Ia menjadi trending baru-baru ini kerana gula-gula Jelly Bean ni bukan berperisa biasa. Dengan tagline "We Dare You", ia cuba mengajak orang ramai untuk merasa Bean Boozled yang mempunyai rasa-rasa pelik dan rasa biasa yang kita makan.
Gula-Gula Jelly Bean - Bean Boozled Berperisa Pelik
Jenama Jelly Bean telah mengeluarkan versi keempat untuk Bean Boozled ini. Tarikan utamanya ialah perisa pelik-pelik yang terdapat di dalam botol berbentuk tong sampah. Malah, jika anda lihat pada label luar gula-gula ini, anda akan nampak beberapa nama perisa yang agak menjijikkan.Nak ke anda makan gula-gula berperisa Ikan Mati (Dead Fish) atau Telur Tembelang (Rotten Egg)? Itu sebab tagline "We Dare You" digunakan. Ia cuba menguji antara persepsi, pengalaman dan rasa sebenar.
Beranikah Anda Mencabar Deria Rasa Anda?
Anda mungkin terkejut sebab ada rasa gula-gula ini yang namanya agak menjijikan tetapi, tak jauh dari rasa benda makanan yang paling kita sukai. Cuma bezanya, dari segi bau, kemanisan, dan tambahan perisa.Misalnya, rasa Susu Masam (Spoiled Milk) tak jauh pun rasanya dengan gula-gula perisa Peach. Bagaimana dengan rasa Stokin Busuk (Stinky Socks) dan Makanan Anjing Dalam Tin (Canned Dog Food)? Boleh anda bezakan antara gula-gula berperisa ini? Gula-gula Jelly Bean ini cuba untuk bezakan kepada anda, dengan syarat anda perlu merasa setiap Jelly Bean yang ada, kerana bentuknya sama rasanya lain.
Huhuhu .. berani ke? Minda dah set, Jelly Bean ni tertulis perisa samada Muntah (Barf) atau Peach. Warna oren, bentuk biji kacang ... dalam kepala anda ... gula-gula ni berperisa Muntah ...dan mungkin juga berperisa Peach.
Dan bila dah rasa kedua-duanya, anda akan sedar sesuatu .. "Eh tak jauh lak rasanya .. apa bezanya?". Hanya orang yang mungkin pernah merasa atau makan Muntah je akan dapat tahu bezanya yang sebenar!
Kepala Otak Memang Scan Jijiknya ...
Uhh memang pelik dan pada saya, agak menjijikkan untuk sesetengah nama perisa tu.Anda mungkin akan kata .. "Wow sedapnya .." jika anda makan atau merasa sesuatu makanan yang berperisa Kelapa (Coconut) sebab anda nampak ia dihidangkan dari sumber kelapa. Walhal, menerusi gula-gula Jelly Bean ni, ia cuba nak tunjukkan dari segi rasa, bahawa antara rasa Kelapa dengan Susu Masam, tak jauh mana bezanya.
Bagaimana Boleh Beli Gula-Gula Bean Boozled?
Ok. Anak saya si Maira yang beli gula-gula ni di Design Village, Penang. Awalnya tu dah cuba minta dari saya untuk belikan pada kali pertama pergi ke Design Village ni, tapi saya tak endah. Balik rumah, merajuk.Kemudian, rumah kami dikunjungi sahabat dari Sabak Bernam. Tujuan mereka datang masa bulan Ramadan adalah untuk merasai kemeriahan suasana makan Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang di Parit Buntar, yang memang unik.
Pastu, selepas tahu kisah kami pergi shopping di Design Village, maka mereka pun ajaklah untuk pergi sekali, tunjukkan jalan dan arah. Masa inilah, si Maira, termasuk isteri saya bersama baby Najmi dan Zikri ikut sekali.
Hmm .. balik-balik je, saya dapat tahu Maira dah beli gula-gula Jelly Bean - Bean Boozled ni. Harganya menurut isteri saya dalam RM30 sebotol. Fuhhh .. mahal tu - bagi sayalah. Gula-gula ini ada macam-macam warna, seperti apa dipaparkan di label botol yang berbentuk tong sampah... eeuuwww...
Kalau di beberapa kedai online shopping mall, saya lihat gula-gula berbentuk biji kacang ini jenama sama dijual cuma RM15-RM18 sebotol. Tapi tak pastilah berapa gram atau jumlah kandungan, saya tak selidik pula benda ni .. erkk.
Anak-anak saya makan beberapa biji je. Pastu, mereka dah tak mampu nak habiskan. Maka terbiarlah gula-gula tersebut. Saya memang tak ada keinginan nak makan, tengok wajah anak-anak masa Maira dan Zikri dok mencuba pun, dah buatkan saya tak berani nak mencuba, apatah lagi bila dah baca label.
Maka, berlakulah pembaziran yang sebenarnya saya nak elakkan dari awal. Aduh. Pengajaran ni. Kalau anda terjumpa, pandai-pandailah elak dari anak-anak membelinya. Tapi, kalau anda rasa nak mencabar diri untuk ketahui apa sebenarnya Jelly Bean - Bean Boozled ni, bolehlah beli tanpa sebarang larangan mahupun recommendation dari saya ...
Risiko sendiri... hahaha... ada jual tu kat Lazada dengan 11th Street kalau tak silap.
Huish tak sanggup nak try.
ReplyDeleteHahaha .. saya pun sanggup tengok je ... nak letak kat lidah pun tak berani aihh ...
DeleteBeli dan makan ramai ramai boleh la
ReplyDeleteErrkkkk!!! Bila tengok macam rasa nak try... Mesti amazing giler rasa ni.. Hehehe
ReplyDeleteni mesti terpengaruh dengan jelly bean challenge kat youtube.. betul. lazada ada jual benda ni. haha
ReplyDeleteTu la pasal ... lansungg telah dipaksa beli, mahal lak tu beli kat luar. Kalau tahu Lazada ada, baik cari situ je .. aduhh .. membazir betullah. Astagfirullah.
Deletetengok sampai ada yang muntah muntah bagai.ahaha
ReplyDeleteAda logo halal JAKIM tak?
ReplyDeleteHalal JAKIM tak ada. Halal lain negara ..
DeleteAda logo halal JAKIM tak?
ReplyDeleteXde
DeleteBoleh sy tanya sttus jelly belly ice cream mix halal atau tidak
Deletekena tgk pada label samada ada logo halal atau tidak, atau boleh semak di laman web halal JAKIM
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.