Rasanya masih belum terlewat untuk saya kongsikan pengalaman saya selaku sebahagian AJK jemputan untuk majlis The Bloggers Dinner yang telah dianjur dan ditaja oleh pihak Lynk.my dan Hexa Cooporation. Majlis makan malam 'The Bloggers Dinner' telah diadakan di Concorde Hotel Ballroom pada 19 Mei 2017 melibatkan puluhan blogger Malaysia tanpa mengira latar belakang.

The Bloggers Dinner telah dihadiri ramai rakan blogger kecil, besar, tua, muda, blogger baru mahupun blogger yang telah mempunyai nama dan pengaruh tersendiri dalam dunia blog Malaysia. Ikuti sedikit kisah The Bloggers Dinner ini, dan tatapi beberapa gambar ehsan beberapa rakan blogger yang telah sudi memeriahkan majlis pertama kali dianjurkan oleh pihak Lynk.my dan Hexa Cooporation.

The Bloggers Dinner 2017 Lynk.My & Hexa Cooporation - Meriah dan Happening

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis makan malam pertama kali dianjurkan oleh pihak Lynk.my dan Hexa Copporation ini berjalan dengan lancar dan meriah. Sebagai salah seorang AJK yang terlibat dari jauh, saya berasa bangga kerana dapat memberikan sesuatu kepada komuniti blogger Malaysia menerusi pihak Lynk.my dan Hexa Cooporation ini.

Ianya bermula apabila saya diberikan kesempatan oleh pihak Hexa Corporation untuk bekerjasama dalam membabitkan blogger Malaysia dalam peluang untuk menjana pendapatan sampingan menerusi servis pemendekkan URL pertama di Malaysia iaitu Lynk.my. Malah, menerusi platform ini juga, blogger Malaysia dapat meningkatkan trafik sehingga 500% seperti mana yang pernah saya war-warkan sebelum ini menerusi artikel Trafik Blog Meroket Bukan Mustahil

Ramai Sedar Kehadiran Lynk.My

Sejak itu, ramai rakan blogger yang telah mengetahui kelebihan yang diberikan menerusi platform Lynk.my ini, apatah lagi Lynk.my pernah menganjurkan sebuah kontest SEO melibatkan blogger Malaysia sekitar tahun 2015 iaitu Kontest Review Lynk.my 2015 yang menawarkan hadiah tunai keseluruhan RM4,000.

Majlis Untuk Hargai Pembabitan Blogger Malaysia Dalam Dunia Pengiklanan Online

Majlis makan malam The Bloggers Dinner adalah salah satu bentuk aprisiasi kepada komuniti blogger Malaysia yang telah menyokong produk Hexa Cooporation iaiti Lynk.my serta iKedaiKami.my.

Di majlis yang bermula sejak jam 6:30 petang di Ballroom Hotel Concorde Kuala Lumpur ini, bukan sekadar menampilkan blogger-blogger dari pelbagai latar belakang dan niche, tetapi juga rakan blogger berpengaruh seperti dari TheVocket.com, Mahamahu.com, Ieyra.com, AkmaOmar.com, Norman Danish dari MisiViral dan ramai lagi.

Kehadiran Selebriti Mewarnai Majlis

Malah, personaliti seperti FaizDickie (Istagrammer) dan selebriti seperti Zakri Rozaini, Mardiana Alwi, Faye Kusairi, Syed Muhammad Hazman, Tiaz Al-Khred, Balqis Rameshan, serta Ayang Abas turut hadir memeriahkan majlis atas jemputan RubberTapper Event Management (Puan Qaseh Anita) selaku pengelola majlis ini.

Selain daripada blogger, selebriti dan social media activist .. jemputan ke majlis The Bloggers Dinner anjuran Hexa Cooporation ini turut dihadiri oleh beberapa wakil korporat dan syarikat-syarikat IKS yang mahu mengambil peluang untuk bekerjasama dengan blogger dan Lynk.my dalam mempromosikan produk dan jenama secara online.
[Baca Dah?] Akhirnya Bertemu Mardiana Alwi, Selebriti Yang Saya Kenal Sejak Awal FB
Jadinya, majlis makan malam ini bukan sekadar majlis menjamu selera dengan makanan sedap-sedap dari dapur Hotel Concorde KL, tetapi juga satu majlis untuk pemerolehan kerjasama, perkenalan antara blogger, penaja dan wakil syarikat IKS.

Cabutan Bertuah Awesome

Ramai blogger yang hadir telah meluahkan rasa sangat best kerana diberi peluang dan dijemput untuk hadir ke majlis ini. Mana tidaknya, masing-masing dapat bawa pulang hadiah cabutan bertuah dari sebuah TV flat screen ke kamera DSLR hinggalah ke set wangian dan alat mekap. Majlis ini juga turut memberikan pengiktirafan pada blogger terbaik, publisher terbaik dan advertiser terbaik Lynk.my.

Memang awesome, happening.

Disebabkan event ini merupakan event sulong daripada pihak Lynk.my dan Hexa Cooporation, maka jumlah blogger Malaysia yang dijemput adalah terhad. In Sha Allah, ia akan menjadi antara acara tahunan dan pastinya lebih ramai blogger akan terlibat. Dengan syarat .. huhu .. menyokong produk-produk yang dikeluarkan oleh Lynk.my dan juga rakan-rakan advertiser IKS di dalam medium pengiklanan di bawah Hexa Cooporation.
Di majlis ini juga, saya telah diberikan kesempatan untuk memberikan ucapan alu-aluan yang sememangnya bukan satu kemahiran atau kepandaian saya.... haha .. ramai juga yang blur bila saya menyampaikan ucapan. Teks ucapan yang saya telah siap sedia yang sepatutnya jadi rujukan, ntah ke mana arah disebabkan kegugupan dan darah gemuruh saya. Uhh .. mungkin selepas ini, kena ikuti kursus pengucapan awam supaya lebih bersedia .. haha.

Coretan Dari Rakan Blogger Yang Hadir The Bloggers Dinner

Anda mungkin nak tahu, siapa lagi rakan blogger yang telah dijemput untuk hadir ke majlis ini, ye tak? Berikut adalah beberapa rakan blogger yang telah sudi memeriahkan majlis The Bloggers Dinner ini .. dan telah berkongsi kisah kemeriahan majlis makan malam ini di blog masing-masing ..
  1. Blog Kamil Salleh, Founder Best Blogger Network Di Bawah Hexa Cooporation
  2. Blogger Yang Menang Cabutan Bertuah Sebuah Kamera
  3. Blog Syafiera Yamin, Rakan Blogger Terawal Sahkan Kehadiran
  4. Blogger Mommy Jane Yang Menang Cabutan Bertuah Perdana
  5. Rakan Blogger Seusia Yang Pertama Kali Saya Tegur
  6. Blogger Yang Bawa Balik Banyak Goodies

Gambar-Gambar Sekitar Event The Bloggers Dinner 2017

Dan sedikit gambar sekitar majlis The Bloggers Dinner oleh Lynk.my dan Hexa Cooporation untuk anda ..
In Sha Allah, tahun depan akan ada lagi event seperti ini, jadi jangan lupa follow saya di FB ... malah khas untuk rakan blogger, saya juga akan kendalikan beberapa siri kelas blogging yang ditaja oleh pihak Lynk.my dan juga Hexa Cooporation, lokasinya samada di Sungai Petani, Kedah atau di Sungai Buloh, Selangor.

Orait .. semoga blogger Malaysia bertambah maju lagi bermutu .. hoho.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wow, bestnya dapat pegi dinner, lepas tu dapat plak cabutan bertuah yang best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti tahun depan .. aku bagi kad undangan kat hang .. hehehe

      Padam
    2. http://www.ketamkecil.com/kenapa-perempuan-susah-nak-kurus-walaupun-dah-makan-sikit/

      Padam
  2. lucky draw dapat tv dan dslr tu xleh nak tahan hahahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la .. saya dok target tu .. dapat gincu .. hmm alhamdulillah, dapat gak la sesuatu

      Padam
  3. Wah best. Seronok berjumpa ramai rakan blogger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm blogger lebih kurang 60 orang gitu je ... :)

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement