31 October 2017

Borong Kopi Papparich Guna Pappa Delivery


Saya dan isteri dah ada kopi baru. Jenama Papparich Coffee kini menjadi antara menu minuman harian 3-in-one di rumah. Jika sebelum ni, saya dan isteri sukakan L.A Coffee, tapi selepas isteri mencuba kopi dari Papparich ni .. ehh macam sedap pula.

Lalu, isteri saya pun cuba nak beli online. Bukan apa, susah nak dapat kat tempat saya ni. Tak sangka rupanya kopi jenama Papparich ni boleh dibeli terus dari Pappa Delivery.

Borong Kopi Papparich Guna Pappa Delivery

Borong Kopi Papparich Guna Pappa Delivery
Sebelum ini saya cuma tahu yang Pappa Delivery ni buat penghantaran makanan sekitar Lembah Klang sahaja, tetapi rupa-rupanya boleh order produk lain di laman web mereka dan mereka akan hantar ke rumah walaupun bukan sekitar Lembah Klang.

Saya mulanya ingat isteri saya beli dari kawan-kawan yang duduk di KL, rupanya isteri saya buat pesanan menerusi Pappa Delivery. Jimat jugaklah sikit-sikit, sebab harganya ... menurut isteri saya lebih murah kalau pesan online di Pappa Delivery.

Tu cakap soal hargalah. Kalau harga murah, tapi rasa kopi tak berapa best, tak boleh jalan jugak kan .. hehehe...

Borong White Coffee dan Kopi 'O' Papparich

Isteri saya sukakan White Coffee dari Papparich, maka dia borong banyak .. haha. Selain White Coffee 3-in-one, isteri saya turut buat pesanan dan beli kopi O.

Untung pula isteri saya, dia dapat diskaun guna kod yang ada diberikan. Bila dah dapat kupon diskaun ni la .. yang terus buatkan isteri saya borong kopi Papparich gunakan Pappa Delivery ni. Tak pasti lak mana isteri saya dapatkan kupon ni ... huhu .. cekap sungguh la hai.

Borong Kopi Papparich Guna Pappa Delivery
Borong Kopi Papparich Guna Pappa Delivery
Rasa kopi Papparich ni bolehlah kena dengan tekak saya. Tapi, isteri saya memang sangat sukakan rasa kopi dia, terutama yang White Coffee tu. Dan dia memang cerewet sebab bukan semua kopi jenis 3-in-one dia boleh hadam ikut rasa tekak. Jika kopi tu tak sesuai, nanti isteri saya akan rasa cepat lapar dan boleh buatkan dia alami gastrik.

Saya lak semenjak dua menjak ni, suka minum kopi O. Itulah pasal isteri saya turut beli kopi O Papparich. Ianya dalam bentuk uncang bulat. Uhh satu uncang tu boleh buat kopi O dua tiga kali gak sebenarnya walaupun ia dah siap dengan gula.

Haha .. nak jimat betul la kan .. hahahaha ... Tapi serius, ia memang pekat, tanpa ada kekurangan dari rasa kopi sebenar. Tapi agak-agak la, mesti dah tak ada rasa gula tu, jadinya kena tambah gula la kalau nak guna uncang kopi yang sama... huhu.

Jika anda peminat rasa kopi O, bolehlah cuba nanti ...pesan online je di sini - Pappa Delivery

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

5 Komen

aida x pernah lagi makan minum di paparich.
ada aje kat ayer keroh heights tu, HH.
maybe one day. skang ni cuti blaja, jarang la dpt rambu-ramba dgn frens :)
nanti nak set la one night, rambu-ramba dgn opismet kat paparich.

Hmm rasanya ada nampak outletnya area utara ni, tapi dia tak ada jual macam packing ni, lebih kepada jual yang siap dah dibuat, yang minum kat situ. Tak try pun .. huhu.. tapi ntah, yang ni wife beli lak.

dh lama xmkn papparich. dlu slalu jgk time study.

eh bro, tnyakan la mcm mana wife bro tu dpt kupon, nk beli jgk ni. hehe

sy jgk pengemar kopi...hr tu dah nak beli tapi kopi oldtown kat umh byk lg..so tggu abs yg ni baru nk bli paparich lak..

Mama coffee person. Pernah Rasa x kopi 434 muo. Sedapp

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon