Akses Kepada 25 Video Tutorial Live Trade Forex Sebenar

Siapa sini yang teringin nak jana income menerusi forex trading? Aha, ini bukan scam nak minta anda melabur dalam skim-skim berkaitan pelaburan forex ye. Bukan tu, bukan cara mudah sebegitu yang nyata akan merugikan anda. Nak buat duit dengan Forex, anda kena belajar ilmu betul cara nak trade.

Saya nak berikan anda akses kepada lebih 25 video yang akan tunjukkan cara-cara nak buat forex trading ni. Semua video tersebut menunjukkan live forex trading yang sebenar, bukan demo, bukan acah-acah. Teknik forex digunakan adalah teknik forex sebenar yang telah dilakukan oleh sifu forex trading yang terkenal di Asia Tenggara, iaitu Tuan Khalid atau lebih dikenali sebagai Abang Lid.

25 Video Tutorial Live Trade Forex oleh Abang Lid

Khalid Hamid - Sifu Trade Forex Malaysia
Nama Abang Lid memang tak asing lagi dalam dunia Forex Trading di Malaysia. Beliau banyak menganjurkan seminar dan bengkel tunjukkan cara betul bagaimana nak buat duit menerusi Forex Trading.

Banyak perkongsian berkaitan tips dan panduan trading forex oleh Abang Lid yang jadi viral dan mendapat perhatian ramai orang, samada yang baru nak belajar Forex Trading mahupun yang dah lama.

Buku Mengenai Cara Trading Forex Sebenar Yang Menguntungkan

Untuk tahun 2018.

Abang Lid telah lancarkan satu ebook/buku baru yang lebih padat, lebih baik daripada sebelumnya dengan harapan dapat membantu ramai orang terutama rakyat Malaysia buat duit dengan Forex Trading. Ebook - TFS PRICE ACTION TRADING.
Buku Mengenai Cara Trading Forex
Ia baru sahaja dilancarkan pada Mei 2018, dan kini dibuka untuk tempahan kepada sesiapa yang berminat.

Panduan yang boleh didapati dalam bentuk ebook dan juga buku (kotak eksklusif) ini boleh ditempah secara online menerusi pautan ini - Tempahan TFS Price Action Trading

Yang menariknya ialah, anda boleh terima lebih 25 video berkaitan Forex Trading ini yang menunjukkan cara trade forex sebenar dilakukan oleh Abang Lid sebelum ini. Ia tunjukkan cara dalam bentuk tutorial bagaimana anda boleh dapat untung samada pasaran forex itu naik mahupun turun.

Aha .. leh buat duit kalau pasaran naik mahupun turun. Itu yang seronoknya jika tahu ilmu betul mengenai Forex Trading ni.

Anda kena dapatkan 25 video tutorial LIVE TRADE Forex Abang Lid ini!

25 video ini hanya boleh diakses jika anda menempah TFS Price Action Trading tu sekarang.

[Baca] 5 Tips Elak Kena Tipu Scammer Forex

Langkah Demi Langkah Cara Nak Trade Menguntungkan

Video-video tersebut tunjukkan step-by-step LIVE TRADE yang dilakukan oleh Abang Lid sebelum ini. Ia memaparkan analisis SEBELUM & SELEPAS harga bergerak. Jadi, anda boleh nampak dengan jelas bagaimana nak posisikan tempat anda supaya boleh dapat keuntungan semaksima yang mungkin.

Ini bukan main telek-telek atau mencuba nasib ya. Anda kena lakukan dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran. Semuanya ini ditunjukkan oleh Abang Lid, dengan menggunakan cara dan teknik sebenar untuk berniaga forex di internet.

25 video tutorial tersebut boleh ditonton berulang kali melalui laman khas dan video akan ditambah dari semasa ke semasa. Jadi, anda takkan rugi kalau mendapatkan ebook/buku ditulis oleh Abang Lid. Anda nak berjaya buat duit dengan Forex Trading, maka wajib tonton video-video tersebut.

Video Cuma Berdurasi Beberapa Minit

Video bosan? Durasi panjang?.

Jangan risau. Abang Lid tahu bahawa anda tentu teruja nak mula buat duit dengan panduan TFS Price Action Trading. Sebab itulah, setiap video telah dipecahkan mengikut bab dan panjangnya hanya beberapa minit sahaja, bukan sampai berjam-jam lamanya.

7 Tahun Jadi Rujukan Para Traders

Dah 7 tahun Abang Lid bantu traders di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura untuk buat duit menerusi Forex Trading. Dan hampir 99% berpuas-hati dengan ilmu, pengetahuan, teknik, tips dan panduan yang telah dikongsikan oleh Abang Lid.


Ilmu Forex Trading tak ada tipu-tipu. Ia berkaitan analisis matematik, ia straight forward. Abang Lid ajar anda dengan jelas cara yang betul untuk buat Forex Trading ni. Banyak tips diberikan yang akan bantu anda.

Cuba tengok contoh video di bawah ini ...


Post a Comment

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.