10 Sebab Untuk Tidak Melabur di Tabung Haji Mahupun ASB

10 sebab untuk tidak melabur di Tabung Haji (TH) mahupun Amanah Saham Bumiputera (ASB). Fuh .. tajuk sangat mengundang, apatah lagi baru-baru ini saya ada kongsikan dua artikel atau post berkaitan dengan Tabung Haji dan juga ASB. Jadi, anda boleh sifatkan entri yang saya kongsikan ini merupakan kesinambungan dua entri tersebut. Saya akan kongsikan pendapat salah seorang jutawan hartanah di Malaysia iaitu Faizul Ridzuan mengenai "Kenapa saya tak melabur dalam Tabung Haji mahupun ASB".

Siapa Faizul Ridzuan ini? Seperti yang saya sebutkan di awal-awal entri ini, beliau merupakan seorang jutawan hartanah di Malaysia. Antara pencapaian terbaik beliau ialah memperoleh 23 milikan hartanah sebelum umurnya cecah 30 tahun! Hoho ... hebat bukan? Saya pernah ceritakan akan pencapaian lelaki kacak ini menerusi entri Masa Depan Pelaburan Hartanah Malaysia 2015.
10 Sebab Untuk Tidak Melabur di Tabung Haji Mahupun ASB

10 Sebab Untuk Tidak Melabur di Tabung Haji Mahupun ASB

Memandangkan beliau seorang yang telah berjaya buat duit dalam bidang hartanah, maka pendapat yang diberikan mengenai 10 sebab untuk tidak melabur dalam Tabung Haji mahupun ASB bukan ayat cokia tanpa fakta ... tapi memang boleh dipakai dan diterima. Siapa sangka lelaki ini boleh miliki lebih 10 hartanah dengan percuma dalam usia yang muda!

Ketahui cara sebenar buat duit dengan membeli rumah lelong -  Rahsia Rumah Lelong

Faizul Ridzuan komen mengenai pelaburan di tabung haji dan ASB
Penulis buku best-seller WTF - 23 Propersties by 30 (23 Hartanah Sebelum 30) ini telah berkongsikan pendapatnya di Facebook, mengenai pelaburan di dalam Tabung Haji dan juga ASB. Perkongsian itu dibuat setelah saudara Faizul Ridzuan (panel) ditanya oleh salah seorang peserta forum ilmu pelaburan yang dianjurkan oleh UKM. Forum tersebut turut menampilkan dua lagi panel atau speaker yang hebat dalam pelaburan hartanah iaitu:

  • Prof Ben Jacobson yang telah menulis beberapa buku dan juga pakar ekonomi dan saham di Edinburgh University. 
  • Prof Barjoyai yang telah membina 3 buat syarikat yang yang beliau berjaya listkan di pasaran saham Toronto, Canada. 

Pelaburan di dalam Tabung Haji telah menjadi isu hangat baru-baru ini, dan telah membuatkan salah seorang sahabat saya menulis satu surat terbuka untuk para pelabur atau penyimpan Tabung Haji.

Berikut adalah perkongsian yang telah ditulis oleh Faizul Ridzuan - berkaitan pelaburan dalam uni amanah.

Ada seorang pelajar yang bertanya dengan saya kenapa saya tak melabur dalam ASB atau Tabung Haji. Saya jelaskan kepada yang bertanya yang saya ni tak dilahirkan kaya. Jadi duit saya tak banyak dan saya tak percaya orang lain untuk jaga duit dan masa depan saya. Jadi saya dapati pelaburan hartanah adalah paling sesuai untuk saya yang tiada wang yang banyak.

1. Saya mahu kawal pelaburan saya : Dalam pelaburan jenis unit amanah, saya tidak dapat nak kawal pelaburan saya. Semua wang yang saya letak dalam unit amanah akan dijaga oleh "fund manager" atau pengurus pelaburan. Kalau pengurus pelaburan saya tak betul, maka habislah wang penat lelah saya.

2. Saya mahu kawal keputusan pelaburan saya dan impian saya : Dalam pelaburan hartanah atau saham, saya boleh kawal waktu pembelian dan jualan saya. Saya boleh kawal kawal siapa yang akan sewa atau beli hartanah saya. Dalam pelaburan unit amanah, semua ni akan dikawal oleh orang lain yang majoritinya makan gaji. Mereka tak kisah samaa-ada saya ada wang yang cukup untuk bersara. Mereka tak kisah kalau saya mahu hantar anak saya belajar keluar negara dan saya perlukan dana minimum RM1 Juta untuk tujuan ini.

3. Saya tak mahu bayar yuran pengurusan : Dalam pelaburan jenis unit amanah, pihak pengurusan biasanya menggaji berpuluh/beratus orang makan gaji yang bijak pandai untuk menguruskan pelaburan ini. Gaji mereka ini dibayar oleh yuran pengurusan ( Management Fee) yang berkadar 1%-6%. Orang yang tak punya duit besar macam saya, akan rasa yang management fee ni mahal.

4. Lebih percayakan diri sendiri dari org lain - Saya belajar banyak untuk pastikan saya boleh uruskan harta sendiri. Saya beli hartanah pertama lepas belajar 2 tahun secara sendiri. Saya mula belajar dari tahun 2003 dan beli rumah pertama tahun 2005. Saya mula melabur hartanah secara besaran dan berani membeli lebih dari 20 hartanah hanya mulai dari tahun 2008. Dah 5 tahun belajar baru berani melabur besar-besaran. Kalau saya letakkan duit dalam pelaburan jenis unit amanah, saya tak tahu siapa yang uruskan wang saya, kredibiliti mereka atau prestasi masa lampau mereka. Saya hanya boleh letak dan berdoa sahaja yang mereka tidak akan buat kesilapan.

5. Saya boleh dapatkan pulangan lebih 30% jika buat sendiri dalam pelaburan hartanah. Ada hartanah yang saya beli pulangannya lebih dari 50% tiap-tiap tahun, ada yang lebih dari 100% setahun. Rezeki tu datang dari Allah dan so far masih belum pernah ada kerugian melabur dalam pelaburan hartanah sebab saya buat banyak kajian sebelum membeli setiap hartanah. Alhamdulillah.

Bagaimana nak jadi seorang pelabur hartanah yang berjaya? Baca - DIY Menjadi Pelabur Hartanah

Sebab tidak melabur di tabung haji mahupun ASB
Faizul kemudian membiarkan post tersebut dikongsi ramai, sehingga menzahirkan beberapa persoalan-persoalan yang berkaitan dengan pelaburan unit amanah ini, terutama berkaitan dengan pelaburan dalam Tabung Haji dan juga unit Amanah Saham Bumiputera.

Berikut adalah respon dari Faizul Ridzuan yang menjadi antara 5 lagi sebab kenapa tidak melabur dalam Tabung Haji dan ASB.

6. Ada yang kata pulangan saya yang lebih 30% tu tinggi sebab saya ambil risiko yang tinggi. Ini tak benar. Pada saya, risiko saya lebih rendah dari pelaburan unit amanah spt ASB atau Tabung Haji. Kalau ada ilmu, anda boleh mengurangkan risiko anda seminima yang boleh. Risiko kita akan tinggi bila kita tak tahu apa jenis pelaburan yang kita buat.

7. Ada yang kata pelaburan hartanah adalah untuk org yang bermodal tinggi sahaja. Kalau anda pernah baca buku saya, anda akan tahu yang saya dah beli lebih dari 10 hartanah secara PERCUMA. Kalau ada ilmu bukan susah nak beli hartanah tanpa pakai duit.

8. Majoriti pelaburan saya (99%) adalah dalam hartanah. Baki 1% dalam saham yang dibeli sendiri. Portfolio saham saya kecil je, pulangan saya tahun lepas dari pembelian saham adalah 40%. Main saham secara suka-suka. Saya percaya kalau kita nak pandai dalam suatu ilmu, kena ada fokus. Saya tak percaya kepada pemecahan aset ( asset diversification ) kerana kalau anda tgk mana-mana pelabur bertaraf dunia, mereka pun tak suka asset diversification. Warren Buffet pernah cakap yang asset diversification adalah untuk mereka yang tak pasti apa mereka tgh buat. Siapa beliau? Dia adalah pelabur no.1 di dunia.

9. Saya pilih hartanah sebab saya nak kawal pelaburan dan duit saya. Kalau anda tak setuju dan masih mahu melabur dalam unit amanah, terpulanglah kepada anda. Itu duit anda. Tapi jgn bising pula bila fund manager anda pergi membeli tanah/aset/saham pada harga yang anda sendiri rasa melampau.

10. Kalau anda melabur dalam unit amanah sebab tiada masa untuk utk belajar sendiri, saya faham. Ramai client saya di FAR Capital Sdn Bhd juga meminta saya melabur utk mereka kerana mereka sibuk dgn kerjaya dan keluarga masing masing. Tapi saya akan jelaskan kepada mereka kenapa, di mana, and sebab saya melakukan pembelian hartanah tersebut untuk mereka. At least mereka faham apa yang saya beli, SEBELUM saya buat pembelian. Fund manager unit amanah anda sekarang ada buat penjelasan sebelum mereka beli?

Nah. Sekarang anda sudah tahu 10 sebab yang Faizul Ridzuan berikan mengapa beliau tidak melabur di dalam Tabung Haji mahupun ASB. Logik ke tak logik? Hanya orang yang ada ilmu mengenai pelaburan hartanah sahaja yang akan mengiyakan apa yang dinyatakan oleh Faizul Ridzuan.

Katanya lagi, jika mahu buat duit menerusi apa jua jenis pelaburan, pastikan anda mencari ilmu mengenainya, faham mengenainya sebelum anda melabur di dalamnya. Jangan buat selagi tiada ilmu, dan tidak faham bagaimana perlu melakukannya dengan betul dan berkesan.

Ilmu penyuluh hidup. Banyak orang merana kerana kekurangan ilmu, dan banyak orang risau untuk 'berbelanja' untuk mendapatkan ilmu, walhal mereka ini tak pernah rasa bersalah pun untuk berbelanja sehingga ratusan ringgit sebulan untuk hiburan berbayar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. In Sha Allah.

5 comments.. read them below or add one

ejulz ejulz May 12, 2015
betul3.. apa2 pun rezeki rahsia Allah..

44 pemenang dicari!!!

Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Kain Pelikat - 2 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang

Jemput join segmen bagi yang belum join jika sudi.. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

Jom terjah entry terkini "Namie Eshoppe - Kurung Moden Airis"
Yumida Huda Yumida Huda May 13, 2015
pelaburan hartanah kalau ada ilmu mungkin membantu dgn mudah
kurang arif bab hartanah
info yg menarik, blh dptkan ebook hartanah tu utk lebih kefahaman kannn
temokoren temokoren May 13, 2015
pergi kedai buku mesti belek WTF..
KERJA KOSONG TERBARU DI SINI KERJA KOSONG TERBARU DI SINI May 14, 2015
Terima kasih info yang menarik..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.