Ramai peniaga online ada masalah ni, iaitu tak berapa nak pandai untuk buat headline dengan ayat power. Akibatnya produk yang nak dijual ... tak terjual, sehingga menimbun stok terperap di dalam rumah. Aha, asalnya nak berniaga online dari rumah, jadinya pulak menjaga gudang produk tak laku di rumah.
Cara Mudah Hasilkan Headline Iklan - Hanya Dalam 2 Langkah
Ok. Saya nak kongsikan sesuatu yang mungkin boleh bantu anda untuk membuat headline iklan dengan mudah. Sebelum tu, layan dulu bebelan saya ni ... anda kena faham kenapa ayat membuat headline iklan ini penting.Mungkin anda rasa anda dah iklankan produk anda banyak kali dah.. FB ads dah buat, Google ads dah buat, kat Instagram pun ada buat promosi .. Tapi hasilnya? Krik..krik...krik ...
Kenapa tak ada hasil? Kenapa produk anda jual tu tak ada orang minat nak beli? Paling teruk, tak ada pun orang nak klik iklan anda tu. Kesimpulan mudah, ayat iklan anda tak power!
Aha .. dan part paling penting dalam ayat iklan anda ialah pastinya, tentunya part paling awal, iaitu ayat terawal yang bakal pelanggan atau prospek anda nampak ... iaitu ..
Headline Iklan !!
Kalau anda nak tau satu fakta,.. ikut kajian, anda ada masa dari 3 hingga 10 saat sahaja untuk membuatkan prospek berhenti untuk melihat lalu jatuh cinta dengan ayat iklan anda. Ini bermakna, seandainya anda gagal memanfaatkan 3 saat pertama itu, say bye bye goodbye (dalam hati) la pada prospek tersebut ...
Headline sama tarikan dengan gambar. Macam gambar Neelofa ni, anda tertarik tak? Kui kui kui ...
Jadi anda faham kan? Headline lah yang memainkan peranan penting untuk 3 saat pertama tersebut supaya ia dapat tarik mata prospek supaya berhenti untuk sambung baca ayat iklan anda yang seterusnya. Jika ayat iklan pada headline tak menarik, mana nak baca isinya ... ye tak?
Ala .. anda tanya diri sendirilah, sebagai seorang pelanggan atau pembeli, nak ke anda beli kalau ayat iklan pertamanya macam ni .. "Meh Beli Bedak Sejuk Murah Ni"
Ok. Jujurnya, daripada pengalaman sendiri .. memang susah nak membuat headline iklan yang power lagi meletup serta mendapat perhatian ni. Sama juga macam saya menulis tajuk untuk setiap entri blog saya, jika tajuk atau headline entri tak berapa nak power, orang takkan nak baca keseluruhan cerita ... kan kan?
Kalau tulis tajuk entri blog yang memikat pun dah rasa susah, apatah lagi tulis headline iklan kan?
Betulkah Ayat Power Headline Ni Berkesan?
Tapi anda percaya ke headline power ni boleh menyebabkan prospek anda sambung baca ayat-ayat iklan anda yang seterusnya?Buktinya?.. Okay.. saya bagi contoh situasi paling dekat dengan anda sekarang... iaitu..
Anda ternampak tajuk entri blog saya ni, anda klik dan baca keseluruhan entri yang saya tulis - disebabkan anda "nak tahu cara mudah buat headline iklan dalam dua langkah" kan kan? Aha .. jeng jeng jeng ...
Kalau tajuk entri blog saya macam takda kaitan sangat dengan anda atau bisnes anda, saya rasa dah lama anda pangkah blog saya ni, atau anda tak klik pun nak tahu untuk baca ..
Errr ... Ntah-ntah, anda tak baca pun apa yang saya tulis sampai sini... :)
The Power of Headline
Jadi sekarang, anda dah tahu "The Power of Headline". Pastinya, headline yang menarik dan mesejnya tepat kepada prospek bakal menjadikan produk anda terjual dengan mudah! Paling penting juga, mereka dah tahu apa yang anda nak jual, atau manfaat apa yang boleh produk anda berikan.
Dan jangan tak tahu, kos iklan Facebook ads pun akan jadi jauh lebih murah kerana lebih ramai prospek anda yang engage dengan iklan anda nanti.
Cuma satu je masalah sekarang, nak buat headline power ni tak mudah, sebab anda nak kena ada idea kreatif dan perlu masukkan elemen yang tepat. Ia akan makan masa yang lama.
Menariknya hari ini, sahabat IM saya iaitu RK telah bangunkan satu software sangat ohsem untuk generate powerful Headlines!
Yang lagi bestnya, ia adalah dalam Bahasa Melayu!
Anda boleh je nak upah orang untuk buat headline iklan yang power, tapi .. takkanlah setiap kali nak buat headline iklan, nak kena upah orang lain? Apakata anda buat sendiri dengan bantuan software ni. Kalau dok upah orang, mahunya kos untuk produk anda nak jual tu jadi tinggi.
So, kalau anda rasa malas nak fikir lama untuk buat headline yang power, dan tak mahu upah orang untuk setiap kali nak buat ayat headline supaya iklan anda jadi lebih berkesan, saya sangatlah rekemenkan anda dapatkan produk Headline Generator Bahasa Melayu ini:
Klik Sini Sekarang ==> Headline Generator Jimat Masa - Cuma Dalam 2 Langkah!!
Ia sesuai untuk apa-apa niche atau bidang bisnes anda. Dari niche produk kecantikan, kesihatan, servis hinggalah produk digital. Sesuai untuk semua.
Kerja anda akan jadi lebih mudah selepas buka dan guna software tersebut, hanya klik-klik dan isi tempat kosong, kemudian, anda akan dapat senarai Headline Power yang boleh anda gunakan. Paling penting ia sudah disesuaikan dengan produk yang anda jual!
Nak buat ayat Headline Power Yang Berkesan?
Nak jimat masa? Mahu jimat kos?
Klik kat sini terus sekarang ==> Headline Generator BM Jimat Masa
Semoga bermanfaat..!
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.