Yeah, seperti tahun-tahun sebelumnya, saya akan mula kongsikan beberapa video menarik sempena Hari Raya Aidilfitri. Dan untuk Hari Raya 2017 ini, saya seronok nak kongsikan sebuah filem pendek untuk Hari Raya 2017 bertajuk Selamat-kan Hari Raya.

Video ini merupakan TVC (video iklan) penuh daripada Bank Simpanan Nasional (BSN). Jika tahun-tahun sebelum ini, BSN tampilkan iklan raya sebuah keluarga perkahwinan campur iaitu Aloysius-Zaitun, tetapi kali ini, BSN paparkan kisah yang lebih kemasyarakatan melibatkan muafakat kaum di Hari Raya Aidilfitri.

Filem Hari Raya 2017 - Selamatkan Hari Raya dari BSN

Filem Hari Raya 2017 - Selamatkan Hari Raya dari BSN
Filem Hari Raya 2017 - Selamatkan Hari Raya dari BSN
Kalau ikutkan, saya menanti sahaja sambungan filem raya pendek 2015-2016 BSN iaitu Pengacau Raya. Tetapi, nampaknya tahun 2017, BSN berikan satu iklan baru untuk Aidil Fitri 2017. Ia satu iklan TVC yang sangat menarik pada pandangan saya, dan ia tepati ciri sebuah filem pendek Hari Raya 2017 yang agak bagus.

Anda dah tengok ke filem Hari Raya 2017 daripada BSN ni? Tajuknya Selamat-kan Hari Raya. Ia diarahkan oleh Razaisyam Rashid.


Ia berkisar mengenai penduduk di sebuah taman perumahan yang kebanyakkannya adalah orang Islam. Ada dua orang penduduk sahaja yang bukan beragama Islam, seorang India dan seorang berbangsa Cina.

Hmm .. memang menjadi kelaziman untuk BSN paparkan iklan yang multi-racial ni. Jadi tidak hairanlah untuk filem Hari Raya 2017 - Selamat-kan Hari Raya ia menampilkan watak-watak berbilang-bangsa. Elemen yang saya sangat suka pada iklan TVC dari BSN.

Maka, dijadikan cerita .. mereka berdua inilah setiap tahun ketika cuti Hari Raya bertanggungjawab memastikan kawasan komuniti perumahan mereka selamat daripada anasir jahat .. huhu..

Sedang semua orang sibuk dengan persiapan Hari Raya, ada pula yang sibuk nak buat jahat. Mujur ada Raj dan Chong. Apa ceritanya? Jom saksikan filem pendek terbaru daripada BSN. #RiuhkanRayaBSN

Yang menarik perhatian di dalam iklan TVC ini ialah, bagaimana dua sahabat berlainan bangsa ini memastikan bahawa komuniti mereka itu selamat, satu idea yang sangat menarik untuk diadaptasikan dalam kehidupan bermasyarakat majmuk di Malaysia.

Meh .. jom tonton video penuh iklan raya ni ...


Semoga terhibur ehh .. jangan lupa untuk ikuti lagi beberapa video best mengenai raya 2017 ...

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement