Berbuka Puasa Bersama Blogger di Selera Ramadhan Casa Ombak

Akhirnya, setelah 3 tahun dijemput oleh blogger Akma Omar, yang merupakan pengajur kontest SEO RF3 World Firmax3 Malaysia, saya dapat juga berpeluang untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan blogger di Casa Ombak, yang terletak di Ampang. Paling bermakna, saya dapat bawa satu famili, termasuk emak dan adik ipar saya berbuka puasa pertama kali bersama untuk Ramadhan 2016.

Memang dah lama saya nantikan saat untuk berbuka puasa dengan rakan blogger di Casa Ombak ini, al maklumlah .. dulu puas promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak, tapi tak berkesempatan untuk mencuba dan merasa. Masa tu, asyik dengar dan baca kisah blogger lain akan hidangan buffet Ramadhan yang sedap-sedap dihidang di Casa Ombak.

Berbuka Puasa Bersama Blogger di Buffet Selera Ramadhan Casa Ombak

Saya di kesempatan ini, sekali lagi nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada Akma Omar dan Shieda Omar yang sudi menerima kehadiran segerombolan keluarga saya ke Casa Ombak. .. hoho .. siyes, saya rasa .. sayalah yang paling ramai bawa keluarga ke majlis berbuka puasa di Casa Ombak tu.

Mana taknya, saya, isteri dan tiga orang anak, kemudian emak saya serta adik ipar bersama dua bayi kembar. Kesemuanya 9 orang!! Huhu .. blogger lain cuma bawa isteri dan anak, dan ada juga yang datang single mingle .. huhuhu...

Kata isteri saya, "Banyak pahala dapat si Akma ni ..."

Alhamdulillah, orang memberi kita merasa. In Sha Allah, apa yang dibuat oleh Akma dan Shida Omar didoakan agar diberkati, malah dibuka pintu seluas-luasnya untuk rezeki yang baik. Berkat Ramadhan, memberi makan orang berbuka puasa tu memang tinggi ganjarannya di sisi Allah S.W.T.

Ramai Rakan Blogger Yang Hadir

Ramai juga blogger yang saya jumpa di majlis berbuka puasa Buffet Ramadhan Casa Ombak tahun ni. Antaranya Broframestone, Puan Bee, Redmummy, Faizal PJ, kak Hanny, Jamar Bahar, Eizil, Deqnoor, Kak Adza Irdawati, Nami Namia yang kecil molek .. Fatin Bella, Yaya Natsumi, Iena Wahab, Safurara, Halim Nadzeri, Norman Danish, the famous Uncle Gedek, Mahamahu yang dah terbang ke Mekah, Encik ST, Hafiz Mohd, Diya Nadia, Azri Johan, Ammar Yaser,  kak Roshidayu, Dhia, Cahaya Diana. Kak Shima Yusof dan ramai lagilah.

Hoho .. walaupun ramai nama rakan blogger yang saya sebut, tapi sebab rakaman old fashioned dalam kepala, masih ada rakan blogger yang susah saya nak cam nama dan wajah, yelah ... bukan kerap sangat pun saya jumpa. Tapi in Sha Allah, yang mana selalu tegur tu memang mudahlah saya nak ingat.

Orait .. so macamana dengan hidangan Buffet Selera Ramadhan Casa Ombak?

Bagi saya, alhamdulillah .. ia kena dengan selera saya. Disebabkan itu, saya tak berjaya nak ambil gambar makanan yang ada, sebab semuanya dah selamat masuk ke dalam perut hadirin yang hadir .. haha. Tapi, paling saya suka ialah Mee Kari, dan kuih muih tradisional. Anak saya cukup suka dengan kuih Cara, sampai dua tiga kali juga ambil ... huhu.

Cuma, saya tak ambil Kambing Bakar, yang ramai kata sedap. Bukan apa, sebab sehari sebelum tu, saya dah makan menu yang sama di Bangi Golf Resort. Tak tergamak nak makan banyak .. sbb ada banyak menu lain yang memikat selera.

Kalau anda nak mencari menu masakan yang sedap untuk berbuka puasa, bolehlah cuba Buffet Selera Ramadhan Casa Ombak ... butirannya adalah seperti banner di bawah .. klik gambar untuk paparan lebih jelas mata melihat ..

Kalau nak tengok gambar menu masakan kampung yang dihidangkan sempena Buffet Rasa Ramadhan Casa Ombak, bolehlah jenguk di blog-blog berikut ye ...

Oh ya, terima kasih kepada KLEzCar Rental yang sponsored kereta sewa untuk ke majlis iftar Ramadhan ni ... :)

Rezeki Ramadhan. Alhamdulillah.

p.s: Terima kasih juga sbb bagi sampel kuih raya .. 


{ 7 comments.. read them below or add one }

Akma Omar Akma Omar June 23, 2016
Terima kasih HH dan keluarga sudi datang dari jauh2 berbuka tempat kami..yg kuih rasa tu bkn tester utk jual....kami beli & as buah tangan aje hehe
Hasrul Hassan Hasrul Hassan June 23, 2016
Haha.. oh ye ke, ingatkan jual. Apapun terima kasih kerana terima kehadiran kami sekeluarga.
Cahaya Diana Cahaya Diana June 24, 2016
Finally kita dapat jugak berjumpa, bertegur sapa dan ber'wefie' sama2. Heheheee.. saya pun tak brp kenal ramai blogger lagi. Abg HH takpelah dah femes. hehehee.. thanks jugak sbb sudi share ilmu blogging dgn saya.. very nice blog! informatif sungguh...
kamil salleh kamil salleh July 20, 2016
Maaf...semua rakan-rakan. Saya tak dapat join bersama dengan korang sibuk dengan jualan di Bazar Ramadhan. Moga Casa Ombak terus maju jaya.

Kalau dengan HH dan banyak kali jumpa. ha...ha...
sensasi2020 sensasi2020 July 20, 2016
Insha Allah... jika umur panjang boleh kita berjumpa di Casa Ombak pada Ramadhan tahun depan.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.