Sweeper Robot Beli Online dari Lazada Lebih Murah

Borong Online dari China
Wife saya shopping online lagi, kali ini isteri saya beli sebuah robot! Uhhh tak pernah pernah tau yang isteri saya minat kat robotik ni. Kalau ajak tengok filem Transformer kat pawagam, selalunya dia akan menolak. Tetapi ni, ehh beli robot ... tujuannya ialah untuk bantu bersihkan rumah. Ya, robot pembersihan lantai .. Sweeper Robot.

Jika selalunya kami akan shopping online menerusi laman web shopping online seperti Lazada, Ezbuy, Lelong, Mudah, 11th Street, Zalora tetapi kali ini isteri saya beli daripada seller yang menjualnya secara online menerusi Facebook.

Sweeper Robot Beli Online dari Lazada Lebih Murah

Sweeper Robot Beli Online
Isteri saya beli robot bertindak seperti penyapu automatik ini daripada seller di Facebook. Mungkin sebab isteri saya ternampak iklan FB Ads yang telah menyakinkannya untuk beli. Harganya pula .. hmm ...

Lepas Beli di FB, Baru Tengok di Lazada

Selepas dah beli, barulah isteri saya jenguk-jenguk produk yang sama dijual di Lazada. Ketika itu, ada kempen #MYCYBERSALE. Alahhhhhaaiii mak cik Senah ... harga kat Lazada untuk produk yang serupa, rupanya jauh lebih murah daripada apa yang isteri saya beli menerusi seller di FB.
Sweeper Robot Beli Online dari Lazada Lebih Murah
Terasa rugi jugalah sikit-sikit. Mana taknya, di Lazada, harga Sweeper Robot ni paling murah boleh anda beli adalah dengan harga RM50.70 seunit. Ada versi yang lebih mahal, tetapi saya cuba cari yang paling hampir dengan rupa robot yang telah dibeli. Ada yang nampak 100% sama, dijual di Lazada Malaysia dengan harga RM66.00, tetapi seller di Lazada ni datangnya dari luar negara.

Anda boleh tengok di Lazada seperti tertera di bawah:


Uhh, harga yang ditawarkan di Lazada untuk produk ini memang nampak menarik dan jauh lebih murah daripada apa yang dijual di kedai-kedai biasa.

Bila dah dapat produk ni, pastilah kami semua teruja nak lihat ianya beraksi... huhu.

Review Ringkas Guna Sweeper Robot

Robot yang boleh membantu dalam kerja-kerja pembersihan kecil ini berbentuk bulat. Ada ruang untuk sedutan vakum di bawahnya. Ia akan menyedut segala habuk dan sampah kecil yang berada dalam laluannya.
Review Mengenai Sweeper Robot Beli Online
Dengan menggunakan kuasa bateri yang boleh dicaj semula, ia akan bergerak tanpa ada navigasi (bebas) di atas lantai. Apabila ada halangan, ia akan mengundur dan bergerak ke arah lain. Jadi, ada kemungkinan robot ini akan menyapu dan bergerak pada ruang yang sama berulang kali adalah sangat tinggi.

Saya ingatkan saiznya besar, rupanya kecil sahaja. Macam main kawalan jauh pulak bila dipasang. Kuasa sedutannya tidaklah sekuat mana. Seperti saya nyatakan, ianya hanya boleh sedut habuk-habuk kecil di lantai.

Sweeper Robot ini tidak boleh berfungsi kalau anda letak atas karpet. Ianya hanya boleh beroperasi dengan baik di atas lantai licin sahaja. Kalau anda letak atas karpet, pegun tak gerak la jawabnya .. hahaha.

Sampah dan habuk yang telah terkumpul boleh dibuang dengan mudah, kerana ruang sedutan di bawah robot memang mudah untuk dibuka. Tak gunakan apa-apa sampul sampah sepertimana kebanyakkan penyedut hampagas lain.

Hmm .. kami cuma gunakan Sweeper Robot ini dua tiga kali sahaja. Ada sekali tu saya pasang dari tengah malam sehingga pagi, dibiarkan ... pagi tu tengok .. robot ni masih berlegar di tempat yang sama ... uhhh .... tempat lain tak diendahkan.

Aha .. jadinya, Sweeper Robot ini tak berapa nak berfungsi di rumah saya, kerana rumah saya ada banyak barang menghalang ia bergerak - perabot, kotak, tikar, karpet. Maka, terperaplah ia di satu sudut dalam rumah saya ni. Cuma kadang-kala saya buka untuk bersihkan ruang tertentu seperti bawah meja atau bawah sofa yang sering ada banyak sampah kecil dan habuk.

Sampah kecil dan habuk ni, kadang tu susah juga kalau nak sapu ikut cara konvensional. Jadi, kena gunalah Sweeper Robot ini yang bertindak sebagai penyedut hampagas mini.

Jika rumah anda tak banyak perabot, luas .. boleh gunakan produk atau robot ni. Cuma saya nak beritahu, saiznya yang kecil mungkin tak mampu nak tampung sampah yang banyak, jadi kena selalu semak bahagian bawah dan kosongkan.

Semoga ada manfaat.




Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

10 Comments

  1. Selalu jeling-jeling aje species ni kat shopping mall sebab bila tengok harganya berhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. baru tgk smlm kt lazada..mvm best je..korea guna sbb umah diorg tak pkai karpet bagai..hehe

    ReplyDelete
  3. Best juga kalau dapat satu no senang sikit kerja

    ReplyDelete
  4. macam-macam sekarang hii.. rasa malas boleh lah nak guna robot ni

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum HH...mcm menarik jer...tapi tu la kalau rumah byk brg susah juga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dia banyak kali pusing2 je kat situ .. hahaha

      Delete
  6. bagi saya nak membanding barang yg preorder yg ship dari oversea dengan ready stock adalah tidak adil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelanggan mesti nak yang murah dan berbaloi dengan apa yang mereka beli. Tapi kalau harga dah 3 kali ganda lebih mahal, jadinya tak adillah sebb guna duit pelanggan untuk order, dan bukan keluar modal sendiri untuk beli sebagai stok. :P kan.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.