Langkau ke kandungan utama

Warga Penang Wajib Asing Sampah Mulai Jun 2016

Warga Penang Wajib Asing Sampah Mulai Jun 2016. Saya fikir ramai warga Pulau Pinang sudah tahu dan sedia maklum mengenai perkara ini. Walaupun pihak Kerajaan Negeri agak lambat memulakan program pengasingan sampah berbanding negeri yang lain, tetapi ramai warga Penang yang sudah memulakan inisiatif ini; sebelum adanya peraturan wajib menurut Akta

Bumi kita dah semakin nazak. Walaupun masyarakat secara amnya sedar akan masalah seperti bumi panas, kesan rumah hijau, kerosakan ozon, tempat pelupusan sampah yang semakin tenat, tapak pelupusan sampah yang tidak efisien dan sebagainya ... masih ramai yang tidak ambil langkah proaktif untuk memelihara apa yang masih ada.

Warga Penang Wajib Asing Sampah Mulai Jun 2016

Warga Penang Wajib Asing Sampah Mulai Jun 2016
Saya lihat ramai yang melepaskan tanggungjawab pada pihak berkuasa, walhal tanggungjawab memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Bila berlaku sesuatu, dengan mudahnya masyarakat menuding jari ke pihak yang lain, walhah ia boleh dielakkan jika kita betul sedar akan kesan dan akibatnya. Banyaknya .. bila dah terkena batang hidung sendiri .. baru nak rasa sesal.

Fakta Mengenai Sampah Warga Penang

Sedikit fakta untuk dikongsikan kepada semua ...
  1. Setiap warga Pulau Pinang menjana sekurang-kurangnya least 1.1 kg sampah setiap hari.
  2. 1700 hingga 1800 tan sampah dihantar ke Pusat Pengumpulan/Pelupusan Sampah di Pulau Burung setiap hari.

Asingkan Sampah Dua Kategori

Warga Penang wajib mengasingkan sampah bermula 1 Jun 2016, dengan mengasingkan dua kategori sampah seperti di bawah ...
Berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, pengasingan sampah yang diwartakan untuk warga Penang lebih mudah dan pada saya lebih praktikal - hanya dua kategori iaitu:

  1. Sisa Baki - Sisa makanan dan sisa kotor
  2. Sisa Kitar Semula - Kertas, plastik, kaca, tin yang telah dibersihkan dan kering.

Alhamdulillah, kami sekeluarga sudah memulakan langkah tersendiri sejak 2 tahun yang lalu. Apabila pihak majlis beritahu bahawa pengutipan untuk pengasingan pepejal akan bermula pada 1 Jun 2016, dengan pengutipan untuk sisa kitar semula dibuat setiap Sabtu, maka kami telah sediakan dua tong sampah untuk bantu proses pengasingan sampah.

Disebabkan memang dah ada dua tong sampah, maka isteri saya cari inisiatif membezakan dua tong sampah berbeza dengan mengecat salah satu tong sampah untuk bahan atau sisa kitar semula. Oh ya, tong sampah ini dibeli sendiri, hasil daripada duit jual besi buruk dan surat khabar lama .. huhu.
Warga Penang Wajib Asing Sampah Mulai Jun 2016
Warga Penang Wajib Asing Sampah Mulai Jun 2016
Semoga usaha murni oleh pihak terbabit akan disambut baik oleh semua warga Penang. Tak dapat menyumbang banyak, sedikit pun jadilah ... dengan niat untuk memastikan bumi Allah Taala ini dijaga dengan baik.

Untuk info lebih lanjut mengenai Pengasingan Sampah di Punca untuk warga Pulau Pinang, anda boleh rujuk laman berikut - http://www.pgc.com.my
Warga Penang Wajib Asing Sampah Mulai Jun 2016



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. harap lepas ni seluruh negara buat mcm ni.

    BalasPadam
  2. Kat Kuantan daa lama buay pengasingan sampah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…