Spornoseksual

Fakta Hangat | Apakah yang dimaksudkan dengan spornoseksual? Aha, satu istilah baru yang kini diperkenalkan. Sebelum ini metroseksual, sekarang ada terma baru khas dan khusus untuk lelaki bertubuh sasa lagi mantap, yang ada otot lengan besar, gemar ke gym dan pada masa sama suka kongsikan gambar bentuk tubuhnya kepada umum dengan berselfie.

Yeap. Spornoseksual adalah berkaitan lelaki, seperti mana juga metroseksual yang merujuk kepada lelaki bujang kaya tinggal di ibukota dan mementingkan penampilan diri. Istilah metroseksual mula diperkenalkan pada tahun 1994 oleh seorang wartawan dan penulis British bernama Mark Simpson. Istilah itu pertama kali digunakan dalam sebuah artikel bertajuk Here Come The Mirror Men yang disiarkan di dalam akhbar The Independent.
David Beckham lelaki metroseksual

Ikon Metroseksual Pertama Dunia

Ikon metroseksual dunia yang terkenal ialah selebriti serta bekas pemain bola sepak England - David Beckham. Penggunaan istilah metroseksual semakin meluas selepas David Beckham dianugerahkan gelaran ikon metroseksual milenium oleh Simpson pada tahun 2002. Malah, fenomena metroseksual juga melanda Malaysia sampaikan segala bagai rencana, rancangan TV dan radio memperkatakannya.

Tatkala itu, barulah saya tahu ramai juga golongan lelaki bujang yang kaya raya di Malaysia yang cukup kacak dan berketrampilan. Kekacakakan mereka dan kecenderungan mereka menjaga penampilan ini sampai ada yang cap mereka golongan gigolo yang mahu pancing perhatian mak-mak datin dan janda muda berhias... hahaha...

Fenomena metroseksual telah menyerlahkan kaum lelaki dalam dunia kekacakkan dan penampilan penuh mempesona tetapi tidak terarah ke satu bentuk transformasi ke arah sifat feminin. Metroseksual adalah berkaitan lelaki yang mahu kelihatan lebih kacak dengan menzahirkan diri untuk beli belah lebih kerap, pergi ke SPA, pergi berhias dan juga memantapkan tubuh badan agar nampak tegap sasa.

Spornoseksual Istilah Baru Untuk Lelaki Abad Ini

Sekarang, wartawan dan penulis Mark Simpson telah memperkenalkan satu lagi istilah baru iaitu spornoseksual. Ia merupakan gabungan perkataan sukan (sport) dan porno (porn). Istilah itu didedahkan Simpson pada bulan Jun 2014 menerusi artikel berjudul The Metrosexual is Dead. Long Live The ‘Spornosexual’ yang disiarkan portal berita The Telegraph.
Ciri-ciri Lelaki Spornoseksual

Ciri-Ciri Lelaki Spornoseksual

Menurut Simpson, ciri-ciri lelaki yang dikategorikan sebagai spornoseksual ialah:
  • Lelaki ini selalunya bertubuh sasa
  • Lelaki spornoseksual ialah lelaki yang obses tayang bentuk tubuh badan
  • Lelaki yang suka selfie dan kongsikan gambar tubuh mereka di laman sosial
  • Lelaki ini gemar ke gym untuk bentuk otot-otot kental  
  • Lelaki spornoseksual gemar memakai baju t leher V atau singlet atau langsung tidak berbaju.
Lelaki spornoseksual bukan hanya miliki tubuh badan yang menarik dan digilai ramai wanita, tetapi juga memiliki penampilan yang cukup kemas dengan rambut, misai mahupun jambang yang tersisir dan dijaga rapi. Tujuan tidak lain adalah untuk mempromosikan diri; dan kerana itulah mereka gemar sekali untuk berselfie dengan foto tanpa baju atau hanya memakai singlet tampilkan otot badan dan lengan yang kental berketul-ketul.

Mungkin tidak lama lagi, istilah ini akan kerap muncul dan kedengaran di Malaysia. Apatah lagi saya melihat sudah ada kecenderungan ramai jejaka kini yang tidak mahu dicap sebagai lelaki gelebeh dengan perut ke depan seakan mengandung terlebih bulan.

Spornoseksual dalam Dunia Blog Malaysia

Jika anda lihat dalam dunia blog Malaysia sekalipun, saya lihat mana-mana blogger yang ada ciri spornoseksual ini nampaknya lebih mudah popular dan digilai serta mempunyai ramai pengikut dalam semua kategori laman sosialnya.

Dan tidak terperanjat seandainya ramai pengikut itu adalah datangnya dari golongan hawa ... huhu...

Adakah anda lelaki spornoseksual? Siapakah agaknya blogger Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai spornoseksual?




{ 9 comments.. read them below or add one }

Sentiasa Panas Sentiasa Panas August 12, 2014
Salam. Agaknya satu lagi promosi tersirat pihak barat untuk mmpromosikan porno supaya lebih mudah diterima trutamanya umat Islam. Apapun kita nntikn perkembangannya.
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ August 12, 2014
Teringin juga nak ada badan sado. ehhhh XD
Denaihati Denaihati August 12, 2014
memang bestlah badan macam tu, nak taang kat orang tu memang tak lah...heeee
Famili Ceria Famili Ceria August 12, 2014
saya tak layak lagi nak dapat gelaran spornoseksual tu..
TunSha Ayunie TunSha Ayunie August 12, 2014
kahkahkah.... adoi... kekunun seksi lettewww....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 12, 2014
Hehehe... uishhh sampai ke situ fikirnya. Hmm mungkin ada betulnya juga. Apatah lagi ada istilah foodporn dan sebagainya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 12, 2014
Errr tak seksi ke Sya? hoho .. seksi la tu ketul2 badan .. lengan beso .. hoho takkan tak suka kot?
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR August 12, 2014
bnyk dah sekarang ni suka tngkp gmbr selfie bdn2 diorg..rmai jugak kwn2 ida cmni..tp i hnya terngoda dgn laki i je..hahahha

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.