7 August 2017

22 September - Cuti Awal Muharram 2017 Yang Betul

Kalendar silap ke atau Majlis Agama yang silap ni? Adeh. Hmm kesilapan boleh berlaku. Orang yang diketahui pakar dalam bab yang dimaksudkan pun boleh tersilap. Normallah untuk seorang manusia. Ok, jangan keliru .. Awal Muharram 2017 adalah pada 22 September 2017 ye, dan bukannya 21 September 2017 seperti yang tertera dalam kebanyakkan kalendar.

Kesilapan ini telahpun dimaklumkan awal oleh pihak berwajib pada awal tahun 2017 yang lalu. Pun begitu, ada juga yang masih tak sedar akan perubahan tarikh cuti Awal Muharram ini.

Cuti Awal Muharram 2017 Adalah Pada 22 September 2017

Cuti Awal Muharam 2017 Adalah Pada 22 September
Cuti Awal Muharram 2017 yang tertera dan dicetak dalam kebanyakkan kalendar adalah pada 21 September 2017, iaitu jatuh pada hari Khamis. Ia sebenarnya satu kesilapan.

Kalau di rumah anda ada kalendar, cuba anda lihat tarikh untuk cuti Awal Muharram tu. Betul ke silap? Kalau silap, silalah betulkan ye. Bukan apa, ia penting untuk perancangan terutama untuk mereka yang merancang untuk bercuti. Al maklumlah, cuti agak panjang tu bermula dari Jumaat sehingga Ahad.

Macam kat rumah saya, selain kalendar di atas, kalendar percuma dari Projek Iqra' juga paparkan tarikh 21 September 2017 sebagai cuti umum untuk Awal Muharram.
Cuti Awal Muharam 2017 Adalah Pada 22 September
Tarikh Awal Muharram 1439H sebenar mengikut kiraan falak adalah jatuh pada 22 September 2017 iaitu hari Jumaat. Ia merupakan cuti umum di Malaysia. Perkiraan dan tarikh baru ini telahpun disahkan setelah disemak oleh Panel Pakar Falak JAKIM.

Berikut adalah pengumuman rasmi yang saya petik daripada laman web JAKIM.
Kenyataan Media Mengenai Cuti Awal Muharram
Kalau anda tak sedari akan hal ni, boleh buat pembetulan segera. Dan sempat lagi ni, kalau anda nak merancang bercuti ... contohnya macam nak buat tempahan Rumah Peranginan Persekutuan tu ke, atau buat tempahan online hotel harga diskaun di Agoda dan Traveloka.

Moga makluman ini beri manfaat pada anda ye. Kongsilah jika sudi.

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

2 Komen

Saya tak sedar juga pwrkara ini.. Nasib baik ada dimaklumkan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon