Tahukah anda bahawa penggunaan sikat rambut boleh mendatangkan mudarat jika kita kurang bijak memilih sikat yang sesuai? Ya, bukan semua jenis sikat sesuai dengan keadaan rambut seseorang. Seperti juga alat solekan yang lain, anda perlu menggunakan jenis dan bentuk sikat yang hanya sesuai untuk keadaan rambut anda.

Saya sendiri baru tahu mengenai perkara ini. Tak sangka pula pengurusan rambut lebih kurang sama seriusnya seperti penjagaan kulit wajah .. huhuhu ... ok, saya bukan jenis orang yang metroseksual atau spornoseksual .. tapi saya ambil tahu juga .. haha.

Mudarat Jika Guna Sikat Rambut Yang Salah

Keburukan guna jenis sikat rambut yang tidak betul
Penggunaan sikat yang salah mampu membawa kepada kerosakan rambut. Rambut manusia sebenarnya banyak jenis. Kalau anda perasan, syampu rambut pun tak semuanya sepesen je .. ada banyak jenis juga, betul tak? Samalah juga dengan minyak rambut ...jadi, tak menjadi kepelikkan pun andai sikat pun ada jenis-jenis juga bersesuaian dengan jenis rambut manusia.

Awal-awal saya dapat tahu pun, saya terasa macam pelik lak. Ehh .. rambut kena guna jenis sikat tertentu? Hmm .. kalau gitu, jika dalam sebuah rumah tu ada 4 orang, makanya kena ada 4 jenis sikatlah ... huhuhu.

4 Kesan Buruk Pada Rambut/Kepala Jika Salah Guna Jenis Sikat

Ada 4 mudarat yang boleh berlaku pada rambut jika menggunakan jenis sikat yang salah, iaitu:
  1. Rambut akan lebih cepat gugur
  2. Rambut akan jadi kasar
  3. Rambut mudah bercabang
  4. Keradangan kulit kepala
Ok, sekarang saya nak beritahu mengenai jenis sikat rambut. Secara amnya, ada 3 jenis atau bentuk sikat rambut, iaitu sikat berbentuk pusingan, sikat leper dan sikat yang bergigi lebar dan kasar.

Ehh .. macam pakar sikat la pulak .. hahaha ..

Saya bukan pakar bab-bab rambut, saya sendiri pun tak berapa banyak rambut. Kebanyakan waktu, kepala saya berambut hanya 1 inci tinggi sahaja. Tapi, kena juga ambil tahu sebab walaupun rambut seinci, ia akan lambat laun jadi panjang, dan memerlukan sikat untuk diuruskan dengan baik.

Sikat yang baik adalah sikat yang dapat memelihara kesihatan rambut dari segi struktur rambut dan juga kebersihan. 

Biar pakar yang berbicara .... meh tonton video di bawah ini.



Dah dapat sesuatu dari video di atas tak?

Aha, sekarang anda dah tahu bahawa sikat juga perlu ditukarkan setidak-tidaknya 3 bulan sekali. Selain itu, sikat juga perlu dibersihkan daripada debu, kekotoran selain rambut yang melekat. Jika tidak, ia akan beri kesan buruk pada kesihatan rambut atau kulit kepala.

Itulah sebab, ada di antara kita walaupun dah mencuba pelbagai jenis syampu selain menggunakan pelbagai cara rawatan rambut dan kulit kepala, masalah dihadapi masih tidak selesai .. malah menjadi makin buruk.

Nah .. mungkin jenis sikat anda jadi penyebab ... huhu.

Semoga anda dapat sesuatu dari blog post ini ...

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalam, macam macam jenis sikat dan kegunaanya . main guna je hihih terima kasih HH kongsikan video ni

    ReplyDelete
  2. saya kena pakai sikat yang bergigi jarang dan lebar ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement