Jangan buang pembalut bungkusan Poslaju yang anda terima. Sila simpan. Ada gunanya tu. Aha .. sebelum ini, saya pun main buang je dalam tong kitar semula. Tapi, selepas kena tegur dek isteri, saya pun mula simpan setiap pembungkus dari Poslaju malah dari mana-mana syarikat penghantaran.

Kalau ikutkan tak ada guna nak simpan pun, ye tak? Nak buat apa simpan benda yang boleh dianggap sampah dah. Lagipun, saya boleh asingkan sampah jenis plastik ni .. dan biarkan pihak majlis uruskan.

Janganlah Buang Pembalut Bungkusan Poslaju

Jangan Buang Pembalut Bungkusan Poslaju
Tak perlu bazir lagi sediakan pembalut kalau nak hantar barang guna pos. Sebelum ni, saya kena beli pembalut atau pembungkus untuk hantar satu-satu barang guna pos, terutama Poslaju, atau GDex atau FedEx atau apa-apa jelah ..

Sekarang, atas teguran dan nasihat isteri, saya guna semula pembalut dari Poslaju. Tak perlu beli. Tak perlu nak susah payah dah cari pembalut.

Guna Semula Pembungkus Poslaju

Anda juga boleh tiru cara ni. Selain jimatkan kos, anda sebenarnya dah selamatkan banyak tanah dari dikorbankan menjadi tempat pelupusan sampah. Anda kurangkan sampah. Anda kurangkan juga kos untuk pulih dan selamatkan bumi ni. Dan anda telahpun lakukan tanggungjawab asingkan sampah yang berguna dari dilupuskan begitu sahaja.
Kegunaan lain pembalut Poslaju terpakai
Guna semula pembalut bungkusan Poslaju
Anda hanya perlu terbalikkan sahaja pembalut bungkusan Poslaju, dan jadikan ia sebagai pembalut barangan yang ingin anda pos. Lepas tu, anda solatape la bagi kemas-kemas ...huhu.. macam yang ditunjukkan pada gambar dalam artikel ni. Sempoi ye tak?

Kalau anda peniaga online yang sering gunakan khidmat pos untuk hantar barang jualan anda kepada pelanggan, bolehlah guna cara saya ni. Jangan lupa sediakan sekali borang untuk pengeposan ye.
[Dah Baca?] Cara Nak Track 18 Kurier Penghantaran Dengan Mudah
Saya dah banyak kali buat hantar bungkusan cara ni guna Poslaju, memang tak ada masalah. Mereka terima, asalkan ianya dibalut kemas, dan tiada sebarang kecacatan pada pembungkus. Penting ialah kena kemas supaya barang yang dibalut tidak mudah dibuka atau terbuka.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Xpernah pikir pulak buat macam ni hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak jimat, nak kurangkan kos, boleh cuba cara ni untuk bungkus barang untuk diposkan.

      Padam
  2. Balasan
    1. Kena balut dengan kemas. Kalau tak kemas, memang dia suruh balut lain.

      Padam
  3. Memang tak buang... guna semula untuk isi barang-barang keperluan lain seperti bawa bekal ke pejabat dll. :D

    BalasPadam
  4. Selalu simpan je.. xpernah buang hahahahah

    BalasPadam
  5. biasa aku amek bubble wrap je..guna balik

    BalasPadam
  6. heheh betei jugak kan? kemas dan secure.

    BalasPadam
  7. Nina pun tak Buang . Buat gini gak... Jimat!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement