Langkau ke kandungan utama

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Untuk 2017 Dibuka

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP). Saya dan isteri adalah antara pemohon tegar buat tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) menerusi portal SBBPH (Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah). Hampir kesemua rumah peranginan persekutuan RPP di Malaysia telah kami rasai pengalaman menginap. Memang berbaloi, jimat, dan satu kemudahan untuk kakitangan awam yang tidak wajar dilepaskan. Kami dah dapat maklum, tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) untuk tahun 2017 dah pun dibuka sejak November 2016.

Antara RPP yang pernah kami tempah, sewa dan menginap adalah RPP Langkawi (Federal Villa - Deluxe dan Suite), RPP Cameron Highlands (Bilik Biasa, Apartment dan Banglo), RPP Bukit Fraser (Banglo dan Bilik), RPP Morib (Banglo), RPP Pulau Pinang (Suite), RPP Tanjung Tuan (Apartment), RPP Tasik Kenyir (Banglo), dan RPP Port Dickson (Apartment). Anda boleh cuba 'search' dalam blog ini untuk lihat beberapa post yang pernah saya kongsikan mengenai lokasi-lokasi RPP ini.

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan
Tempahan RPP di tahun 2016 sahaja, ada empat tempahan di mana salah satunya merupakan tempahan penginapan RPP di Singapura, namun dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Malah, kami pernah cuba memohon untuk tempahan penginapan di RPP Premier Labuan, tetapi gagal mendapat kelulusan dari SBBPH.

Memang susah nak dapat tempahan bilik, apartment dan banglo untuk RPP ni. Kena usaha banyak kali, dan paling penting kena buat perancangan jangkamasa panjang. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga, apabila teringin nak bercuti di kawasan peranginan dengan penginapan super-duper jimat lagi selesa, kami dapat tempah tanpa banyak masalah menerusi SBBPH ini.

Murah, Berbaloi - Rugi Kakitangan Awam Tak Ambil Peluang Tempah Online

Tempah Banglo RPP
Banglo RPP Bukit Fraser
Bayangkan anda boleh menginap di banglo yang ada enam bilik hanya dengan membayar RM250 semalam. Bilik pula boleh muatkan dua keluarga dan sama saiz dengan ruang bilik hotel mewah, malah lebih besar... contohnya RPP Bukit Fraser. Saya dah tiga kali berpeluang untuk menginap di banglo RPP Bukit Fraser. Memang sesuai untuk percutian seluruh keluarga (dalam 5 buah keluarga berasingan). RM250 sebuah banglo, kongsi lima keluarga .. hanya keluarkan modal RM50 semalam sahaja!!

Saya berikan rate harga semalam termasuk sewaan beberapa kemudahan lain yang ada di RPP ini.
Rumah Peranginan Persekutuan Langkawi
RPP Langkawi
RPP Langkawi antara RPP yang best sebab ia dekat dengan pantai. Bila dekat pantai, saya bolehlah pergi memancing. Pernah dapat ikan .. dan simpan dalam peti ais ... haha..

Saya dan isteri sudah dua kali berjaya buat tempahan di RPP Langkawi, yang sedikit berbeza dengan RPP yang lain. Ia disebabkan ia diuruskan oleh Holiday Villa - Federal Villa, jadi kemudahan yang ada di hotel bertaraf 3-4 bintang tu boleh kami gunakan, termasuklah kolam renang. Bila puas mandi di pantai, terus terjun kolam renang .. fuh. Malah, breakfast diberikan dengan harga diskaun ... huhu...

Rumah Peranginan Persekutuaan Cameron Highlands

Antara banyak-banyak Rumah Peranginan Persekutuan yang kami menginap, RPP Cameron Highlands adalah yang paling kerap. Dah beberapa kali saya ceritakan di dalam blog saya ini. Ramai yang komen betapa bestnya dapat menginap di situ sebab luas, selesa dan paling penting ianya murah.
[Baca] Penginapan Berbaloi Di Equatorial Hill Resort Apartment, Cameron Highlands
RPP Cameron Highlands, anda hanya perlu bayar RM150 semalam untuk sebuah banglo 3 bilik - lengkap dengan dua ruang tamu, dapur dengan peralatan memasak termasuklah dapur gas, pinggan mangkuk, kuali, microwave oven, peti sejuk dan cerek elektrik. Kawasan BBQ juga disediakan secara eksklusif. Wifi juga ada dan percuma... :).

Jadual Tarikh Tempahan RPP 2017

Untuk tahun 2017, pihak SBBPH telah mengeluarkan kenyataan mengenai tarikh untuk tempahan baru RPP. Jika anda seorang kakitangan kerajaan, dan mahu membuat tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP), maka anda perlu lihat jadual tempahan di bawah. Anda hanya boleh menempah RPP pada tarikh dan waktu yang ditetapkan sahaja.
Jadual Tarikh Tempahan RPP 2017
Alhamdulillah, saya dan isteri sudah mulakan langkah kanan apabila berjaya membuat tempahan untuk penginapan di RPP Cameron Highlands pada 6 Januari 2017. Kami telah buat tempahan untuk banglo 3 bilik di Cameron Highlands, dan bayar hanya RM150 untuk satu malam. In Sha Allah, kami akan menginap di situ selama 3 hari 2 malam.

Dah siap bayar dah .. hanya tunggu tarikh je untuk bercuti. Mungkin nanti nak explore lebih banyak tempat menarik di Cameron Highlands .. walaupun dah acapkali pergi ... huhu.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan
Oleh kerana rezeki kami selalu murah dapat tempah banglo RPP Cameron Highlands; kami akan ajak saudara-mara, kawan-kawan sekolah lama dan juga jiran untuk sama-sama merasai menginap di banglo RPP. Sebab memang tak luak nak duduk hanya kami sahaja sebab ia luas dan boleh muat ramai orang.

Emak saya, ayah mertua saya .. adik beradik semua dah merasa tinggal menginap di RPP bersama kami.

RPP Cameron Highlands selalu dipilih sebab lokasinya menarik, ia terletak di tengah-tengah antara Brinchang dan Tanah Rata. Depan RPP ada ladang Strawberry .. Kimanis Strawberry kalau tak silap namanya. Lepas tu, suhu memang sejuk sebab berada di atas bukit dan boleh lihat pemandangan sekeliling.

Tahun 2016, RPP Cameron Highlands ditutup untuk tempahan untuk renovation. Itu sebab saya, isteri dan anak-anak rasa teruja nak pergi. Nak lihat apa yang baru di RPP ini. In Sha Allah, kali ini kami akan bawa keluarga angkat anak-anak saya untuk sama bercuti di Cameron Highlands, terutama mak ayah angkat Amri yang selama ini menjadi pengasuh yang sangat baik sehingga Amri berjaya cemerlang 6A dalam UPSR.
[Baca] Tips Untuk Dapat Tempahan Online RPP
Doakan percutian kami baik-baik sahaja nanti ye ... selamat pergi, selamat pulang. In Sha Allah, saya akan kongsikan pengalaman di blog, dan juga kongsi gambar di instagram. Jangan lupa untuk follow....
Instagram - http://www.instagram.com/hasrulhassan
FB - http://www.facebook.com/blogger.hasrulhassan
Oh ya, untuk membuat tempahan RPP, anda hanya boleh buat tempahan secara online, tiada cara lain! Anda boleh terus ke laman web SBBPH - http://www.bph.gov.my/sbbphv2

Semoga berjaya.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …