Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Menjadikan Anak Pandai Pintar Cerdas?

Bagaimana untuk menjadikan anak-anak agar pandai, pintar dan cerdas? Saya tahu sebagai ibu bapa tentu mahukan anak-anak yang lahir menjadi pandai, pintar dan cerdas. Adalah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk memastikan anak-anak membesar mengikut acuan terbaik, agar nanti apabila anak-anak telah dewasa, mereka akan menjadi insan terbaik dunia akhirat, in Sha Allah.

Alhamdulillah, anak-anak saya membesar dengan cukup sihat dan baik. Ramai yang kata kerana gen yang ada pada keturunan, tetapi percayalah .. ia hanya berada dalam peratusan yang kecil. Untuk menjadikan anak pandai pintar dan cerdas, ibu bapa perlu memulakan pembentukan minda, didikan dan asuhan sebelum anak-anak dilahirkan lagi.

Bagaimana Menjadikan Anak Pandai Pintar Cerdas?

Bagaimana Menjadikan Anak Pandai Pintar Cerdas?

Rahsia Bangsa Yahudi Bijak dan Pandai?

Tahukah anda bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang bijak? Anak-anak Yahudi telah diasuh, dan dibentuk untuk menjadi anak-anak yang pandai, pintar dan cerdas sejak dari perut ibunya mengandung lagi. Negara Israel antara negara yang banyak mewujudkan teknologi hebat terutama sekali dalam bidang perisikan, telekomunikasi, aeroangkasa dan banyak lagi. Malah, teknologi seperti yang ada dalam Facebook, Waze, komputer, Android, Apple adalah hasil pemikiran anak-anak Yahudi dan Israel. Mereka cukup bijak dan pintar sehingga menawan dunia menerusi ilmu pengetahuan yang ada.

Di Israel, setelah mengetahui si ibu sedang mengandung, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Pasangan ibu bapa akan beli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama. Mereka cukup yakin dengan melakukan demikian, si ibu dan bapa berupaya melatih otak bayi dalam kandungan, agar anak yang bakal lahir menjadi genius apabila dewasa kelak.

Soal pemakanan juga sangat penting untuk menjadikan anak pandai, pintar dan cerdas. Bangsa Yahudi misalnya, ibu-ibu mengandung akan mengambil makanan seperti kacang, badam, buah kurma beserta susu. Mereka lebih suka makan ikan dan roti untuk hidangan tengahari. Ibu-ibu yahudi ini percaya bahawa memakan ikan, kekacang serta salad sangat baik untuk anak dalam kandungan. Mereka elak untuk memakan ikan yang ada kepala, kerana percaya bahawa memakan ikan dengan kepala tidak bagus, dan kepala ikan mempunyai bahan kimia yang boleh merencatkan perkembangan otak anak.

Manakala mengambil pati ikan atau pil minyak ikan sudah menjadi satu adat biasa bagi ibu-ibu mengandung.

[Baca] Ketahui lebih banyak rahsia bangsa Yahudi melahirkan anak-anak pandai pintar dan cergas ini - Ebook Anak Pintar Cergas dan Pandai Membaca

Kalau anda perhatikan daripada penulisan saya di atas, sebenarnya apa yang dilakukan oleh kaum Yahudi tidak jauh bezanya dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Ia adalah pendidikan terawal dalam membentuk anak-anak menjadikan anak pandai pintar dan cerdas.

Anak saya, yang sulong adalah seorang anak yang telah saya dan isteri didik mengikut acuan ini - tidak makan kepala ikan, mempelajari muzik di peringkat awal umurnya, perdengarkan bacaan Al Quran semasa mengandung, belajar meminati matematik, silangkata dan puzzle. Saya pernah ceritakan bagaimana anak sulong saya dalam usia seawal 3 tahun dapat selesaikan jigsaw puzzle dengan cepat .. malah lebih cepat daripada saya sendiri.

Sehingga sekarang anak saya ini sangat sukakan teka-teki, masalah matematik, dan juga mengenai teknologi. Dia obses dengan permainan Mine Craft sehingga sanggup 'berkenalan' dengan pencipta permainan ini ...  dan umurnya baru 11 tahun.

Jika anda mahukan anak-anak anda pandai, pintar dan cergas, saya syorkan anda baca ebook ini - Anak Pintar Cergas dan Pandai Membaca.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.



advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Kaum Yahudi ajarkan anak-anak mereka ikut cara Nabi Muhammad..Tapi sengaja mereka reka untuk kita cara lain..supaya kita lupa ajaran Nabi Muhammad.Fida nanti kalau ada anak pun..akan ukit cara Nabi Muhammad.Insyaallah

    BalasPadam
  2. Bagus bagi anak-anak makan makanan ni.

    BalasPadam
  3. Kena cari makanan macam ni juga untuk anak-anak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …