14 Jun 2017

Joget Abah - KFC Raya 2017 Menyentuh Hati

Iklan Raya 2017 lagi... uh. Sebelum ni, saya dah kongsikan beberapa video iklan Hari Raya yang tak berapa nak sedih sangat. Tetiba, saya terjumpa iklan Hari Raya terbaru dari KFC Malaysia bertajuk Joget Abah. Uhh .. rasanya, ini iklan Raya 2017 yang agak menyentuh hati.

Joget Abah, iklan Hari Raya 2017 daripada KFC menampilkan kisah seorang anak bernama Aiman yang telah kehilangan ayahnya. Dia fikir hari raya kali ini tak berapa best.

Iklan Raya 2017 Joget Abah Menyentuh Rasa

Joget Abah - KFC Raya 2017 Menyentuh Hati
Ayah Aiman seorang yang gembira dan kelakar. Walaupun ayahnya sakit, namun ayah Aiman sering menggembirakan orang lain. Setiap kali tiba hari raya, ayah Aiman akan pergi dari rumah ke rumah hantar kuih raya dalam bekas bling-bling. Malah buat beberapa prank nakal pada jiran-jiran ketika raya.

Raya 2017 mungkin tak ada lagi suasana tersebut buat Aiman.

Video Joget Abah, iklan terbaru sempena Hari Raya 2017 dari KFC menampilkan maksud yang cuba disampaikan oleh abah Aiman ini. Apa pengertian Hari Raya buat kita yang sepatutnya. Ya mungkin setengah orang, benda ni dah acapkali diingatkan... tetapi apa salah saling mengingati, ye tak?

Video Raya 2017 - Joget Abah

Enjoy video iklan Joget Abah ni, khas dari KFC Malaysia. Saya tonton, dan sedikit sayu dan menyentuh hati. Terus teringat pada arwah Abah saya .. Al- Fatihah.


Jadi, apa pendapat anda dengan iklan Hari Raya daripada KFC ni? Kongsilah rasa tu kat ruangan komen ehh .. hehe.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

8 Komen Joget Abah - KFC Raya 2017 Menyentuh Hati

lawak selit2 sedih...power idea consultant yg buatkan iklan ni utk kfc haha..kfc bila lg nak turunkan resepi rahsia haha

Terbaik la.. Iklan menyentuh emosi.. Tak makan kfc pun tak pe.. Janji makan bersama ayah.. Hehehe

Terus rasa tersentuh sangat...

tetibe rindu kat arwah abah saya

Betul .. tak makan KFC pun tak pe .. janji dapat buka puasa dengan keluarga ...

Tulah Ainim .. tetiba rasa rindu pada arwah yang dah tak ada. Saya pun rasa dah lama tak ziarah arwah abah saya di kubur...


EmoticonEmoticon