28 Ogos 2011

Laku Betul Makanan Ni ...

Salam.
Sedar tak sedar dah nak penghujung Ramadhan. Saya dan keluarga dah pun berada di kampung halaman. Semalam, sempat berbuka di kampung isteri, dan juga bersahur pagi tadi. Sekarang, saya kat kampung emak saya kat Batu Gajah ... leh ulang-alik hari-hari ... dekat je, tak sampai 30 minit. Tapi, jalan kampung biasalah .... kalau hujan ke, perghhh memang goyah kaki saya.

Semalam, masa on the way balik, singgah la jap kat Kuala Kangsar, wife saya drive .... hehehe... saya dok belakang ngan 2 anak - tido ... adehhh leh gitu? Hehehehe ... singgah sebab nak beli juadah buka puasa. Hmmm ... ramaiiiinyaaaaa orang.

Pasar Ramadhan Kuala Kangsar

Harap maaf kualiti gambar agak kurang memuaskan. Ramai kan ... dan ramai gak yang terbuka sana-sini, kalau saya ambik gambar kang, tak pasal2 nanti kena label mat seks .... adehh mat seks di Ramadhan .... oh tidak!


Dan apa yang menarik perhatian saya ialah, jam di tangan baru kul 6 tapi kebanyakkan benda dan juadah yang dijual habis. Yang paling ketara adalah popia, lebih2 lagi popia basah. Mana sahaja gerai yang jual popia ni, dah siap2 bungkus dah. Benda paling glamour kat Kuala Kangsar pun tak laku cam ni - laksa Kuala.

Nasib baik tindakan saya beratur panjang untuk beli popia tak sia-sia, hanya ada kat gerai ni je ....

Popia Kota Lama
Selain hanya gerai ini sahaja yang tinggal .... dia juga jual agak murah, kalau lain 3 RM2, Popia Kota Lama lak ... 50 sen sebijik. Best .... saya sempat beli 10 .... ada tu pesan sampai 20 ... perghhh .... ada awek comel sebelah saya lak, pesan 6 ... huhuhuhu.... 

Bentang je bungkus....bentang je bungkus .... memang tak sempat nak display pun popia basah yang disediakan.



Actually, bukan kat Pasar Ramadhan Kuala Kangsar je popia basah ni laku ... tapi kat tempat lain pun sama. Beratur panjang orang dibuatnya. Hmmm hari ini saya nak try cari dan beli popia femes kat Batu Gajah lak, tak tahu samada dia jual kat Pasar Ramadhan atau kat van bergerak dia. Tak tahu pasal popia femes ni? saya ada ceritakan dalam posting2 sebelum ni.

Popia - Laku betul makanan ni ............ 

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

2 Komen Laku Betul Makanan Ni ...

selamat menyambut hari raya adilfitri HH sekeluarga...maaf zahir dan batin...

heheh...hensem ke? ni kira betol la kan..sbb lelaki yang puji lelaki..hahah...tp jgn puji depan dia..nnt kembang (perasan) 1 minggu...hehehhe


EmoticonEmoticon