Murah kan? Murahlah kalau nak dibandingkan dengan harga asal menginap di Lexis Suites ni sebanyak RM370 semalam untuk bilik Executive Pool Suites.
Cuti Santai Bulan Puasa di Lexis Suites Dengan Harga Diskaun
Ini merupakan tempahan online kali kelima rasanya untuk menginap di hotel bertaraf bintang di Pulau Pinang ni. Kami selalu gunakan servis Agoda dan juga Traveloka untuk buat tempahan secara online kalau nak menginap di hotel. Nyata tempahan hotel secara online lebih berbaloi dan lebih murah.Ini merupakan percutian santai kami sekeluarga di bulan Ramadan. Lagipun, ia juga sempena cuti persekolahan anak-anak. Sudah menjadi kebiasaan kami, apabila waktu cuti persekolahan .. mesti akan pergi bercuti.
Kebetulan pula, Hotel Lexis Suites ada promosi hotel dengan pakej sahur sempena bulan Ramadan. Lepas tu, ada pula baucer diskaun sebanyak RM80 daripada Traveloka. Jadi, kami tak teragak-agak terus buat tempahan awal iaitu sebelum bulan Ramadan lagi semata-mata untuk dapatkan pakej penginapan dengan sahur untuk dua dewasa.
Oh, sudah pasti kami telah mendapat persetujuan daripada anak-anak. Yelah, tujuan percutian pun untuk penuhi kalendar cuti persekolahan mereka.
Anak-anak saya memang seronok bila dapat tahu kami akan menginap di hotel ini yang ada kolam eksklusif di dalam bilik. Zikri terutamanya sangat teruja untuk pertajamkan skill berenang dan menyelam. Maira pula dah siap belikan pelampong khas untuk terus belajar berenang.
Isteri saya pula teruja nak tengok baby baru kami, Hasif Najmi merasai pengalaman pertama untuk 'timbul' di dalam air. Uhh siap dibelikan pelampong khas untuk Najmi di Kedai Dua Ringgit.
Saya pula ambil peluang ini untuk berehat, dan merasa berbuka puasa dan bersahur di hotel. Tahun 2016, saya dapat peluang bawa keluarga berpuasa dan sahur di Best Western Hotel, Petaling Jaya. Ketika itu saya datang ke Kuala Lumpur untuk penuhi undangan berbuka puasa rakan blogger saya Akma Omar di Casa Ombak, Ampang dan buat review khas untuk Best Western Hotel PJ ni.
Tahun 2017 ni, ada juga terima undangan untuk buat review. Salah satunya ialah Bufet Ramadan Cita Rasa Warisan Nusantara di SACC dan juga Buffet Dinner di Hotel Neo Plus, Penang.
Rezeki sebagai blogger .. alhamdulillah.
Jadi, disebabkan rezeki melimpah-ruah tahun ini, saya belanja famili untuk menginap di bulan Ramadan di Hotel Lexis Suites, Penang. Belanja keluarga lebih afdal daripada belanja orang luar .. huhu .. kena ingat tu.
Cuti santai di Hotel Lexis Suites dengan harga RM290 semalam bukan senang nak dapat. Nasib baiklah saya dan isteri antara pelanggan yang kerap guna Traveloka Apps, jadi baucer diskaun selalulah kami terima menerusi email.
Ada rakan kami yang bertanya, bagaimana kami selalu bernasib baik untuk dapat harga murah menginap di hotel-hotel mewah...huhu.
Tips mudah kami - kena rajin guna internet untuk cari baucer diskaun... bukan cari cerita gosip atau berita viral tanpa usul yang tak berikan apa-apa faedah ... hehehe. Dan lagi satu, kena ada ilmu dan pengetahuan cara betul untuk cari harga hotel murah.
Ada rakan kami yang dah gunakan aplikasi Traveloka dan juga Agoda untuk tempah hotel, tapi tak pandai lagi nak gunakan kod baucer atau mencari kod baucer bagi mendapat diskaun. In Sha Allah, saya akan tulis perkara ini di dalam blog.
[Rahsia Rezeki] Nak Tahu Bagaimana Nak Dapat Nikmat Rezeki Melimpah-Ruah? Klik Sini.Jadi, jangan lupa untuk follow ye, samada langgan blog ini secara percuma menerusi email atau ikuti blog ini di Fanpage HasrulHassan.com. Di situ juga kadangkala saya share baucer-baucer diskaun khas untuk shopping online di Lazada, Zalora, 11th Street, Seng Heng dan banyak lagi.
Untuk langgan blog ini menerusi email, klik pautan - Subscribe to HASRULHASSAN.COM by Email
Untuk ikuti blog ini di FB, terus klik dan like page di sini - http://www.facebook.com/hasrulhassancom
Semoga perkongsian ini ada manfaat untuk anda.
Sejak kawen tak merasa lg bercuti dimana mana.. seronoknya klau dpt pergi bercuti..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.