nampak kemas, cantik dan menarik, aha .. cuba baca tips yang akan saya kongsikan ini ye, tentang bagaimana nak hias ruang dapur, terutama ruang dapur yang kecil.

5 Tips Untuk Hias Ruang Dapur Sempit

Tips Untuk Hias Ruang Dapur Sempit
Tips Untuk Hias Ruang Dapur Sempit
Banyak rumah terutama di ibu kota, yang tinggal di flat dan perumahan kos rendah mempunyai ruang dapur yang sempit. Namun, ia tidak bermakna, ia tidak boleh kelihatan menarik, selesa dan kemas. Malah, kalau kena cara gaya hias, bahagian ruang dapur yang sempit ini boleh nampak lebih luas daripada asal.

Tema Biar Sesuai

  • [col]
    • Pilih tema yang sesuai untuk dapur anda. Kurangkan dekorasi untuk memastikan ruang dapur nampak lebih luas dan tidak sarat. Penting ni, apatah lagi kalau anda berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Dapur adalah syurga anak-anak tau .. haha.
    • Anak-anak saya misalnya .... anak perempuan saya, Maira dan anak lelaki saya, Zikri memang suka ulang-alik ke dapur. Jadi, memandangkan dapur kerap menjadi tempat tumpuan amereka, saya perlu pilihl konsep yang lebih ringkas dan hiasan yang minima. Ya, gunakan konsep minimalis santai dan evergreen!

Gunakan Cat Warna Cerah

Ini tips asas dalam apa jua ruang jika mahu ia kelihatan lebih luas daripada kebiasaan. Pilihlah warna cat yang cerah untuk dinding dan kelengkapan dapur. Warna yang cerah akan membuatkan ruang dapur kelihatan lebih luas. Seimbangkan kecerahan warna dinding dan perabot agar tidak terlalu kontra. Ada antara kita yang suka letakkan wallpaper di bahagian dapur, nasihat saya jangan menggunakan wallpaper secara menyeluruh, dan yang bercorak padat, kalau tak nanti nampak berserabut .. percayalah .... huhu. Jika boleh, gunakan wallpaper tu sebagai garis sempadan sahaja.

Saiz Kelengkapan Yang Betul

  • [col]
    • Pastikan saiz kelengkapan dapur seperti ketuhar, peti sejuk, meja dan sebagainya tidak terlalu besar. Pilih saiz yang sesuai agar ia tidak mengambil terlalu banyak ruang di dalam dapur anda. Jangan sampai ada peralatan dapur perlu diletakan di ruang tamu .. tak kena tu.
    • Anda perlulah faham dan sedar bahawa ruang dapur anda walaupun dah nampak agak luas dengan pemilihan tema dan penggunaan warna, secara hakikatnya ia tetap ada had untuk letakkan kelengkapan dapur. Jadi, berpada-padalah ye, dan sesuaikan saiz kelengkapan dengan ruang terhad yang ada.

Langsir Dapur

Seandainya bahagian dapur rumah anda mempunyai tingkap, dan anda berhasrat untuk meletakkan langsir, pastikan anda memilih corak dan warna fabrik langsir yang sesuai. Fabrik langsir yang lebih nipis, dapat membantu ruang dapur anda mendapat lebih pencahayaan.Pemilihan langsir ringkas tanpa corak dan ukuran yang sesuai juga berguna untuk menampakkan keluasan ruang dapur. Seeloknya kita menggunakan blind curtain yang mana selalunya mempunyai susunan melintang untuk menambah ciri kelebaran ruang - ini lebih baik.

Guna Ruang Yang Ada Dengan Bijak

  • [col]
    • Ramai yang suka memasang kabinet dapur. Apabila ada kabinet dapur terutama jenis terbina-dalam ni, ruang dapur akan kelihatan lebih kemas dan tersusun. Pastikan kabinet dapur anda ini telah disesuaikan dengan saiz dan jenis peralatan kelengkapan dapur anda. Aha .. kang nanti tak muat nak simpan .. hehe.
    • Jika ingin memasang kabinet dapur yang melekat ke dinding, guna keseluruhan ruang atas dinding secara bijak untuk menjimatkan ruang. Pastikan saiz meja makan sesuai dengan ruang yang ada. Meja bulat kecil adalah yang paling praktikal bagi memberi sedikit kelegaan untuk bergerak, tetapi meja bersegi adakalanya membantu kerana boleh dirapatkan ke dinding.

Orait, saya harap sedikit tips dapur di atas ini dapat membantu anda menghias ruang dapur anda dengan lebih baik, dan paling penting ... ia akan kelihatan selesa, kemas, cantik, menarik serta dapat menggembirakan anda ketika memasak di dapur.
[Dah Lihat?] Hiasi Ruang Bilik Mandi Anda Dengan Aneka Pilihan Cantik Bathroom Taps
Apabila anda rasa gembira memasak dan menyediakan makanan di dapur, in Sha Allah .. makanan dan minuman yang anda hasilkan akan lebih sedap dan menyelerakan. Hati gembira, jadikan kita lebih ikhlas dan berikan sepenuh kasih sayang bila nak memasak. Betul ni .. inilah resepi terhebat para ibu yang menyediakan makan minum untuk anak-anak, sehingga masakan ibu diingati sampai ke mati .. huhu.

Mudah-mudahan bermanfaat, dan sudilah untuk kongsikan tips ini kepada orang lain ye, terutama sekali rakan-rakan yang ada masalah berkaitan ruang dapur sempit atau .. yang masakannya tak berapa nak sedap tu .. haha. :P

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ruang dapur saya pun sempit . terpaksa la pulak nak beli Rumah besar nie

    BalasPadam
  2. Ruang dapur saya pun sempit . terpaksa la pulak nak beli Rumah besar nie

    BalasPadam
  3. Ruang dapur sempit kalau kena dengan gayanya akan nampak luas... Perlu bijak dan kreatif... nice tips bang...

    BalasPadam
  4. Satu idea yang bagus....

    admin, mohon exchange bloglist...

    http://bankami.blogspot.com

    BalasPadam
  5. ruang dapur sempit... tak boleh nak masak2 berdua kena sorang2... hehehe

    BalasPadam
  6. Tips pemilihan warna yg cerah , terutama warna putih ruang yang sempit pun akn jadi luas

    BalasPadam
  7. Kalau ruang dapur sempit, cukup utk sorang je, tu tandanya masih bujang..tp dah kawin tp ruang dapur masih sempit, g mkn umah mak, mak mertua, mkn luar atau masak kat luar rumah je.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement