Meriah betul bazar ramadan di Arena Square Kuala Kangsar, Perak. Salah satu bazar ramadan yang menarik di Perak adalah di Kuala Kangsar. Bazar ramadan utama di Kuala Kangsar ini sering menjadi tumpuan setiap kali hadir bulan puasa.

Bazar ramadan ini sentiasa menjadi lokasi utama untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa. Lokasinya di Arena Square memang strategik, kerana ianya terletak di pinggiran Sungai Perak yang penuh sejarah.

Misi Mencari Putu Piring di Bazar Ramadan Kuala Kangsar

Suasana Bazar Ramadan Kuala Kangsar
Beratur beli juada berbuka puasa Popia Basah di Bazar Ramadan Kuala Kangsar
Saya sebenarnya kebetulan berada di bazar ramadan ini. Semuanya adalah kerana misi mencari Putu Piring untuk juadah berbuka puasa. Isteri saya yang berkenan nak makan.... huhu .. walaupun baru sahaja tamat tempoh pantang bersalin 44 hari, namun sebagai suami yang prihatin, kehendak isteri yang mahu merasa berbuka puasa dengan Putu Piring tak boleh diendahkan. Sayang isteri.

Dah lama mencari, tetapi tak jumpa pula di bulan puasa ni. Agak hairan juga sebenarnya. Bak kata oranglah, bila nak mencari, fuh .. punyalah susah.

Jadinya, ketika dalam perjalanan pulang dari kampung di Parit ... saya pun singgahlah ke Bazar Ramadan Kuala Kangsar di Arena Square ni. Agak besar tempatnya. Dan memang ramai peniaga Melayu yang berniaga lauk-pauk, kuih-muih dan juadah berbuka puasa di sini.

Saya memang fikir, sebesar-besar dan seramai-ramai peniaga di Bazar Ramadan Kuala Kangsar ini, mesti ada peniaga Melayu yang menjual Putu Piring. Putu Piring makanan tradisional orang Melayu. Ia adalah kuih leper yang diperbuat dari tepung beras dengan inti kelapa. Tak jauh bezanya dengan Putu Bambu (dari segi rasa), cuma bentuk sahaja berlainan.

Yakin Boleh Beli Putu Piring Untuk Isteri Berbuka Puasa

Sebelum ini, pernah juga ke Bazar Ramadan di Arena Square ini, alhamdulillah tak pernah hampa. Maka, saya memang optimis betul nak dapatkan Putu Piring di sini untuk berbuka puasa isteri saya.
Jual Putu Bambu di Bazar Ramadan
Selepas mendapat parking selesa, saya pun jalankan misi mencari Putu Piring. Saya berseorangan, isteri dan anak-anak sengaja ditinggalkan di dalam kereta memandangkan cuaca yang agak panas ketika itu.

Masuk sahaja ke Arena Square, saya dah nampak ada peniaga yang menjual Putu Bambu.

"Hmm mesti ada Putu Piring" kata hati saya.

"Bang .. Putu Piring ada tak bang?" tanya saya pada brother yang sibuk meletakkan Putu Bambu untuk dimasak.

"Takde bang .. cuba abang tengok kat gerai sana tu .. ni kuih kampung mesti ada jual tu" sambil menunjukkan saya beberapa gerai menjual kuih-muih.

Misi Mencari Putu Piring Jadi Sukar

Aduh. Misi awal yang saya ingatkan mudah, jadi sukar pula.

Saya bertanyakan pada awek-awek manis orang Kuala Kangsar yang jual air dalam balang tiub yang cantik .. semua beritahu boleh jumpa apa yang saya cari kat gerai makcik-makcik .. uh...okay. Uhh senyum meleret saya bila misi mencari dapat respon tak lokek senyuman dari mereka .. hehehe.
Awek Bazar Ramadan Jual Air Balang Tiub
Saya pun pergi dari gerai ke gerai menjual kuih-muih yang dikatakan. Tak nampak bayang pun. Susah betul nak mencari Putu Piring ni walaupun di bazar ramadan yang besar ni.
"Makcik .. Putu Piring ada tak?" tanya saya pada salah satu gerai yang menjual bermacam-macam kuih-muih tradisional termasuklah Badak Berendam dan Puteri Mandi.

"Tak dak Dik ... " fuh, hampa lagi.

Habis pusing, memang tak nampak pun kuih ni. Misi gagal!

Murtabak dan Popia Laris ..

Memang banyak juadah berbuka puasa yang menarik di Bazar Ramadan Kuala Kangsar ni. Pun begitu, apa yang menarik di mata saya ialah terdapatnya banyak gerai yang menjual Murtabak dan juga Popia.

Setiap gerai ini pula memang ramai pelanggan. Siap beratur panjang. Jadi, pada fikir saya, tentu Murtabak dan Popia yang dijual memang sedap sehingga ramai yang mahu membeli. Antara yang mendapat sambutan ramai Popia Kuala Kangsar, Murtabak Hj Mohamad dan Keluarga, dan Popia Naqib.
Murtabak bazar ramadan Arena Square Kuala Kangsar
Popia Naqib Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar Perak
Tahun sebelum ini pun, saya pernah singgah di Arena Square ini untuk mendapatkan juadah berbuka puasa; keadaan juga sama. Gerai-gerai Murtabak dan Popia ini memang laku keras, lagi-lagi apabila dah hampir masuk waktu untuk berbuka puasa.

Pelanggannya pula bukan sahaja daripada Melayu Islam, tetapi juga ada pelanggan dari kaum Cina dan India nak dapatkan Murtabak dan juga Popia ni.

Walaupun nampak laris dan ramai pelanggan, saya tidak pula nak membeli satu dua.. haha .. mungkin sebab ia bukan misi saya, dan isteri serta anak-anak pula tak ada pula nak request untuk makan Murtabak atau Popia. Jadi, saya cuma lihat dan ambil gambar sahaja ..huhu.

Ikan Tengalan - Juadah Istimewa Hanya di Kuala Kangsar

Peniaga yang menjual lauk-pauk juga ramai. Setiap mereka mesti akan ada sediakan juadah Ikan Patin Masak Tempoyak, dan juadah special Sungai Perak .. yang hanya senang didapati di sini iaitu Ikan Tengalan.

Ikan Tengalan ni agak mahal harganya disebabkan ia spesies ikan sungai yang agak sukar untuk didapati atau dipancing. Kalau kaki pancing di daerah ini, ikan ni memang satu prize la kalau dapat menaikkannya. Oh ya, ikan ni bila bersaiz kecil, ia dikenali sebagai ikan Kateh.

Nak tahu mengenai ikan ini boleh baca di sini - Ikan Tengalan Sungai Perak

Ikan Tengalan memang banyak di Sungai Perak, khususnya di Kuala Kangsar. Saya tak pernah lagi merasa memancing ikan ini. Tapi dah beberapa kali merasa kesedapan ikan ini sewaktu singgah untuk makan tengahari beberapa kali kalau saya on-the-way balik kampung di Parit atau Batu Gajah. Harganya .. memang mahallah .. sebab ianya istimewa ..

Selain tu, salah satu juadah yang istimewa di sini ialah Laksa Kuala Kangsar yang diperbuat dari tepung beras.

Saya dapat tahu, semasa ramadan .. ada satu tempat yang menjual Laksa Kuala Kangsar yang paling sedap. Tapi, tak tercari pula saya ketika singgah dalam misi mencari Putu Piring. Mungkin tak ada rasa teringin kot. Cuma isteri saya ada sebut .. "Bang .. tak cari laksa Kuala yang viral tu ke?".

Ramai juga yang jual Laksa Kuala Kangsar di Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar ni. Harganya pula bermula dari RM2 hingga RM5 sebungkus.

Rendang Tok Kuala Kangsar

Rendang Tok Kuala Kangsar di Arena Square Kuala Kangsar
Rendang Tok Kuala Kangsar Bazar Ramadan di Arena Square
Selain Murtabak, Popia, Ikan Tenggalan yang banyak dijual di sini .. salah satu menu orang Perak yang famous juga ada dijual di Bazar Ramadan Kuala Kangsar ini, iaitu Daging Rendang Tok. Kalau orang luar Perak, wajib dapatkan Rendang Tok.. tapi macam saya, dan seperti ramai pengunjung tempatan di sini, memang tak hairanlah sangat .. sebab hari-hari biasa pun mudah didapati di tepi sungai Perak ni.. haha.

Hmm .. itulah betapa meriahnya Pasar Ramadan Kuala Kangsar. Macam-macam juadah berbuka puasa ada dijual. Kata saya ... jika nak mencari juadah tradisional orang Perak (asli), boleh singgah di sini. Pure komer ..

Aha.. silap-silap .. anda boleh jumpa Ikan Masin Wan Peah kat sini .. hehehehe...

Gambar Sekitar Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar

Ok, enjoy beberapa gambar yang dapat saya ambil semasa misi mencari Putu Piring di Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar ini. Semua gambar diambil menggunakan kamera Oppo R9s.
Gambar Sekitar Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar
Gambar Sekitar Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar
Gambar Sekitar Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar
Gambar Sekitar Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar
Gambar Sekitar Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar
Pavlova Roti Golok Tepek Pisang
Lauk pauk Bazar Ramadan Kuala Kangsar
Semoga anda terhibur dengan perkongsian saya ini. Kalau ada apa-apa nak tanya, jangan segan tinggalkan komen anda di bawah ni ye. In Sha Allah, saya akan jawab jika perlu.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Lama dah tak makan putu piring... huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ramai yang tak pandai nak buat ... :) sbb nak kena guna kukus.

      Padam
  2. Putu mayam ada la kat tempat saya..

    Orang semenanjung yang jual hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Putu Mayam sini in Sha Allah tak susah nak cari, memang ada je tiap petang mamak sini jual. Sedap lak tu.

      Padam
  3. Kat PARAM depan rumah mummy ada jual putu piring ..meh amik meh.. hhhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat mana tu? Sini ada banyak Pasar Ramadan ni, tapi tak abis jalan .. tu sbb on the way balik tetiba wife nak lak.

      Padam
  4. Banyaknya menu yang dijual.. Boleh pitam kalo nak beli ni, semua teringin tetiba..hahaha

    BalasPadam
  5. Selain bazar ramadhan kuala kangsar, di talang pun ada juga. Limas dan putu piring confirm ada.

    BalasPadam
  6. Selama di ipoh x pernah skli pun terpergi ke bazar sana. Mungkin takde motif untuk ke sana kn.

    Sedap nya putu piring. Sllu bila dicari tak jumpa. Kalau x, elok je nmpk dpn mata.

    BalasPadam
  7. wowww - meriahnya - x penah terjah walaupun saya org Kuala
    putu piring kuala mmg ummmpphh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement