Alangkah seronok apabila melihat anak kecil anda sudah boleh membaca seawal usia 4-5 tahun. Ia tidak mustahil, sebab zaman sekarang sudah bermacam-macam cara, kaedah dan tips boleh anda dapati untuk membolehkan anak anda pandai membaca. Malah, banyak bukti yang tunjukkan dengan teknik tertentu, ada anak yang sudah boleh membaca seawal usia 3 tahun.

Dengan membaca, anak-anak akan peroleh ilmu dengan lebih cepat. Lagipun, ia satu sunnah dan perkara penting dalam pendidikan anak-anak di awal usia. Namun, tahap kemahiran anak-anak tak sama.

Ajari Anak Untuk Sentiasa Minat Membaca

Tips Ajari Anak Untuk Sentiasa Minat Membaca
Pun begitu, sebagai ibu bapa .. jangan melepas tanggungjawab hanya kerana kita fikir anak-anak kita tidak secerdik anak-anak lain. Anak anda mungkin lambat membaca, tetapi ... jika minat membaca itu tinggi dalam diri mereka, in Sha Allah ... mereka akan menjadi seorang anak yang mungkin lebih bijak daripada anak-anak yang dapat membaca di awal usia.


Anak-anak perlu ada minat membaca berterusan. Mereka mesti merasa seronok apabila membaca. Apabila minat terhadap pembacaan hilang, mereka akan hilang skill untuk belajar lagi dan lagi.

Anak anda mungkin sudah pandai membaca sejak usia 3-4 tahun, tapi jika sebagai ibu bapa tidak pupuk dan tanamkan secara berterusan minat untuk membaca, kemungkinan mereka ini akan hilang rasa seronok untuk membaca bila tiba usia 7-8 tahun. Usia di mana bermulanya persekolahan secara formal - ada  ujian, ada peperiksaan.

Zaman sekarang, agak mencabar untuk pupuk minat membaca berterusan pada anak-anak. Kenapa?

Sebab munculnya gajet seperti smartphone, tablet dan laptop yang lebih menarik daripada sebuah buku.

Ya, mungkin ada yang akan kata ....

"Ala gunakan je smartphone dan tablet tu untuk mereka baca apa yang mereka suka ..."

Tapi ... sejauh manakah anak-anak ini akan kekal gunakan gajet ini untuk membaca. Dari pengalaman sayalah, anak-anak lebih suka pada visual bila gunakan smartphone dan tablet, dari membaca sesuatu darinya. Akhirnya, minat untuk membaca akan pudar. Bila disuruh untuk ulangkaji pelajaran menerusi buku teks yang diberi pinjam oleh kerajaan, mereka akan berdalih dan terasa malas.

Maka, apabila keputusan peperiksaan dah diterima dan disemak menerusi SAPS Ibu Bapa ... uhh .. tak sangka .. anak dah bijak membaca sejak usia 3 tahun, tapi ... keputusan exam di sekolah mengecewakan.

Rugi tak?

Saya sendiri akui, bukan mudah nak tanamkan minat membaca pada anak-anak. Apatah lagi untuk kekalkan minat suka itu dalam diri mereka. Namun, masih ada cara yang boleh diusahakan untuk pastikan anak-anak ini menerap minat untuk suka, cinta dan gemar untuk membaca.

9 Petua dan Panduan Agar Anak Minat Membaca

Anda boleh cuba ikuti tips di bawah ini:
Tips Untuk Anak Minat Membaca
  1. Sediakan tempat untuk mereka selesa membaca. Jika tak ada tempat, kenal-pasti di mana tempat di dalam rumah anda yang mereka lebih suka untuk membaca. Ia mungkin di dalam bilik tidur mereka. Mungkin juga di ruang tamu. Mungkin di sebelah anda ketika anda sedang menggunakan komputer untuk buat bisnes online.
  2. Sediakan buku yang mereka suka baca. Anak-anak akan menyemai minat untuk suka membaca apabila mereka ada rasa mahu membaca. Apa yang mereka mahu baca, maka sediakan. Dari satu buku akan kemudian ke satu buku yang lain. Jika mereka mahu buku yang bergambar, sediakan buku bergambar.
  3. Libatkan diri anda bila anak-anak anda sedang membaca. Bila mereka tanya, anda berikan jawapan. Ramai ibu bapa meninggalkan anak-anak bila mereka sudah pandai dan bijak membaca. Mereka lupa, bahawa pembacaan tanpa 'guru' boleh bawa kesesatan. Apabila di rumah, ketika anak-anak membaca, andalah guru mereka. Walaupun mungkin anda tidak faham apa yang mereka baca, hadirnya anda di samping mereka menunjukkan bahawa anda berminat nak tahu apa yang anak-anak sedang baca dan pelajari. Ini satu bentuk sokongan moral dan kasih sayang.
  4. Baca buku bersama mereka. Tak ramai yang buat benda ni. Tahukah anda, situasi dan keadaan sekeliling di mana orang lain juga membaca, akan memudahkan anak anda rasa seronok dan faham apa yang dibaca. Nak-nak lagi jika berkaitan topik yang sama. Ala ... macam buat study group dedulu macam kat sekolah ... :)
  5. Berikan penghargaan untuk galakkan lebih banyak buku dibaca. Anak-anak kecil suka dihargai. Jika anak anda selesai membaca sebuah buku, hargailah mereka dengan cara yang betul. Mereka akan seronok bila usaha mereka membaca buku mendapat perhatian seperti ini. Penghargaan simple pun sudah memadai, contohnya ... "Waa dah habis baca ye, nanti abah bawa pergi kedai buku, kita cari buku lain lak ...". Kalau masih lagi kecil, boleh juga cuba ni, contohnya .. "Lepas abis baca buku ni, abah belanja makan kek Secret Recipe ehh". Paling tidak, pujilah anak anda dengan kerajinannya membaca buku.
  6. Hargai apa yang mereka baca. Apabila anak anda selesai atau habiskan sebuah buku bacaan, bertanyalah apa yang mereka dah dapat dari buku tersebut. Tanyakan jalan cerita, tanyakan pengajaran dan kesimpulan. Anda perlu tunjukkan kepada anak anda bahawa mereka sudah menjadi lebih bijak dari anda apabila selesai membaca buku. Katakan anak anda baru selesai baca buku berkaitan pelangi .. "Ohh abah tak tahu pun pelangi tu ada 7 warna, abah tengok macam ada 2 warna je ..". Anak anda pastinya akan beritahu lagi dan lagi, seterusnya nanti akan meningkatkan rasa untuk mereka tambah pengetahuan lagi dengan membaca buku.
  7. Janganlah memaksa anak anda untuk membaca. Perhatikan mood anak anda. Anak anda seperti mana diri anda sendiri, perlukan tarikan dan keinginan untuk lakukan sesuatu. Memaksa melakukan sesuatu, apatah lagi untuk membaca akan melemahkan keinginan semulajadi mereka. Di tahap ini, anda mesti menjadikan membaca itu satu habit yang bagus untuk mereka.
  8. Uji mereka dengan bahan bacaan yang telah mereka baca. Apabila anda sedar mereka telah selesai membaca sebuah buku, ujilah pemahaman dan pengetahuan mereka. Ini penting supaya mereka sedar akan kepentingan membaca. Tanyalah soalan yang berkaitan, dan ucapkan kata penghargaan dan kekaguman anda pada jawapan yang diberikan.
  9. Bawa mereka ke kedai buku atau pesta buku. Beri ruang untuk mereka pilih buku yang mereka suka. Ini juga salah satu cara menghargai usaha mereka yang suka membaca, selain menambahkan lagi minat mereka untuk membaca.

Tips di atas adalah beberapa panduan berdasarkan kepada pengalaman saya dan isteri. Anda mungkin memerlukan bajet yang agak besar untuk ajari anak supaya minat membaca. Maka, saya harap anggap ia satu pelaburan penting untuk masa depan anak-anak.
Tips Untuk Anak Minat Membaca dan Menjadi Bijak
Pendidikan di zaman sekarang amat mahal. Ini realiti. Dan 'mahal' itu bergantung juga pada latar ekonomi sesebuah keluarga. Andai tidak mampu dengan pendekatan yang saya berikan ini, ada banyak cara alternatif untuk anda lakukan.

Contohnya, jika tak mampu belikan buku baru, belilah buku second-hand. Jika tak mampu untuk membeli, bawalah anak ke mana-mana perpustakaan. Saya fikir setiap daerah di Malaysia ini, ada perpustakaan mininya sendiri. Anda boleh bawa anak-anak anda ke situ.

Contoh lagi, jika anda tak mampu nak hadiahkan anak dengan apa yang mereka nak, hadiahkan mereka dengan apa yang mereka suka, seperti masakan paling disukainya atau tempat yang paling dia suka pergi. Bukan semua orang mampu nak belikan hadiah, ye tak?
[Dah Baca?] Rezeki Melimpah Ruah Kerana Membaca Sebuah Buku
Oh ya, kalau boleh .. anda juga perlu ada minat yang sama - iaitu suka membaca. Mulakan minat ini seawal mengandungkan anak anda. Paling terbaik, bacalah buku-buku ilmu ... termasuklah kitab suci Al Quran.

Semoga bermanfaat.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Baca sama sama tu seronok...sambil baring dan bergelak ketawa =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Masa didik Amri, memang selalu buat macam ni, alhamdulillah .. Amri skrang berjaya jadi pelajar UPSR terbaik seluruh Malaysia.

      Padam
  2. Anak perempuan saya suka membaca tapi yang lelaki susah sikit. Paling bagus pun mereka baca komik jadi saya layankan aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok tu dari tak baca apa2 .. komik pun bagus juga sebanrnya, tapi ada jenis komiklah.

      Padam
  3. ketiga-tiga anak saya suka membaca ...

    sebab saya show off dengan mereka dari kecil lagi untuk rajin membaca buku

    BalasPadam
  4. kanak2 suka benda yg berbentuk visul..sbb tu komik selalu jd femes dgn budak2 haha..rajin anak perempuan ni berbeza sedikit dng yg laki kalau bab mcm ni haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement