Raya dah nak dekat kan? Ok, aktiviti paling sibuk bagi kebanyakan orang yang ada rezeki melimpah-ruah di bulan Ramadan ialah menukar dan mendapatkan duit raya di bank. Kebanyakan bank di Malaysia akan menyediakan servis penukaran wang kecil untuk keperluan duit raya bermula pertengahan akhir bulan Ramadan.

Ada sesetengah bank yang berikan servis ini hanya menerusi mesin ATM di cawangan tertentu, contohnya macam Maybank. Namun, bagi kebanyakan bank seperti BSN, Bank Muamalat, CIMB Bank, Bank Pertanian, Ambank, Hong Leong Bank, dan banyak lagi bank di Malaysia, servis penukaran wang duit raya ini hanya boleh dilakukan di kaunter sahaja. Itupun terhad.

Dah Tukar Duit Raya di Bank?

Syarat Untuk Buat Tukaran Wang Duit Raya di Bank
Tatkala musim orang tukar duit untuk duit raya ini, staff bank antara yang akan rasa resah dan gelisah. Tugasan yang biasa-biasa akan jadi luar biasa, kerana ramai orang akan datang ke bank untuk mendapatkan duit kecil seperti note seringgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit sebagai duit raya.

Kenapa saya katakan mereka akan jadi resah dan gelisah? Uhh bukan mudah sebenarnya nak uruskan tukaran wang duit raya ni.

Pertama sekali, kena pastikan nilainya betul. Jika wang seratus ringgit yang diberikan, maka kena pastikan nilai note seringgit ataupun lima ringgit yang ditukarkan kena tepat seratus ringgit. Naya je kalau terlebih atau terkurang.


Keduanya ialah, terdedah kepada bahaya penukaran wang palsu. Kalau staff bank tidak berhati-hati dan waspada, kemungkinan akan ada golongan yang ambil kesempatan untuk tukar wang palsu kepada wang sebenar. Apatah lagi note-note lima puluh dan seratus ringgit adalah note wang kertas yang sering dipalsukan.

Syarat Untuk Buat Tukaran Wang Duit Raya di Bank

Syarat Untuk Buat Tukaran Wang Duit Raya di Bank
Untuk itu, ada warga staff bank prihatin telah berkongsi tips dan syarat jika mahu menukar wang di bank untuk keperluan duit raya. Mari baca perlahan-lahan ehh ...

1. Hanya Pertukaran Di kaunter

Pertukaran hanya di kaunter yang disediakan.. pada masa yang ditetapkan.. sebarang booking melalui telefon, sms, wechat, whatsapp dan seumpamanye tidak akan di layan.. kami bukan kerja call centre.

2. Booking Guna Mulut Tidak Dilayan

Booking pakai air liur juga tidak di layan.. ayat "tukar pakai duit ko dulu" adalah ayat yg paling tak bleh di terima dek akal kami.. harus di ingat.. Banker bukan tokey kosmetik.. gaji kami cukup utk anak beranak dan keluarga kami sahaja..

3. Ko Bawak Balik Dulu

Ayat "Ko bawak balik dulu.. nnt aku amik" juga tidak di layan.. Risiko buat kami.. kalau hilang bukan anda nak tanggung.. kami bukan keje kat Lazada atau Shopee bleh booking online atau FedEx bleh buat home delivery.
Untuk Ramadan dan Aidilfitri 2019, anda boleh tukarkan duit raya mulai 22 Mei 2019 sehingga stok wang baru habis. Penukaran wang untuk duit raya pula hanya boleh dilakukan mulai jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi sahaja.


4. Ko Simpan Dulu Nanti Petang Aku Amik

Statement "Ko simpan dulu, nnt ptg aku amik" juga kami tak layan.. pasai kami dah pernah kena.. simpan punya simpan.. anda tak muncul2.. menyusahkan kami nak buat balancing petang2.. ingat.. kami pon ada keluarga.. nak balik awal berbuka.. jgn sebab nak tunggu anda, kerja2 kami tergendala..

5. Kawan Sedara Setahun Sekali

Kawan/Sedara setahun sekali.. atau lebih dikenali sebagai 'KAWAN/SEDARA MUSIM RAYA' kami akan layan macam walk in customer.. bermakna tiada VIP untuk anda.. dtg kaunter amik nombor dan Q macam orang lain.. Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah.. ada 12 bulan Islam, tapi kenapa anda hanya kenal kami masa ujung bulan Ramadhan je? Bila masuk Syawal terus hilang buat2 xkenal.. takut kena bagi duit raya kat kami ke??

6. Nak Duit Baru Bau Kedai

Special Request seperti "Aku nak duit baru, yg keras, ada balut stiker Bank Negara" juga kami tak akan layan.. kami akan bagi apa duit yg kami ada je.. nak request lebih2.. sila pergi Bank Negara..


7. Mintak Ang Pow Lebih

Request "Bagi la kertas Ang Pow lebih sket" (lebih sikit tu bukan 2-3 helai tau.. lebih sikit tu kalau boleh.. 2 kotak dia nak..) juga kami tak akan layan.. kami bukan kerja kilang cetak sampul ang pow.. perlu di ingat.. sampul tu kami bagi free as a token of appreciation to our customer.. anda bukan sorang je customer kami.. ramai lg beratur nak benda free tu.. jd fikirkan org lain sama.. jgn pentingkan diri sendiri.. sb stok kami dapat pon tak banyak mana.. so terpaksa bagi sorang sikit..


Sekian.. Harap maklum.
 .
Perkongsian di atas saya ambil menerusi Facebook, yang tidak ketahuan sumber post sebenar. Jadi, tak tahulah siapa staff bank mana yang baik hati kongsikan 'luahan' dan tips untuk tukar duit raya ni ...

Apa yang menariknya ialah, saya seolah setuju dengan luahan yang disampaikan. Yelah, mereka juga manusia biasa dan tugas menukar wang semata-mata untuk duit raya bukanlah tugas hakiki mereka. Ia lebih kepada servis khidmat masyarakat sahaja.

Maka, untuk kita-kita ni yang hanya pergi bank waktu ini semata untuk tukar duit - malah tak pernah ada akaun pun di bank tersebut, berpada-pada dan prihatinlah sedikit ye.

Apa yang tertulis di atas adalah catatan tanpa sebarang editing, maka saya mohon maaf kalau ayat-ayat tu tunggang langgang .. nama pun luahan staff bank ye tak?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Hhahhahha.... win sangat perkongsian staff bank itu.

    BalasPadam
  2. duit raya saya belum tukar lagi..

    in shaa Allah raya tahun hadapan sahaja

    BalasPadam
  3. Pergi Bank BSN duit Recycle jer yang ada.huhu

    BalasPadam
  4. tak tau pulak maybank bleh tukar duit dkt kaunter atm je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kaunter ATM bukan tukar duit, tapi ATM untuk dapatkan duit baru

      Padam
  5. Nak tukar duit raya... sempat lg tk ni..

    BalasPadam
  6. Mlayu mmg kuat mrungut...kah3x

    Mlayu mmg liat nolong org..kah3

    Hihihi...

    Hebat Mlayu 1 jew...
    Mlayu xkn Hilang mudah lupo ea...kah3x

    Slamek Aghi Ghayo

    BalasPadam
  7. Saya nak dapat ang pow.
    Tapi tak dapat dapat

    BalasPadam
  8. thank you... senang skit nnti nak tkar duit dekat bank.. hahahaha.. thanks once again..

    BalasPadam
  9. Haha .tapi betul pun. Macam-macam ragam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap takde la yg viral viral tak puas hati pasal tukar duit raya ni

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement