12 Mei 2017

Bufet Ramadan Cita Rasa Warisan Nusantara di SACC - Buka Puasa Sambil Beramal

Bufet Ramadan Cita Rasa Warisan Nusantara di SACC. Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) telah menjadi satu lokasi yang sinonim dan popular dengan majlis berbuka puasa bufet Ramadan. Ia telah menjadi satu tradisi untuk SACC mengadakannya pada setiap tahun.

Tahun ini (2017), SACC akan kembali dengan bufet Ramadan bertemakan "Cita Rasa Warisan Nusantara". Ia menawarkan sajian istimewa warisan nusantara dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC yang telah diberikan pensijilan Halal Malaysia.

Bufet Ramadan Cita Rasa Warisan Nusantara di SACC - Hanya RM88/Dewasa

Bufet Ramadan 2017 Cita Rasa Warisan Nusantara di SACC
Bufet Ramadan Cita Rasa Warisan akan diterajui oleh chef eksekutif SACC, iaitu Jamil Napiah dan sous chef Rizal Nazar. Dua chef ini akan membawakan beberapa sajian istimewa bertemakan Citarasa Warisan Nusantara, menampilkan menu dengan citarasa sempurna dan lazat iaitu Ampal (Ayam) Masak Merah Banjar, Gulai Itik Hijau Nusantara dan Kepala Ikan Pindang Lampung.

Saya telah berkesempatan untuk mencuba sendiri beberapa menu ini semasa majlis prebiu bufet Ramadan Cita Rasa Warisan Nusantara di SACC pada 27 April 2017 yang lalu. Terdapat lebih daripada 100 hidangan menarik dan sedap-sedap. Menu paling menarik bagi saya ialah hidangan tradisi SACC setiap kali Ramadan iaitu Kambing Kebuli yang sudah menjadi antara tumpuan pengunjung setiap tahun.

Harga Bufet Ramadan 2017 SACC

Harga bufet ramadan di Shah Alam Convention Center
Harga baucar untuk menikmati kelazatan bufet Ramadan Cita Rasa Warisan Nusantara di SACC adalah RM88.00+ untuk dewasa, manakala RM48.00+ untuk kanak-kanak. Sementara kanak-kanak di bawah usia 6 tahun akan dijamu secara percuma.

Ia satu harga yang berpatutan untuk hidangan bufet Ramadan yang menyediakan lebih daripada 100 menu yang disediakan menerusi gaya gerai (stall style). Terdapat hampir 20 gerai menyediakan hidangan Cita Rasa Warisan Nusantara dari menu utama, appetizer, pemanis mulut dan juga minum-minuman.

Harga Promosi Tempahan Awal - RM78+

Promosi pembelian awal kini sedang berlansung menawarkan baucar bufet Ramadan serendah RM78.00+ (dewasa). Anda boleh mendapatkan harga promosi ini bermula sekarang sehingga 27 Mei 2017. Untuk tempahan awal, boleh hubungi talian 03-5511 8858 atau menerusi laman web - www.sacc.com.my/bufet-ramadan-2017.

Buka Puasa Sambil Beramal menerusi Tabung Rescue Syria

Buka puasa sambil beramal di bufet ramadan SACC 2017
Untuk tahun 2017 ini, pihak SACC juga membawa inisiatif program CSR di dalam bufet Ramadan Cita Rasa Warisan Nusantara. Kali ini, program CSR SACC akan bekerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam membantu sedikit sebanyak dalam pengumpulan dana untuk tabung Rescue Syria.

Jadinya, dengan setiap baucar bufet Ramadan bernilai RM88.00+ yang terjual, RM1.00 akan disalurkan bersama-sama sumbangan yang lain ke dalam Tabung Rescue Syria yang diusahakan dan diamanahkan oleh MAPIM.
Untuk tempahan segera dan pakej korporat boleh hubungi Fiza Hamid di telefon 014-221 1066 atau email fiza@sacc.com.my
Ianya satu peluang untuk pengunjung berbuka puasa sambil beramal sepanjang bulan Ramadan 2017. Satu usaha yang saya sifatkan sangat baik untuk semua, apatah lagi bulan Ramadan adalah bulan penuh barakah, yang dilipat-gandakan ganjarannya oleh Allah S.W.T.

Harga Pakej Korporat - RM70+

SACC juga menyediakan pakej khas untuk pelanggan korporat dengan minima tetamu seramai 50 orang. Harga bufet Ramadan pakej korporat ini bermula dari RM70.00+ disekalikan dengan penyediaan ruang makan khas. Jika berminat, anda boleh hubungi pegawai pemasaran terlibat Fiza Hamid menerusi talian telefon 014-221 1066 atau 03-5511 8858 untuk memastikan kelancaran majlis berbuka puasa anda kelak.

Pastikan anda mengikuti perkembangan SACC di laman Facebook SACCOfficialnew dan laman instagram shahalamconventioncentre untuk info terkini.

Untuk menu penuh bufet Ramadan 2017 bertemakan Cita Rasa Warisan Nusantara oleh SACC, anda boleh lihat di bawah ini.




Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

7 Komen Bufet Ramadan Cita Rasa Warisan Nusantara di SACC - Buka Puasa Sambil Beramal

wow ! kalau dekat dah terjah ni

Waa menariknya.... Pakej yang ditawarkan pun berbaloi bang... In Sha Allah bulan Ramadhan nanti boleh bawa family berbuka kat sini:)

Kalau dtg event lynk tu, ada harapan dpt baucer percuma...

Menarik.. Sekali sekala berbuka kat buffet apa salahnya kan? Mesti best >.<

Ya masa ni leh la belanja famili makan best dgn harga berpatutan.

menarik semua makanan, dapat pula pahala sebab sedekah

Ya Allah dahla tengah lapar..nampak pulak makanan ni..


EmoticonEmoticon