Syukur alhamdulillah, rezeki dalam bulan Ramadan melimpah ruah. Saya pasti ramai antara kita juga mengalami situasi yang sama. Ada di antara rakan saya yang berjaya jana pendapatan sehingga 6 angka hanya dalam masa 2 minggu sahaja.

Saya ada kongsikan beberapa cerita kisah inspirasi yang boleh dijadikan rujukan untuk mereka yang mahukan rezeki melimpah ruah. Mereka ini adalah golongan yang faham mengenai konsep dan tahu menggunakan formula rezeki supaya rezeki sentiasa melimpah-ruah.

Rezeki Melimpah Ruah Ketika Ramadan

Rezeki Melimpah Ruah Ketika Ramadan
Rahsia Rezeki Melimpah Ruah Ketika Ramadan
Rezeki saya bulan Ramadan tahun ini, nampaknya sangat baik. Walaupun tidaklah menjadi seorang jutawan, namun Allah S.W.T telah berikan banyak kemudahan untuk saya dan keluarga. Syukur .. syukur selalu.

Di dalam kesibukan, saya masih lagi dapat bawa isteri dan anak-anak pergi bercuti. Alhamdulillah, rezeki ketika hampir Ramadan membawakan diri saya berada di satu tahap yang sangat baik di dalam dunia blog Malaysia. Saya sangat bersyukur kerana berjaya jemput dan bawa ramai rakan blogger untuk dihargai dalam satu majlis Bloggers Dinner penuh meriah di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Dah tu pula, rezeki menang cabutan bertuah semasa majlis tu. Allahu Akhbar. 

Saya dapat bawa anak-anak dan isteri bercuti di bilik deluxe Hotel Concorde KL, yang seminggu sebelum tu bawa mereka bercuti singkat di Hotel Bukit Merah Laketown Resort. Alhamdulillah, saya juga dapat bawa keluarga bercuti dan bersahur serta berbuka puasa di Hotel Lexis Suites Penang.

Dalam sedang bercuti tu, rezeki dari beberapa produk affiliate juga memberikan saya komisen yang agak baik. Alhamdulillah juga, rezeki pengiklanan dari platform Adsense agak baik bulan sebelum ini.

Rezeki Melimpah Ruah Dengan Menulis Blog

Rezeki Melimpah Ruah Ketika Ramadan
Rezeki Melimpah Ruah Ketika Ramadan
Rezeki Melimpah Ruah Ketika Ramadan

Sebenarnya bukan saya seorang sahaja menerima limpahan rezeki ketika Ramadan. Ramai lagi rakan-rakan saya yang merasai nikmat ini.

Kenapa Rezeki Sempit? Tak Macam Orang Lain?

Pun begitu, ada juga daripada kita yang tidak bernasib baik. Ada yang masih lagi punyai masalah dari segi kewangan dan kehidupan. Ada yang hadapi masalah rumahtangga, ada yang bermasalah dari segi kesihatan, ada yang hadapi masalah kesempitan kewangan dan banyak lagi.

Ya, bukan semua orang merasai rezeki yang hebat.

Jika anda pernah baca banyak kisah kejayaan orang yang berjaya dalam hidup, termasuklah berjaya dalam kewangan, berjaya dalam perkahwinan, berjaya sebagai seorang usahawan, berjaya sebagai seorang blogger, berjaya sebagai seorang ibu tunggal ... cerita kejayaan mereka intipatinya sama sahaja.
[Baca] Kaya Raya Hanya Jual Air Balang Semasa Ramadan
Walaupun sudah acapkali dikongsikan serta menjadi inspirasi dan aspirasi .. namun, masih ramai yang meluahkan rasa di dinding laman sosial.

Kenapa?

Hmm .. masih ramai yang tidak faham konsep rezeki ni.

Apa yang sepatutnya dilakukan untuk berjaya? Apa kaedah betul untuk merasai nikmat rezeki melimpah-ruah ni?

Jika anda mencari kaedah, cara, teknik, bagaimana untuk mendapat rezeki melimpah ruah ini, terutamanya ketika bulan Ramadan, cubalah baca buku Formula Rezeki. Bacalah buku ini .. in Sha Allah, ia akan buka minda anda seluasnya tentang apa yang harus, wajib anda buat setiap hari, setiap masa untuk mendapat rezeki melimpah ruah.
Buku Formula Rezeki Tarik Rezeki

Dengan membaca Formula Rezeki seperti kebanyakan rakan saya yang lain, anda akan tersedar bahawa kebanyakan perilaku setiap hari yang telah dilakukan tidak banyak yang tepati ciri-ciri untuk menjemput rezeki.

Anda mahu merasai nikmat rezeki melimpah ruah? Cuba baca perkongsian tersebut di sini - Formula Untuk Rezeki Melimpah Ruah

Post ini bukan nak tunjuk mempoyokan diri, tetapi untuk beritahu anda semua, janganlah mudah kecewa, putus asa dengan keadaan yang ada. Mungkin anda rasa sempitnya rezeki dan kehidupan ketika ini, tetapi in Sha Allah .. seperti apa yang berlaku pada diri saya, ianya boleh berubah, andai diri sendiri mahu berubah.

Ikuti tips dan panduan #formularezeki, in Sha Allah .. hidup akan luas dengan segala sumber dan lubuk kebahagian untuk diri dan keluarga. Jangan sesekali kufur nikmat.

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah Tuan HH.. Semoga melimpah ruah lg rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki paling besar - dapat baby baru di usia dah hampir separuh abad.

      Delete
  2. Tahniah bro.. memang melimpah ruah rezekinya..

    ReplyDelete
  3. ayat mempoyokan diri tu. adeh. hahahha

    Mrejoy.com

    ReplyDelete
  4. syukur Alhamdulliah bro...

    rezeki murah adalah adalah satu nikmat

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... Syukur dengan rezeki yang Allah limpahkan..
    Tahniah Tuan HH..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. semoga dipermudahkan lagi rezeki tuan HH

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement