Nampaknya ramai yang berpusu-pusu dengan Lazada Online Revolution kali ini. Saya difahamkan kempen Online Revolution oleh Lazada kali ini lebih meriah dari sebelumnya (2016). Pun begitu, sebagai salah seorang yang sering beli-belah secara online terutama di Lazada Malaysia, kempen kali ini kurang mengujakan saya .. haha.

Jika sebelum ini, saya agak beriya-iya nak promosikan Online Revolution 11.11 ni, tapi untuk edisi 2017 .. saya agak kurang nak highlight sangat di blog saya. Nak tahu sebabnya? Aha .. kena baca la blog post saya ni, sambil tu tengok beberapa kod baucer diskaun percuma yang ada disediakan.

Kod Baucer Diskaun Lazada Sempena Online Revolution

Kod Baucer Diskaun Lazada Sempena Online Revolution
Isteri saya ada masuk ke laman web shopping online Lazada sempena Online Revolution 11.11 ni, uhh .. nampaknya sistem sangat lembab terutama ketika nak check-out. Dah penuh shopping-cart dengan produk yang kami nak beli, tapi ... hurmmm .. krik krik krik.

Nah! Akibatnya, terus hilang minat untuk terus membeli. Tutup terus laman web Lazada, begitu juga dengan app Lazada yang memang sengaja dibuka menerusi smartphone. Uh nasiblah .. bukan tak suka dengan harga diskaun yang kami dapat sempena Lazada Online Revolution ni, tetapi kalau dah lemau menunggu untuk pastikan apa kami beli tu lepas proses pembayaran ... kena klik closed la jawabnya.

Kod Baucer Diskaun Lazada Sempena Online Revolution
Saya ada dapat beberapa baucer diskaun Lazada. Saya dapat sebab jadi pelanggan Petronas. Senang je nak dapat, pergi ke kaunter Petronas, bayar pengisian minyak .. lepas tu minta je baucer diskaun Lazada percuma yang memang dah tersedia. Minta je ... saya dapat dua setiap kali isi minyak di Petronas.

Kod Baucer Diskaun Lazada Sempena Online Revolution

Seronok kalau gi mana-mana stesen minyak Petronas ni, selain leh dapat baucer diskaun percuma Lazada, leh beli macam-macam produk lain dengan harga tawaran menarik di kedai Mesra. Best .. huhu...

Errkk ... okey, berbalik pada sebab kenapa tak berapa best kali ini - cakap pasal Online Revolution 11.11 2017 ini.

Shopping online sempena Online Revolution 2017 tak berapa nak best sebab ia berlaku pada ketika orang tak ada duit ... haha .. gaji kebanyakkan orang terutama kakitangan awam lambat lagi. Lepas tu, dengan kenaikan harga petrol dalam minggu Online Revolution ni berlaku, sedikit sebanyak mematikan minat orang nak bershopping online sakan.

Itu sebab saya tak berapa nak bercerita pasal Lazada Online Revolution kali ini... huhu.

Pun begitu, walaupun 11.11 berakhir ..masih ada satu lagi tarikh 12.12 yang turut menawarkan diskaun dan harga menarik sempena Online Revolution ini. Anda mungkin boleh menggunakan kod-kod baucer diskaun di bawah ini:

Kod Baucer Diskaun Lazada Sempena Online Revolution

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ye la...harga minyak 'membunuh' seminggu 2 ni huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ada bajet lebih baru beli, tetapi kawan saya gunakan ni peluang untuk jadi personal shopper orang yang tak berapa pandai beli brang secara online ni.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement