Nak main saham Bursa Malaysia? Nampaknya ramai juga yang minat nak ceburi bidang trade saham di Bursa Malaysia. Saya nampak kecenderungan ini apabila saya muat naik status tentang "waktu sesuai untuk buat duit di pasaran saham". Ada beberapa orang yang private message (PM) di FB untuk tahu bagaimana nak mula.

Jadi, saya usahakan untuk tulis mengenainya di blog ini. Tujuannya agar lebih ramai tahu mengenai peluang nak buat duit menerusi sistem saham yang ada. Dan yang bestnya untuk anda ialah, menerusi post ini .. anda akan dapat tahu bagaimana nak mula main saham tanpa modal/modal yang kecil.

Main Saham, Buka Akaun TradeSmart Percuma

Nak Main Saham Tak? Daftar RHB TradeSmart
Adakah anda benar-benar nak mula jana income dengan bermain saham ni? Saya perlu tanya kerana ramai dari kebanyakkan kita ni hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Excited je pada awal, tapi bila dah buka akaun untuk jual-beli saham ... dah tengok kaunter saham .. dah tengok carta turun naik harga saham .. toing-toing .. senyap.

Mahu bermain saham, anda perlu peka dengan apa yang berlaku pada Bursa Malaysia. Ini wajib!

Saya tak mahu anda berada di dalam situasi di mana anda teruja di awal, tapi mati minat bila dah mula lihat apa yang perlu anda hadap untuk mula berurusniaga. Anda perlu tahu bahawa untuk menjana keuntungan dengan bermain saham di Bursa Malaysia, anda kena analitik dan lihat pergerakkan saham-saham yang ada di Bursa Malaysia.

Orait, awal post ini saya ada beritahu bagaimana nak mula bermain saham tanpa gunakan sebarang modal. Ok, bukan mitos. Memang peluang itu ada diberikan. Salah satunya adalah menerusi pendaftaran pembukaan akaun trading saham percuma di RHB TradeSmart.

Apa itu RHB TradeSmart?

Ia merupakan satu platform percuma untuk anda melakukan transaksi atau urusniaga jual beli saham. Platform ini membolehkan anda bukan sekadar melakukan urusniaga di Bursa Malaysia tetapi juga di pasaran luar negara.

Platform trading percuma TradeSmart ini memberikan anda kesenangan untuk melakukan transaksi samada menerusi aplikasi TradeSmart percuma di komputer desktop, tablet mahupun telefon pintar anda.

RHB TradeSmart bukan sekadar platform untuk urusniaga sahaja, ia juga menawarkan kepada anda pengetahuan dan skill yang perlu untuk mantapkan diri anda dalam sistem saham. Anda akan diberikan latihan percuma samada secara online mahupun secara offline dari pakar dan profesional mengenai trading saham.
Bagaimana nak mula main saham
Anda juga akan diberikan beberapa insentif untuk membuat urusniaga, antaranya ialah mata ganjaran kesetiaan, dan juga peluang untuk menang hadiah-hadiah menarik menerusi beberapa kempen RHB Investment. Selain itu, anda akan dibekalkan dengan laporan pasaran Bursa Saham setiap hari ke email anda, yang meliputi kedudukan pasaran, harga pasaran saham untuk kaunter tertentu dan juga .... cadangan untuk anda mula menjana keuntungan dari situasi pasaran saham semasa!

[Dah Baca?] 10 Sebab Untuk Tidak Melabur di ASB atau Tabung Haji

Paling menarik ialah, anda juga akan diberikan tawaran kemudahan kewangan untuk membuat urusniaga bagi margin jual-beli saham yang besar. Malah, anda boleh beli saham IPO dengan kemudahan kredit ini (dalam promosi tertentu). Jadinya, anda boleh terus buat urusniaga tanpa perlu risau mengenai dana atau modal.

Dan ada satu sistem di mana anda boleh mula urusniaga di TradeSmart tanpa tunai, dan buat untung dahulu sebelum dana untuk beli saham itu ditolak hasil keuntungan anda. Dengan kata lain, anda peroleh kredit permulaan dari RHB Investment untuk pelaburan/beli saham, buat untung di Bursa Malaysia. Dan keuntungan yang anda dapat akan ditolak dengan modal pembelian saham tersebut semasa proses untuk pembayaran keuntungan - tapi bab ni anda kena tanya dulu dengan wakil RHB Investment ... kena faham betul-betul bagaimana ia dilakukan.

Berminat tak nak main saham ni? Ok ..

Anda boleh buka akaun RHB TradeSmart secara online dengan mudah menerusi pautan ini - https://rhbtradesmart.com

Anda hanya isi butiran diperlukan.
Cara Nak Buka Akaun Main Saham
Ia terbuka untuk semua, tak kira samada anda pelanggan RHB ataupun tidak. Urusan pendaftaran ini akan mengambil masa selama 3 hari. Dan selalunya pihak RHB menerusi cawangan berdekatan dengan anda, akan hubungi anda berkaitan pendaftaran yang dibuat.

Dokumen yang diperlukan cuma 2 sahaja - salinan kad pengenalan, penyata buku akaun bank (apa-apa bank pun tak mengapa).

Anda mungkin perlu membayar yuran sebanyak RM10 untuk buka akaun, tetapi macam kes saya .. ianya percuma. Ia adalah untuk pendaftaran akaun CDS (Central depository Service). Ia wajib untuk membolehkan anda buat trading di Bursa Malaysia.

Kenapa Syor RHB TradeSmart?

Kenapa saya syor anda buka akaun trading saham dengan RHB Investment ini? Selain apa yang saya sebutkan di atas mengenai sistem RHB TradeSmart yang banyak membantu, RHB Investment juga menawarkan akaun Islamic Trading. Jadi, anda boleh jual beli saham dalam suasana patuh syariah.



Anda kerja sebagai drebar? Anda kerja petani? Anda kerja sendiri? Anda kerja kerajaan? Anda pesara? Anda pelajar? Sesiapa sahaja boleh main saham dan buat untung darinya. Tak kira anda bergaji besar, bergaji kecil, tak ada penyata gaji, tak ada income tetap .. anda boleh buka akaun trading sistem saham. Tak ada masalah di situ.

[Baca] 25 Video Live Trading Forex

Anda dah ada akaun trading saham? Tapi tak pernah buat untung jual beli saham? Mungkin anda perlukan panduan untuk kenal lebih mendalam mengenai sistem saham. Anda boleh rujuk laman web berikut - https://goo.gl/Rl9rVm

Tonton video di bawah ini untuk berikan gambar bagaimana untuk mula main saham menggunakan RHB TradeSmart.


Satu lagi nak buat duit online, ialah dengan trading forex .. boleh baca mengenai di sini - Kesempatan Belajar Trading Forex Secara Online

Semoga bermanfaat, dan kongsikan kepada rakan anda ye ..

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dah lama teringin nak main saham.. mungkin ini la masanya untuk saya bermula. Yeahh

    BalasPadam
  2. Dah lama main saham tapi wal hasil balik asal saja.

    BalasPadam
  3. Bagus sharing dalam artikel ni. Penerangan tentang cara trade saham diterangkan dengan bahasa yang mudah difahami. Skrg ni sy byk main forex tp berminat gak nak tau pasal saham. Orang kata kalau nak main US stock market NOV DEC ni la bulannya...betul ke ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement