Dah tonton semua filem dan iklan Hari Raya 2017 yang saya kongsikan tak? Jika belum, bolehlah jenguk-jenguk post-post sebelum ni. Ada iklan Raya yang best yang wajar anda tonton, terutama filem pendek Raya dari TNB, dan juga kisah Gitar Buruk dan Joget Abah.

Filem pendek Hari Raya #lagilagibahuluemak dari MyNIC ni pun best juga ditonton. Ia sebuah iklan sambungan Bahulu Emak yang viral tahun 2016.

Filem Pendek Raya 2017 #lagilagibahuluemak Menyentuh Hati Seorang Anak Bergelar Suami

Filem Pendek Raya #lagilagibahuluemak - MyNIC
Filem pendek dari MyNIC ini mengisahkan kisah kejayaan Bahulu Emak yang sudah menjadi satu jenama terkenal. Pastinya, ia diuruskan oleh si anak (Raja Afiq) yang telah pun besar.

Awal cerita mengenai si ibu yang menelefon anaknya serta menantu dan cucu mengajak untuk berbuka puasa bersama. Besar harapan si ibu sehingga banyak lauk pauk kegemaran anak dimasak, mengalahkan bufet ramadan di hotel pula.

Tetapi sedih, si anak dah ada janjitemu berbuka puasa dengan keluarga mertua di hotel. Diajak emaknya untuk bawa semua berbuka sekali, tetapi si anak berikan alasan tak boleh kerana tempahan buka puasa di hotel dibuat oleh isterinya.

Hmm .. nampak si isteri tak berapa suka dengan bahulu emak mertuanya. Babak ni memang jelas nyata ditunjukkan dalam filem pendek raya #lagilagibahuluemak MyNIC ni.

Maka, berbuka puasa berseoranganlah si emak dengan lauk pauk yang banyak terhidang tanpa dijamah di atas meja.
"Apa punya anak, susah punya jam cari sama Amma, senang punya jam, kampung pun tarak mari" - dialog dalam iklan.
Nak dijadikan kesah, jualan bahulu diuruskan syarikat anaknya tiba-tiba jatuh merundum, walaupun si anak keluar kisah kejayaan terima anugerah usahawan dalam akhbar. Emaknya tak tahu, yang dia tahu anaknya berjaya bahawa kuih bahulu hasil tangannya ke peringkat jenama terkenal.

Orait, saya tak nak ulas panjang sebab anda pun tak mahu saya bebel panjang-panjang ... hehehe . ..

Tapi saya nak berikan beberapa poin penting yang harus anda dapat dapat selepas tonton filem pendek Hari Raya 2017 dari MyNIC ni.

Sebelum tu, tonton dulu sampai habis ye .. jangan nangis ok ...

Video Penuh Filem Raya Pendek #lagilagibahuluemak


Dah tonton? Dapat sesuatu tak? Jika anda sudah berkeluarga, saya fikir iklan raya ni adalah iklan yang pasti menyentuh rasa dalam diri anda. Apatah lagi andai anda seorang suami yang selama ini fikir bahawa keperluan si isteri itu lebih penting daripada keperluan seorang ibu.

Ya, syurga anak adalah di bawah tapak kaki ibu, dan syurga si isteri adalah pada suaminya.

Sebagai anak, terutama sebagai seorang isteri, anda perlu sedar bahawa suami anda masih terikat tanggungjawabnya lebih besar dan penting kepada ibunya. Sebagai isteri, berhak anda terhadap suami ada batasnya, yang tidak boleh melebihi daripada ibu si suami.
Apabila seorang perempuan telah berkahwin, kepentingan dirinya adalah pada suami. Namun, untuk seorang lelaki, walaupun sudah berkahwin, kepentingan kekal untuk ibunya.

Tonton filem pendek Hari Raya 2017 daripada MyNIC ni boleh membuatkan rasa sebak ...

Ya, si ibu sentiasa sentiasa perlu faham keadaan si anak, tetapi bagaimana dengan si anak?

Saya harap filem Hari Raya #lagilagibahuluemak ni menyedarkan anda tentang sesuatu. Semoga bermanfaat, dan kongsikan ye.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement