Anda tentu rimas kan kalau almari pakaian anda berselerak. Uhh apa guna ada almari cantik dan nampak mewah, tetapi isi dalamnya bersepah dengan pakaian yang tidak dilipat dan digantung dengan baik. Silap-silap, selak pakaian bertimbun, boleh jumpa anak tikus .. huhu.
6 Tips Uruskan Almari Pakaian Agar Sentiasa Kemas dan Tersusun
Almari pakaian perlu dalam keadaan kemas dan tersusun. Pada saya, almari yang sebegini akan memudahkan saya untuk pilih pakaian yang sesuai. Malah, kita akan tahu mana satu pakaian yang sudah dipakai dalam minggu tersebut. Takkan nak pakai baju sama dalam minggu yang sama, ye tak?
Maka, penting untuk memastikan almari kita diurus dengan baik.
Bagaimana caranya? Ikuti tips di bawah ini untuk bantu anda perelokan dan perkemaskan keadaan dalam almari pakaian anda.
Gunakan Penyangkut Pakaian yang Sama
Jadikan sebagai tanggungjawab anda untuk memastikan penyangkut yang digunakan adalah sama daripada segi warna, jenis, bentuk dan susunan kepalanya agar ia kelihatan seragam dan sedap mata memandang.Pastikan Pakaian Digantung Menghadap Arah yang Sama
Demi memastikan almari kelihatan lebih tersusun, pastikan tag, saiz, butang mahupun leher kolar pakaian anda menghadap arah yang sama. Ia juga akan memudahkan anda untuk memilih dan mencapai pakaian yang ingin dipakai setiap hari.
Kalau tidak, pakaian yang digantung akan mudah terjatuh atau terkeluar daripada penyangkut. Aha .. nanti bergumpal semua pakaian anda tu bila dah jadi begitu.
Asingkan Pakaian Mengikut Kod Warna
Cipta satu kaedah yang boleh memudahkan anda untuk melihat pilihan warna pakaian yang anda miliki. Cara ini juga dapat mempercepatkan proses campur dan padan dalam memilih konsep pakaian harian.
Kaedah ini sangat penting untuk mereka yang mementingkan penampilan dan gaya. Anda tentu akan rasa terkejut bila pakaian yang tersusun elok di almari membolehkan anda mengayakan lebih banyak fesyen walaupun jumlah pakaian anda tidak begitu banyak.
Sediakan Ruang untuk Aksessori dan Pakaian Dalam
Aksessori seperti tali pinggang, tas tangan, tali leher dan sebagainya hendaklah diasingkan di satu ruang mengikut kategori dan mudah untuk dijumpai. Gantung tali pinggang pada cangkuk dan susun tas tangan pada rak asing.
Begitu juga dengan sapu tangan, seluar dalam, bra dan sebagainya. Asingkan di dalam laci almari, atau sediakan satu ruang khas untuk jenis-jenis pakaian seperti ini. Tudung yang beraneka fesyen, elok disangkut berasingan, jauh dari jenis pakaian yang lain.
[Dah Baca?] Panduan Nak Dapatkan Perabot Mewah Harga Murah Terus Dari China
Susun Baju Anda
Pelbagai tip melipat baju dengan kemas boleh didapati di internet. Oleh itu, lipat dan susun baju menghadap bahagian yang terlipat untuk memudahkan anda mengeluarkannya daripada laci pakaian kelak. Pastikan juga semuanya tersusun mengikut kod warna. Ini dapat menjimatkan ruang dan juga masa anda dalam proses memilih pakaian.Cipta Satu Sudut untuk Capai dan Gerak
Setengah almari pakaian, ada bahagian atau sudut yang mudah dicapai. Sudut capai dan gerak adalah untuk barang keperluan asas yang anda akan gunakan setiap hari. Contoh termudah untuk wanita ialah peralatan solekan, pin tudung dan sebagainya.Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
menarik sungguh!
ReplyDeletehttp://kiracukaipendapatan.blogspot.my/2017/02/doktor-pakar-jantung-didakwa-elak-bayar.html
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.