Langkau ke kandungan utama

Senarai ATM Maybank Untuk Tukar Duit Raya

Senarai 16 ATM Maybank untuk keperluan menukar atau mendapatkan note RM10 untuk duit raya. Wahh, baguslah servis yang dibuat oleh Maybank Berhad ni. Terkini, Maybank perkenalkan cara mudah untuk anda mendapatkan note duit RM10 yang baru bagi pemberian duit raya Aidilfitri 2015.

Ini merupakan salah satu servis baru yang diperkenalkan pada Ramadhan dan Aidilfitri 2015. Satu servis bagi membolehkan pelanggan mendapatkan note-note baru RM10 bagi kegunaan pemberian duit raya. Dengan adanya servis ini yang terdapat di 16 buah ATM seluruh negara, maka tidak perlulah lagi pelanggan beratur panjang untuk menukar note-note baru RM10 untuk duit raya Aidilfitri 2015.

Senarai ATM Maybank Untuk Tukar Duit Raya

Senarai ATM Maybank Untuk Tukar Duit Raya

Saya anggap apa yang dilakukan oleh Maybank ini satu servis yang sangat baik. Lagipun, bukan semua orang ada masa untuk berada di bank semasa waktu pejabat untuk tukar wang baru untuk kegunaan duit raya, ye tak? Saya sendiri terpaksa pergi ke bank dan tunggu giliran untuk tukar duit raya. Pernah terjadi, dah beratur ambil nombor giliran, bila tiba di kaunter nak tukar duit, duit note baru semua dah habis diedarkan. Uhh kecewa sungguh.

Ada Peluang Anak-Anak Dapat Duit Raya Lebih Tahun Ni ..

Jadi, bila Maybank umumkan bahawa ada 16 ATM yang boleh keluarkan note-note baru RM10 ni, jadi mudahlah sikit. Cumanya, duit raya tu terhad untuk note RM10 sahaja, jadi nak tak nak ... tahun ini, kena up sikitlah duit raya .. hahaha.. tak leh la nak bagi RM1, RM5 dah .. keh keh keh.

Err apa salahnya tak? Sedekah tu kan ke benda baik, apakata tahun ni berikan lebih sikit, berikan kepada anak-anak sedara, anak sepupu, anak-anak yang kurang mampu duit raya note merah .. tentu tersenyum lebar anak-anak ini nanti .. .. hoho.

Senarai 16 ATM Maybank Keluarkan Note Baru RM10 Duit Raya

Ok. Berikut adalah senarai 16 ATM yang boleh digunakan untuk mendapatkan note-note RM10 yang baru untuk kegunaan duit raya.
Senarai ATM Maybank Untuk Tukar Duit Raya
Pengeluaran maksima note RM10 baru di ATM ini bagaimanapun dihadkan kepada nilai RM300, dan ianya hanya disediakan bermula dari 1 Julai sehingga 19 Julai 2015. Jadi, anda bolehlah gunakan ATM Maybank ini untuk dapatkan note-note baru RM10 semasa Aidilfitri ini kelak, in Sha Allah.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. bagus disediakan perkhidmatan sebegini.. tapi tu laa hanya dihadkan pada beberapa tempat jer..

    BalasPadam
  2. Menariknya servis Maybank ni. tapi tempat terhad. Kena beratur jugak nampaknya ambil nombor

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…